Tuesday, January 12, 2010

Iman & Islam...



 salam semua...

antara soalan-soalan yang kita sesekali ditanya atau disoal dalam perjalanan hidup ini ialah;

1. islamkah kamu?
2. berimankah kamu?

soalan tersebut berkait terus dengan rukun-rukun islam & iman.

rukun islam terkandung 5 perkara; bermula dengan mengucap 2 kalimah syahadah sehinggalah mengerjakan haji
rukun iman terkandung 6 perkara; bermula dengan percaya serta yakin kepada Allah sehinggalah percaya serta yakin kepada qada' dan qadar.

orang beriman sudahpasti islam.
orang islam belum pasti beriman.

zaman kehadiran Rasulullah dahulu, semua sahabat yang memeluk Islam memulakan perjalanan Islam mereka dengan iman yakni keyakinan yang mendalam terhadap Allah & Baginda menerusi sudut tasauf atau batiniah.
kemudian mereka akan diberi tunjuk ajar bagaimana menjadi seorang Islam yang sempurna dari sudut syariat.

maka kesempurnaan seseorang Islam itu ialah wujud dengan seiringnya elemen zahir & batin dalam diri terhadap apa yang dipercayai di dalam hati lalu memanifestasikan melalui perbuatan.

contoh; kita percaya kepada Allah (rukun iman), maka kita solat (rukun islam) dengan menyertakan keimanan kita di dalam solat itu; ianya ialah perlakuan zahir yang berserta dengan keyakinan terhadap apa yang disembah yakni Allah.

adakah mudah bagi kita mengukur tahap keislaman kita dengan melaksanakan setiap rukun yang termaktub?
adakah mudah bagi kita mengukur tahap keimanan kita dengan menyakini setiap rukun yang diwajibkan?

bertuah kita lahir sebagai Islam...namun adakah kita terus bertuah tanpa setitis iman di dada?

bertuah yang dimaksudkan ialah betapa besarnya rahmat Allah mengizinkan kita untuk lahir sebagai seorang Islam di mana kita telah ada di atas jalan lurus sebaik lahir sebagaimana yang dinyatakan iaitu sebagai kain putih yang menanti untuk dicorakkan.

ramai mengatakan hidup ini merupakan satu perlumbaan..
apa yang kita lumbakan? adakah kita berlumba mengumpul harta sedang jiran mati kelaparan? atau kita sibuk berlumba membanding-banding kepandaian anak-anak?

adakah kita tahu bila kita akan dijemput?
kita tidak tahu bukan?...

pernah kita dengar ungkapan ini?  " berusahalah kamu bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu bersungguh-sungguh seolah kamu akan mati keesokkan hari.."

memang ungkapan di atas adalah satu bentuk motivasi... motivasi yang positif.

perhatikan ungkapan tersebut dan dalami maksudnya yang tersirat...
bersungguh-sungguh adalah kriteria yang paling penting dalam gerak kerja yang disebutkan di dalam ungkapan tersebut; samada untuk berusaha ataupun untuk beribadah.
ayat pertama tentang dunia dan ayat kedua tentang akhirat dan sebenarnya, kita tidakboleh memisahkan dunia dengan akhirat.
jika kita bertindak memisahkan dunia dan akhirat, maka kita termasuklah ke dalam golongan sekular.

bagi mereka yang percaya kepada Tuhan, sudah pasti akan berusaha bersungguh-sungguh samada dalam pekerjaan ataupun dalam ibadah.
mereka-mereka ini bersedia untuk 'dijemput' pada bila-bila masa sahaja samada dalam masa melakukan pekerjaan ataupun dalam melaksanakan ibadah.
malah bukankah pekerjaan itu satu ibadah?
bagaimana pekerjaan boleh menjadi ibadah?
ianya berlaku di atas 'niat' awal yang terbit dari hati, dizahirkan melalui lafazan dan di laksanakan dengan anggota badan...

orang yang beriman belum pasti lagi bertaqwa...
orang beriman belum pasti lagi bersabar...
orang beriman belum tentu bertawakkal...

mereka hanya sekadar percaya sahaja, tidak lebih dari itu.

kesempurnaan iman ialah taqwa, sabar dan bertawakkal...

maka tidak hairanlah dewasa ini kita melihat ramai sekali orang islam yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama islam itu sendiri.
islam mereka hanya pada nama...
islam mereka hanya pada baka...

persoalan.... adakah kita sudah menyempurnakan keimanan kita setelah kita islam?

sama-sama kita fikirkan....

wasalam

2 comments:

CITY® said...

salam sifu...

bila org tanya:
agama apa? saya islam (dengan yakinnya)

bila org bertanya: kamu beriman ke?
kita selalu terfikir hanya ustaz, imam2 yg lebih beriman, atau ada juga kita jawab, sudah pasti saya beriman sebab saya beragama islam.
dalam hati?
dia dan tuhan sahaja yg tahu..

sekecil2 imam adalah dalam hati..

tq for sharing

Sifu Mirza said...

salam birU..

ya.. iman adalah yakin.

keyakinan berperingkat-peringkat.. dari dalam hati sehingga diterjemahkan melalui perbuatan.

ibarat kita bertanya pada 4 orang yang meminum air teh dari satu jug yang sama; apa rasa teh itu?

jawapannya pasti berbeza...

iman tidak boleh diwarisi tetapi ianya dibajai..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails