Tuesday, February 27, 2007

Syahid Sebelum Mati.....



salam semua....

ada ungkapan..."sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"...

dan jarang kita dengar "matilah sebelum kamu mati"....

namun saya suka war-war kan...."syahidlah kamu sebelum mati..."

dan teringat saya pada satu lirik lagu M.Nasir.... "biar rebah merempuh asalkan tidak tegak tersimpuh..."

syahid seperti yang kita tahu adalah anugerah Allah kepada hambaNYA yang 'gugur' dalam 'medan pertempuran'..... 'medan pertempuran' itu merangkumi keseluruhan proses kehidupan ini dengan syarat segala yang kita lakukan adalah ikhlas dan hanya untuk Allah s.w.t....

contoh terbaik ialah mati ketika dalam proses menimba ilmu..... dan 'tolong' pikir di luar kotak....menuntut ilmu itu luas...samada secara formal atau tidak...

berbalik kepada persoaalan utama... sudahkah kita syahid sebelum mati?....

ramai yang takut mati....sebab?.... entahlah...kebanyakkan alasannya ialah 'tidak bersedia'.... tidak bersedia dari segi aper yer?....

sewajibnya kita sangat-sangat mahu bertemu dengan Pencipta kita...dek kerana rindu dendam yang membara....

namun oleh kerana faktor 'materialistik' serta 'cinta dunia'...maka baraan rindu dan sayang itu hanya menjadi mainan bibir sahaja tidak lebih dari itu....

camner nak dapat 'rasa' rindu itu?.... jawapannya jadilah sedikit sensitif....jadilah sedikit peka....saksikan kebesaran Allah yang ada pada diri kita, pada persekitaran kita.....

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit....

istilah itu boleh diguna pakai dalam dua situasi berbeza...

pertama...kita gunakan dalam mencintai dunia...memula sikit-sikit...lama-lama jadi takut pulak bila hilang harta, orang kesayangan dsbnya...

kedua....kita gunakan dalam mencari maksud tersirat hakikat diri yang hamba ini serta hubungan dengan Pencipta.....

so...tepuk dada tanya selera....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails