Friday, May 06, 2011

Sifir Mudah Kehidupan...


salam hujung minggu buat semua..

tiada apa kepayahan dalam kehidupan ini selain dari melawan seterusnya menakluk hawa nafsu..

nafsu tidak selama-lamanya akan menjadi musuh kita...
bermula dengan mengenali diri kita dari aspek kekuatan serta kelemahan hatta tugasan di atas muka bumi ini dan seterusnya mengenali hawa nafsu serta tabienya sehingga kewaspadaan kita setelah berjaya menakluknya.

sebahagian besar masa yang kita lalui di dalam kehidupan adalah dengan 'melayan' hawa nafsu...
samada kita berjaya melawan atau kita yang tertawan..nafsu tidak boleh dipisahkan dari diri kita.

Rasulullah pernah & sering berpesan tentang hawa nafsu - Baginda berpesan betapa hawa nafsu perlu dilawan dengan sepenuh jiwa & raga dan lawanlah hanya kerana Allah Taala...sehingga ianya berketegori 'jihad' laksana turun ke medan perang.

sukar untuk kita melawan hawa nafsu?
atau sememangnya kita tidak mahu berpisah dengan hawa nafsu.
benar, hawa nafsu bersifat suka membuai-buai sehingga diri seseorang itu hanyut dalam alam 'fantasi' atau fatamorgana.
dan seringkali buaian hawa nafsu itu berakhir dengan kesedihan, kekecewaan, kemarahan serta paling malang kehilangan nyawa.

strategi melawan hawa nafsu tidaklah sesukar yang kita jangkakan.
ianya hanya menuntut kekuatan diri untuk berubah.
ianya hanya memerlukan fokus lebih sedikit dari biasa.
ianya hanya memerlukan tindakan yang berterusan dan berkekalan.

mudah bukan?
atau masih berfikir lagi cara dan perlaksanaan jihad tersebut?

kecekapan diri dari sudut mental, emosional, spiritual serta fizikal memainkan peranan sebagai pemangkin untuk menakluk nafsu.
seorang yang hanya berfikir sekadar 'satu lapisan' sahaja atau tidak mahu memikirkan hikmah setiap sesuatu perkara adalah seorang yang lemah akal.
seorang yang gagal mengimbangi darjah turun naik emosi dan sering terbawa-bawa dengan perasaan yang melampau adalah seorang yang tidak stabil.
seorang yang rendah keyakinan diri serta rendah semangat untuk membina kekuatan dalaman adalah seorang yang mati sebelum masanya serta tidak berupaya memberi kesan kepada perubahan diri.
seorang yang lemah dari sudut fizikal terutamanya dalam konteks penggunaan anggota dan deria rasa adalah seorang yang riak sombong serta takbur atas anugerah yang diberikan Allah kepada diri.

cuba kita perhatikan bagaimana 'sempurna'nya diri seseorang itu dicipta Allah agar dia dapat memikul tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini dengan cekap dan berkesan.

kehidupan boleh berbelit-belit dan boleh jadi mudah serta ringkas.
apa sifirnya?

sifirnya ialah memahami hakikat kehidupan yang merangkumi 3 perkara;

1. tujuan kita hidup.
2. tugasan yang kita perlu laksanakan.
3. bagaimana cara terbaik untuk kita laksanakan.

bukankah tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah?
bukankah tugasan yang perlu kita laksanakan perlu berlandaskan kepada Al-Quran & Sunnah?
bukankah memberi yang terbaik dan bermula dengan yang mudah itu satu sunnah?

:-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails