Wednesday, May 25, 2011

Aku Solat Kerana 27.....

salam semua...

dari kecil lagi kita diajar serta diasuh tentang perihal solat...
ajaran atau asuhan ini mungkin dari ibubapa sendiri, atuk nenek, rakan taulan mahupun tv atau vcd.

peringkat awal kita di ajar tentang cara bersolat.
peringkat awal juga kita di dedahkan betapa meninggalkan solat itu satu dosa.

kemudian setelah tahu mengerjakan solat, kita didedahkan betapa solat berjemaah itu besar pahalanya.
kita di dedahkan betapa jika kita bersolat berjemaah, kita akan mendapat 27 kali lipat pahala berbanding solat bersendirian.

kemudian, kita sesekali tertanya apakah maksud atau rasanya 'zuk' atau khusyuk dalam solat kita.
kita kemudiannya mencari-cari jawapan atau cara-cara bagaimana untuk 'khusyuk' dalam bersolat.
mungkin kita bertemu guru yang memberi tips-tips khusyuk solat.
mungkin kita bertemu rakan-rakan yang arif lantas berkongsi solat khusyuk mereka.
mungkin kita mula mencari bahan-bahan bacaan atau apa sahaja yang boleh membantu untuk kita merasai khusyuk dalam solat.

kita terus mencari dan belajar.

dalam pada itu kita terus berpegang kepada pahala 27 jika kita bersolat jemaah.
benar Rasulullah ada bersabda tentang lipatan 27 jika kita bersolat jemaah.
namun apa yang kita boleh saksikan, solat jemaah yang ramai ini hanya berlaku pada bulan ramadhan, solat hari raya dsbnya.
selebihnya kita bersolat sendirian atas pelbagai alasan sendiri.
cuma saranan Rasulullah agar ummatnya mendirikan rumahtangga adalah salah satu lorong yang memungkinkan kita tidak terlepas atau gagal ke mesjid atau surau untuk berjemaah.
elok bersolat jemaah bersama ahli masjid atau surau..
eleok juga solat jemaah bersama ahli keluarga kerana kita boleh berkongsi pelbagai kisah iktibar sebaik kita selesai berjemaah bersama mereka.

persoalan?

adakah kita tahu bahawa solat yang kita dirikan itu adalah hanya kerana Allah s.w.t?
adakah kita tahu bahawa solat yang kita dirikan itu perlu khusyuk?
adakah kita tahu bahawa solat yang kita dirikan itu adalah penyaksian hakikat pengabdian kita kepada Allah Azza Wajalla?

persoalan?

adakah 27 lipat pahala yang kita kejar atau Allah yang sedang menanti untuk disembah perlu kita dahulukan?
adakah kewajipan bersolat itu sudah jadi kebiasaan yang hilang rasa 'nyerr'nya?
atau kita mungkin dari awal lagi tidak nampak keperluan bersolat?

maka...

bersolatlah hanya kerana Allah Azza Wajalla... bukan kerana 27 lipat...
27 lipat itu adalah imbuhan yang akan kita perolehi hanya dengan izinNya..

maka fokus utama ialah...mengerjakan solat hanya kerana Allah sebagai satu kewajiban pengabdian... tanda bahwa kita adalah hamba-hambaNya yang benar-benar rukuk serta sujud sebagaimana yang Dia kehendaki..

wasalam

Tuesday, May 24, 2011

Menjemput Wali Allah ke rumah...

salam semua...

pernah dengar ungkapan 'Baiti Jannati'? atau rumahku syurgaku?
mungkin kita pernah dengar malah turut serta dalam kempen-kempen 'mensyurga'kan rumah kita.

syurga sebagaimana yang kita ketahui dihuni oleh hamba-hambaNya yang terpilih dan segala apa yang Allah janjikan terdapat disyurga.
syurga adalah lokasi tujuan setiap hamba-hambaNya yang benar-benar percaya atau separa percaya.
hatta orang jahat sekalipun, memang mengimpikan untuk masuk syurga sehingga hampir tiada yang sanggup ke neraka walau sejahat manapun manusia itu.

persoalan... adakah rumah kita itu memang menjadi syurga bagi kita? atau ianya adalah neraka yang panas buat diri kita dan keluarga?
syurga dapat kita manifestasikan sebagai satu tempat yang aman, nyaman, tenteram dan seronok serta bahagia buat penghuninya.
apatahlagi Allah telah mencabut 'nafsu' dari setiap penghuninya.

syurga juga adalah tempat tinggal para wali-wali Allah selain hamba-hambaNya yang beriman.
wali-wali Allah adalah insan-insan yang terpilih untuk melaksanakan tugasan-tugasan mereka di dunia ini hatta di alam semesta.
tugasan-tugasan mereka bergantung kepada kekuatan, kepandaian mereka sewaktu di dunia.
wali-wali Allah dipilih oleh Allah berdasarkan kriteria-kriteria yang hampir sama bagaimana Allah memilih para Nabi & Rasul.

maka beruntunglah mereka-mereka yang diangkat atau dipilih oleh Allah untuk menjadi waliNya.

