Thursday, January 13, 2011

Bacalah..

salam,

melintasi garis masa 2011 tanpa sebarang posting terbaru memang sauatu yang agak janggal.
sengaja atau tidak, saya memang tidak berkesempatan untuk menukil apa yang ada di kepala walau ianya sarat dan perlu dilimpahkan dalam bentuk tulisan dengan segera.
namun kekangan waktu yang begitu mencabar benar-benar menghalang tangan ini untuk menukul papan kekunci komputer riba ini.

hari ini ada sedikit ruang waktu sebelum saya ke eagle nest, maka saya rasa saya perlu gunakan waktu ini untuk menulis.

perkongsian pertama - saya sedang membaca beberapa buah buku serentak! antaranya ialah 30 wasiat Iman Shafie, Warisan Pemikiran Islam, Armagedon 2012 dan Dajjal.

mungkin minat membaca saya 'telah kembali semula' atau ianya telah 'di double-up' sejak dua menjak ini.

buku wasiat Imam Shafie yang saya baca mengambil 30 nasihat terbaik Iman Shafie yang memang berketurunan Rasulullah s.a.w, hafaz Al-Quran sejak berumur 7 tahun, menjadi Qadi semasa berumur 15 tahun dan diperakui kehebatan ilmu pengetahuannya dari segi pentafsiran Al-Quran oleh Imam Ahmad Hambal.

buku warisan pemikiran islam karya Muhammad Al-Ghazali pula begitu kritis dalam pembongkaran corak pemikiran umat islam dewasa ini. tulisannya begitu mencabar sehingga kita dapat lihat pola menaik dan menurun dalam zaman ketamadunan umat islam dari dahulu dan sekarang.

buku Armagedon 2012 karya Dr. Muhamad Alexandar juga sangat baik. ianya merupakan satu analisis serta usaha untuk memperbetulkan pemikiran serta tanggapan umat islam yang mungkin 'terseleweng' oleh dakyah barat tentang hari kiamat yang dimulakan oleh bangsa pagan berdasarkan kalendar mayan mereka.

akhirnya buku berkenaan Dajjal yang baru saya beli semalam di jalan tunku abdul rahman; buku yang membongkar kisah serta tanda-tanda kiamat, gerakan-gerakan yang memuja dajjal, serta umat islam yang turut terheret mengikut secara membabi buta segala macam simbol, cara dan apa saja yang disarankan oleh golongan pemuja ini.
--------------------------

dari dahulu lagi, saya sering sarankan..untuk menjadi umat islam yang cemerlang, perlulah ada ilmu yang mantap & pelbagai, perlu ada maklumat yang lengkap dan mendalam.

ilmu-ilmu ini 80 peratusnya dapat kita perolehi dari pembacaan bahan-bahan yang benar-benar menyajikan dan berkandung dengan ilmu.

'baca' juga adalah wahyu, perintah & kalam pertama yang Rasulullah terima dari Robbul Jaleel di gua hiraq 1440 tahun yang lampau.

'baca' punya banyak pengertian; baca apa yang tertulis, baca apa yang tersirat & baca apa yang tersurat.

apa yang boleh kita 'baca' dari perjalanan kehidupan kita?
apa yang boleh kita 'baca' dari pengalaman kita yang lampau?
apa yang boleh kita 'baca' dari analisa kehidupan di sekeliling?
apa yang boleh kita 'baca' dari perangai kita sendiri?
apa yang boleh kita 'baca' dari perangai orang di sekeliling?
apa yang boleh kita 'baca' dari perjalanan alam ini?

dan paling penting, semua pembacaan kita itu mestilah berpandukan kepada Al-Quran yang wajib kita baca walau sepotong ayat setiap hari dan jangan lupa pula untuk membaca maknanya, baca apa yang tersurat dan baca juga apa yang tersirat berupa nasihat & amaran untuk umat manusia keseluruhannya.

selamat membaca!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails