salam semua...
antara kekangan yang manusia hadapi semasa hidup di dunia ini salah satunya ialah menghindari diri dari bisikan serta pujuk rayu syaitan.
syaitan atau iblis adalah makhluk yang telah dilaknat oleh Allah sejak Allah menjadikan Nabi Allah Adam.
keengganan Syaitan untuk tunduk menghormati Nabi Allah Adam telah membuatkan dirinya dibuang dari kalangan para malaikat.
Syaitan dahulunya ialah ketua para malaikat dan namanya ialah Azazil.
oleh kerana sikap bongkak, takbur, riak serta sombong Azazil, maka Allah melaknat beliau dan kuncu-kuncu keturunannya sehingga hari akhirat dan tempat mereka ialah di dalam neraka Jahannam.
Memohon Perlindungan, Had Pengaruh Syaitan, Menjadikan Syaitan Pemimpin.
di dalam surah An-Nahl, Allah berfirman;
98. oleh itu, apabila Engkau membaca Al-Quran, m
aka hendaklah Engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena rejam.
99.
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang Yang beriman dan Yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
100.
Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang Yang menjadikan Dia pemimpin mereka, dan orang-orang Yang Dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
3 ayat dari surah An-Nahl ini merupakan peringatan Allah buat para hamba-hambaNya agar;
1. senantiasa memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan.
2. syaitan tidak dapat menghasut atau mempengaruh orang-orang yang beriman dan berserah bulat kepada Allah.
3. syaitan hanya boleh mempengaruhi manusia yang meletakkan syaitan sebagai pemimpin iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah (yakni engkar); maka kesan dari pengingkaran ini, manusia sebenarnya sudah jatuh syirik (iaitu memilih yang lain dari Allah sebagai tempat bergantung)
Syaitan Menghasut Golongan Yang Keras Hati, Kufur/Menolak Allah & Rasul
di dalam surah Al-Hajj pula, Allah berfirman;
53.
(yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan Sesungguhnya mereka Yang zalim itu sentiasa berada Dalam pertentangan Yang jauh dari kebenaran.
54.
dan juga supaya orang-orang Yang beroleh ilmu mengetahui Bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadaNya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang Yang beriman ke jalan Yang lurus.
2 ayat di atas kita dapati bahawa para hamba-hamba Allah yang berpenyakit kufur (menolak hukum/sunnatullah) serta keras hati akan menerima hasutan syaitan sebagai satu fitnah cubaan ke atas dirinya yang sentiasa dalam penolakan terhadap Allah.
maka bagi yang benar-benar beriman kepada Allah dengan sepenuhnya akan lembutlah serta tunduklah hati mereka untuk mematuhi perintah Allah.
hati disini bolehlah dirujuk kepad diri serta nafsu yang terpimpin dan dikawal oleh diri orang-orang yang beriman.
maka diri-diri yang tunduk (nafsu yang berjaya di jinakkan) itu akan mendapat bimbingan serta pimpinan Allah ke jalan yang lurus untuk kembali ke hadzratNya.
Syaitan Perdaya Hingga Tahap Pengampunan Allah.
di dalam surah Al-Hadid pula, Allah menceritakan perihal bagaimana keadaan mereka-mereka yang menjadikan syaitan sebagai pemimpin mereka;
14. (pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang Yang beriman (sambil berkata): "Bukankah Kami bercampur gaul Dengan kamu (di dunia dahulu)?" orang-orang Yang beriman menjawab: "Benar! akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama)
serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) Yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan Dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
ayat di atas adalah keadaan di padang mahsyar di mana org-org beriman berhadapan dengan mereka-mereka yang munafik (hiprokrit) yang menjadi rakan-rakan mereka sewaktu di dunia dahulu.
orang-orang munafik ini telah membiarkan diri mereka diasyikkan dengan angan-angan kosong serta membiarkan diri mereka diperdaya oleh syaitan tentang ampunan Allah sehingga lupa akan balasan syurga neraka Allah di atas setiap perbuatan baik serta buruk semasa di dunia.
Syaitan berlepas diri setelah berjaya menghasut.
di dalam surah Al-Hasyr, Allah berfirman;
16.
(Sikap kaum munafik Dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya:
"Sesungguhnya Aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya Aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!"
lihatlah bagaimana syaitan menghasut; ia sama seperti sikap kaum munafik dan kaum yahudi, penuh dengan strategi, talam dua muka dan paling penting ialah selagi manusia itu tidak menurut kehendak mereka, selagi itulah syaitan, munafik serta yahudi ini tidak akan duduk diam.
maka setelah berjaya menghasut manusia yang mana mengakibatkan manusia itu jatuh kufur dan akan menerima azab dari Allah, maka syaitan ini dengan segera akan berlepas tangan dan paling pasti syaitan juga mengatakan bahawa mereka juga takut akan Allah dan mereka amat tahu bahawa Allahlah Tuhan yang menguasai seluruh alam.
Syaitan menghasut agar kita berbisik tentang kejahatan (mengumpat).
di dalam surah Al-Mujadilah, Allah berfirman;
10.
Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang Yang beriman berdukacita; sedang
bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan Dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman berserah diri.
perbuatan berbisik dengan kejahatan (mengumpat) atau mengadu domba dalam sembunyi adalah salah satu bentuk hasutan syaitan dan ianya akan membuatkan manusia yang terlibat berduka cita.
perlulah kita ingat, tiada apa yang boleh memberikan kita 'bekas atau parut' selain dengan keizinan Allah, maka orang-orang yang beriman hendaklah menjauhi perbuatan berbisik/mengumpat ini serta yakin akan perlindungan dari Allah serta berserah sepenuhnya kepada Allah dalam setiap masa dan ketika.
Manusia menerima akibat kerana menurut hasutan syaitan.
di dalam surah Qaf pula Allah berfirman;
27. (semasa ia dihumbankan ke Dalam neraka Jahannam,
ia mendakwa Bahawa Syaitanlah Yang menjadikan Dia sesat; pada saat itu) Syaitan Yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata:
"Wahai Tuhan kami, Aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya Dia sendiri berada di Dalam kesesatan Yang jauh terpesong".
28. Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); pa
dahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang Yang bersalah).
29. "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan
Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
lihatlah bagaimana manusia cuba membabitkan syaitan tatkala mereka akan dihumban ke dalam neraka kelak.
dan lihat pula bagaimana syaitan menjawab, bahawa segala apa yang berlaku adalah merupakan salah serta silap manusia itu sendiri yang memilih untuk berada di dalam kesesatan.
lihat bagaimana Allah memberitahu manusia akan amaran demi amaran yang telah diberi semasa di dunia agar tidak mengikut syaitan kerana mengikut syaitan adalah perbauatan yang boleh menyebabkan manusia itu diseksa.
maka Allah Maha Adil dan melaksanakan janji-janjinya terhadap semua makhluk; sesiapa yang bersalah sedang sudah diberi amaran demi amaran, maka kesalahan itu adalah hasil dari tangan mereka sendiri dan mereka layak untuk menerima seksaan atau apa yang mereka lakukan.
Syaitan akan menghiaskan segala keburukan agar menjadi elok.
di dalam surah Muhammad, Allah berfirman
14. Dengan Yang demikian, Adakah orang orang (yang beriman dan taat) Yang keadaannya sentiasa berdasarkan Bukti Yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka)
Yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan Yang telah menurut hawa nafsunya? (sudah tentu tidak sama)!
lihatlah bagaimana syaitan mengindahkan segala perbuatan atau perkara yang tidak elok agar dilihat cantik oleh manusia dan ini ialah salah satu kerja syaitan.
maka pohonlah perlindungan kepada Allah setiap masa agar kita senantiasa dihindari dari hasutan dan tipu daya syaitan samada secara terang atau tersembunyi.
dan ingatlah, nafsu yang kita biarkan bermaharajalela di dalam diri sudah tentu akan menjemput syaitan untuk memperdaya diri kita.
maka orang-orang yang beriman dengan Allah & Rasul serta taat kepada suruhanNya sudah tentu tidak sama dengan orang-orang yang derhaka lagi engkar dengan suruhan Tuhan.
bersambung...