tak perlulah kita hurai lebih lanjut tentang wali-wali Allah ini, cukuplah kita mengetahui bahawa mereka-mereka ini insan-insan istimewa dan terpilih yang sentiasa ada disekeliling kita, memerhati, membantu, menunjukcara dengan cara dan keizinan yang Allah berikan...tidaklah kita boleh mengarah mereka, dan tidaklah boleh mereka mengarah kita..yang boleh hanya sama-samalah kita bersama para wali-wali ini sujud beribadah sebagaimana yang Allah kehendaki..

persoalan....

adakah rumah yang bergelar syurga akan dikunjungi oleh para wali-wali Allah?
insyaallah..dengan izin Allah, para wali-wali Allah ini selalu mengunjungi rumah-rumah yang sentiasa bercahaya dan berkilauan, yang penuh dengan zikrullah serta aman dan tenteram keadaannya.

perkara ini terhasil tatkala isi rumahnya, tunduk, sujud serta beribadah sebagaimana yang Allah kehendaki.
jika kita berupaya dengan bersungguh untuk memakmurkan rumah kita dengan ibadah-ibadah yang Allah sarankan, maka insyaallah tiada yang mustahil rumah kita mendapat taraf 'syurga' di dunia ini.

sedikit soalan....

adakah kita sering bersolat jemaah dengan ahli keluarga?
adakah kita sering bertafakur, berzikir dan mentelaah al-quran dirumah bersendirian atau bersama-sama ahli keluarga?
adakah kita sering menjemput para tetamu untuk bersama-sama berzikir, memuji-muji Allah di rumah dan menjamu mereka dengan juadah semampu kita?
adakah kita sering mengadakan majlis-majlis ilmu bersama keluarga selepas solat maghrib sementara menanti isya'?

kita tahu, rumah-rumah yang sentiasa ada isinya memuji-muji Allah...rumah itulah menjadi tumpuan dan kunjungan para malaikat & wali-wali Allah...

maka berbahagialah ahli-ahli rumah yang sering dikunjungi oleh para wali-wali Allah...

wasalam..

Friday, May 06, 2011

Sifir Mudah Kehidupan...


salam hujung minggu buat semua..

tiada apa kepayahan dalam kehidupan ini selain dari melawan seterusnya menakluk hawa nafsu..

nafsu tidak selama-lamanya akan menjadi musuh kita...
bermula dengan mengenali diri kita dari aspek kekuatan serta kelemahan hatta tugasan di atas muka bumi ini dan seterusnya mengenali hawa nafsu serta tabienya sehingga kewaspadaan kita setelah berjaya menakluknya.

sebahagian besar masa yang kita lalui di dalam kehidupan adalah dengan 'melayan' hawa nafsu...
samada kita berjaya melawan atau kita yang tertawan..nafsu tidak boleh dipisahkan dari diri kita.

Rasulullah pernah & sering berpesan tentang hawa nafsu - Baginda berpesan betapa hawa nafsu perlu dilawan dengan sepenuh jiwa & raga dan lawanlah hanya kerana Allah Taala...sehingga ianya berketegori 'jihad' laksana turun ke medan perang.

sukar untuk kita melawan hawa nafsu?
atau sememangnya kita tidak mahu berpisah dengan hawa nafsu.
benar, hawa nafsu bersifat suka membuai-buai sehingga diri seseorang itu hanyut dalam alam 'fantasi' atau fatamorgana.
dan seringkali buaian hawa nafsu itu berakhir dengan kesedihan, kekecewaan, kemarahan serta paling malang kehilangan nyawa.

strategi melawan hawa nafsu tidaklah sesukar yang kita jangkakan.
ianya hanya menuntut kekuatan diri untuk berubah.
ianya hanya memerlukan fokus lebih sedikit dari biasa.
ianya hanya memerlukan tindakan yang berterusan dan berkekalan.

mudah bukan?
atau masih berfikir lagi cara dan perlaksanaan jihad tersebut?

kecekapan diri dari sudut mental, emosional, spiritual serta fizikal memainkan peranan sebagai pemangkin untuk menakluk nafsu.
seorang yang hanya berfikir sekadar 'satu lapisan' sahaja atau tidak mahu memikirkan hikmah setiap sesuatu perkara adalah seorang yang lemah akal.
seorang yang gagal mengimbangi darjah turun naik emosi dan sering terbawa-bawa dengan perasaan yang melampau adalah seorang yang tidak stabil.
seorang yang rendah keyakinan diri serta rendah semangat untuk membina kekuatan dalaman adalah seorang yang mati sebelum masanya serta tidak berupaya memberi kesan kepada perubahan diri.
seorang yang lemah dari sudut fizikal terutamanya dalam konteks penggunaan anggota dan deria rasa adalah seorang yang riak sombong serta takbur atas anugerah yang diberikan Allah kepada diri.

cuba kita perhatikan bagaimana 'sempurna'nya diri seseorang itu dicipta Allah agar dia dapat memikul tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini dengan cekap dan berkesan.

kehidupan boleh berbelit-belit dan boleh jadi mudah serta ringkas.
apa sifirnya?

sifirnya ialah memahami hakikat kehidupan yang merangkumi 3 perkara;

1. tujuan kita hidup.
2. tugasan yang kita perlu laksanakan.
3. bagaimana cara terbaik untuk kita laksanakan.

bukankah tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah?
bukankah tugasan yang perlu kita laksanakan perlu berlandaskan kepada Al-Quran & Sunnah?
bukankah memberi yang terbaik dan bermula dengan yang mudah itu satu sunnah?

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails