Tuesday, November 27, 2007

UPSR: setengah juta / limapuluhribu / limaribu....

salam semua...

tahniah buat semua calon-calon UPSR yang telah menerima keputusan masing-masing tempohari...

dari satu sudut saya melihat betapa memperoleh 5A bukan lagi tiket untuk ke sekolah berasrama penuh....

dari statistik.. 1/2 juta mengambil peperiksaan upsr, 50 ribu mendapat 5A dan hanya 5 ribu sahaja yang berpeluang untuk masuk ke sekolah berasrama penuh...

untuk layak masuk ke sekolah berasrama; seorang pelajar itu perlu ada beberapa ciri lain seperti aktif dalam sukan selain mendapat 5A... dan yang pasti nisbahnya ialah 1 dari 10 pelajar layak ke asrama....

sangat, sangat, sangat kompetetif!! selalu kita dengar.... its the cream of the cream...

ya, begitulah ceritanya 'pertandingan' di alaf baru ini... sangat-sangat kompetetif dan sengit sekali.....

dan jika kita mengadaptasi 'kisah benar' di atas... dan apply di tempat kerja atau perniagaan kita... betapa kita perlu sedar... kita senantiasa berada di jurang perlumbaan yang sangat hebat....

mendapat A saha tidak menjanjikan apa-apa melainkan kita mendapat A plus plus plus (sepuluh kali plus)... barulah kita boleh memenangi perlumbaan hidup ini...

dahsyatkan..... kalau ikut hukum dunia... pergh... ini boleh buat 'mati'.... dan ada juga yang menggunakan ayat 'redho' terpaksa iaitu 'alah kat dunia biarlah mereka menang..nanti akhirat kita pulak yang menang..." itu ialah ayat 'kawah redho'...

jika tidak bermula di sini (dunia).... mana akan berakhir di akhirat?...
jika kita tak bagus di sini (dunia)... agak-agak kita akan bagus di sana?...

kita perlu menerima hakikat....
hakikat bahawa hidup ini satu 'jihad'... dan jihad mendambakan 'kematian'... dalam ertikata pengorbanan seluruh jiwa dan raga untuk mendapatkan terbaik... yang selalu dikatakan sebagai syurga firdaus....

dalam pekerjaan, rumahtangga, perniagaan.... memerlukan jihad... barulah kita jadi the cream of the creams.... the excellent among the excellents....

yakin?... insya Allah...

wasalam

3 comments:

Anonymous said...

Salam Saudara Mirza,

Tertarik membaca komen saudara tentang 50,000 calon UPSR dapat 5A. Ertinya lebih kurang 10% dari yang menduduki peperiksaan. Dan hanya 10% sahaja dari 50,000 tu iaitu sekitar 5,000 akan dipilih untuk ke Asrama Penuh.

Saya rasa sekarang sudah tiba masanya untuk ibubapa menukar pemikiran kita bahawa minta anak belajar pandai2 supaya dapat 5A dan dapat masuk asrama penuh.

Kenapa kita teruja sangat nak menghantar anak kita ke Asrama penuh dan kita dengan bangganya memberitahu kawan-kawan yang anak kita dapat masuk sekolah asrama penuh. Tak bolehkah kita beritahu anak-anak kita supaya belajar dengan tekun dan mendapat 5A supaya menjadi orang yang pandai.

Sebenarnya apabila anak kita memasuki sekolah asrama penuh, peluang untuk kita bersama mereka sudah terbatas. anak-anak kita yang masih kecil diasrama tu pula sudah terikat dengan segala syarat dan peraturan. Kebebasan semasa duduk di rumah sudah tersekat. Segala kemewahan 'pada yang mewah' sudah tidak dapat menikmati kemewahan itu lagi kerana terpaksa berkongsi tempat tidur dan bilik. Tidak ada lagi bibik untuk membuat itu ini apabila diarah. Tidak ada lagi tangan lembut emak membelai ketika pening dan sakit kepala. Walaupun secara zahirnya ia adalah bagus untuk mengajar anak-anak berdikari.

Tapi pada kita sebagai ibubapa, ruginya rasa kerana kita tidak lagi dapat membentuk peribadi anak kita sebagaimana yang kita mahukan. Sebab masa kita dengan mereka sangat terhad. Dan kita kena ingat sekiranya semasa tingkatan 1 anak kita sudah berpisah dengan kita kerana duduk di asrama, keadaan ini akan berterusan sehinggalah anak kita memasuki universiti. Ruginya kita tak dapat menikmati kasih sayang anak kita. Selepas keluar universiti, mereka akan bekerja dan seterusnya berkahwin. Lama mana sangat kita bersama mereka.

Itu pandangan saya sahaja.

Sifu Mirza said...

salam kak wan.... :-)

pandangan dari seorang ibu yang telah melalui rencah perjalan anan-anak....

syabas kak wan....

benar.... saya sendiri adalah satu produk sekolah berasrama penuh yang 'kurang mendapat kesih sayang ibubapa'....

saya 'meninggalkan' rumah se awal 13 tahun utk ke asrama... lepas tu ke universiti dan bekerja terus berkahwin....

dan rupanya saya hanya mendapat kasih sayang sepenuhnya hanya selama 12 tahun sahaja.... dalam waktu masih mentah dan tak tahu membezakan kemarahan, teguran dan gurauan...

benar... 5A adalah ukuran I.Q
bagaimana pula ukuran E.Q dan S.Q nya?...

buat ibubapa di luar sana... tak dapat masuk asrama pun takpa... tak dapat 5A pun takpa...kerana itu hanya ukuran dari satu perspektif sahaja...iaitu I.Q

masih jauh lagi perjalanan yang anak-anak kita perlu harungi...

wasalam

Anonymous said...

Terima kasih sadara Mirza. Shabas semoga terus maju dengan cemerlang.

Selalu kesini untuk menimba ilmu yang amat berguna. Semoga saudara sekeluarga bahagia dan dirahmati Allah selalu.

Kak Wan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails