Tuesday, February 13, 2007

Momentum Kita....Laju Mana?

salam buat semua...

baru sahaja saya menyiapkan nota-nota untuk kursus minggu hadapan...

oh ya...minggu hadapan pada 23 dan 24 Februari, insya Allah saya akan ke Bentong untuk bersama-sama 'Head-head' sebuah organisasi dalam satu tajuk Kepimpinan atau Leadership...

sebaik sahaja siap nota tersebut, saya perlu merangka satu lagi program 'Team Building' untuk satu organisasi yang agak besar...mmmmmm.... ingat nak berhenti bernafas sekejap....rupanya Allah Maha Mengetahui bahawa saya masih 'mampu' 'mengayuh' perkara-perkara yang saya gemar....iaitu mengajar, membimbing dan menunjuk arah....

oh ya.... tajuk yang saya terpikir ialah 'Momentum Kita....Laju Mana?... tajuk itu lebih kepada soalan buat diri saya dan anda juga....

ianya perihal keupayaan kita...
ianya perihal masa yang kita gunakan....
ianya perihal kudrat yang kita lunaskan...
ianya perihal usaha yang kita laksanakan...

adakah kita punya cukup masa?

atau kita tidak cukup masa?

jika jawapannya kita punya cukup masa....maknanya kita sudah ditinggalkan oleh masa... masa telah berada di hadapan, kita tidak menyedarinya...

jika jawapannya kita tidak cukup masa...maknanya kita berada dalam momentum 'beta', penuh bersemangat dalam melakukan tugasan, mengejar misi, mengapai objektif etc...

cuma jika dalam momentum beta.... lebih berhati-hati sedikit... kerana kepantasan juga boleh mengundang padah...

pejamkan mata seketika....hayati alunan angin.... kerana dalam angin ada berita..berita buat kita yang mendahului masa....

bertemu lagi....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails