Tuesday, May 24, 2011

Menjemput Wali Allah ke rumah...

salam semua...

pernah dengar ungkapan 'Baiti Jannati'? atau rumahku syurgaku?
mungkin kita pernah dengar malah turut serta dalam kempen-kempen 'mensyurga'kan rumah kita.

syurga sebagaimana yang kita ketahui dihuni oleh hamba-hambaNya yang terpilih dan segala apa yang Allah janjikan terdapat disyurga.
syurga adalah lokasi tujuan setiap hamba-hambaNya yang benar-benar percaya atau separa percaya.
hatta orang jahat sekalipun, memang mengimpikan untuk masuk syurga sehingga hampir tiada yang sanggup ke neraka walau sejahat manapun manusia itu.

persoalan... adakah rumah kita itu memang menjadi syurga bagi kita? atau ianya adalah neraka yang panas buat diri kita dan keluarga?
syurga dapat kita manifestasikan sebagai satu tempat yang aman, nyaman, tenteram dan seronok serta bahagia buat penghuninya.
apatahlagi Allah telah mencabut 'nafsu' dari setiap penghuninya.

syurga juga adalah tempat tinggal para wali-wali Allah selain hamba-hambaNya yang beriman.
wali-wali Allah adalah insan-insan yang terpilih untuk melaksanakan tugasan-tugasan mereka di dunia ini hatta di alam semesta.
tugasan-tugasan mereka bergantung kepada kekuatan, kepandaian mereka sewaktu di dunia.
wali-wali Allah dipilih oleh Allah berdasarkan kriteria-kriteria yang hampir sama bagaimana Allah memilih para Nabi & Rasul.

maka beruntunglah mereka-mereka yang diangkat atau dipilih oleh Allah untuk menjadi waliNya.

tak perlulah kita hurai lebih lanjut tentang wali-wali Allah ini, cukuplah kita mengetahui bahawa mereka-mereka ini insan-insan istimewa dan terpilih yang sentiasa ada disekeliling kita, memerhati, membantu, menunjukcara dengan cara dan keizinan yang Allah berikan...tidaklah kita boleh mengarah mereka, dan tidaklah boleh mereka mengarah kita..yang boleh hanya sama-samalah kita bersama para wali-wali ini sujud beribadah sebagaimana yang Allah kehendaki..

persoalan....

adakah rumah yang bergelar syurga akan dikunjungi oleh para wali-wali Allah?
insyaallah..dengan izin Allah, para wali-wali Allah ini selalu mengunjungi rumah-rumah yang sentiasa bercahaya dan berkilauan, yang penuh dengan zikrullah serta aman dan tenteram keadaannya.

perkara ini terhasil tatkala isi rumahnya, tunduk, sujud serta beribadah sebagaimana yang Allah kehendaki.
jika kita berupaya dengan bersungguh untuk memakmurkan rumah kita dengan ibadah-ibadah yang Allah sarankan, maka insyaallah tiada yang mustahil rumah kita mendapat taraf 'syurga' di dunia ini.

sedikit soalan....

adakah kita sering bersolat jemaah dengan ahli keluarga?
adakah kita sering bertafakur, berzikir dan mentelaah al-quran dirumah bersendirian atau bersama-sama ahli keluarga?
adakah kita sering menjemput para tetamu untuk bersama-sama berzikir, memuji-muji Allah di rumah dan menjamu mereka dengan juadah semampu kita?
adakah kita sering mengadakan majlis-majlis ilmu bersama keluarga selepas solat maghrib sementara menanti isya'?

kita tahu, rumah-rumah yang sentiasa ada isinya memuji-muji Allah...rumah itulah menjadi tumpuan dan kunjungan para malaikat & wali-wali Allah...

maka berbahagialah ahli-ahli rumah yang sering dikunjungi oleh para wali-wali Allah...

wasalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails