Wednesday, February 07, 2007

Perkemas Diri...


salam semua...

sama ada kita sedar ataupun tidak, tubuh kita mempunyai auranya...
aura ialah medan tenaga yang menyelubungi tubuh kita...
aura ini mempunyai warna-warnanya...

kalau ikut kajian saiins metafizik serta di sahihkan dengan kamera aura... ada 7 lapisan aura ini.... dan paling jelas adalah 4 lapisan...

lapisan-lapisan aura itu terdiri dari aura fizikal, aura spiritual, aura mental dan aura emosional...

ketebalan atau kenipisan aura itu bergantung kepada tahap 4 elemen itu tadi...iaitu fizikal, mental, spiritual serta emosional...

jika kita berjaya mendapat tahap 'alpha' iaitu tenang kepada semua elemen-elemen itu maka insya Allah lapisan aura yang menyelubungi tubuh kita akan tebal...

aura ini juga bertindak menjadi benteng kepada diri... dari pelbagai serangan seperti fitnah, tuju-tuju, guna-guna malah hatta hasutan syaitan sekalipun...

pernah dengar ayat "wahai jiwa yang tenang lagi yakin, masuklah ke dalam kumpulanmu dan masuklah ke dalam syurgaKU..."

ada isyarat 'tenang' dalam ayat itu..... ditambah dengan isyarat 'yakin' di situ....

tenang diri, yakin akan Allah..... tebal lah aura..... cool lah diri....

nak aura tebal?..... tipsnya, mulakan dengan solat taubat, bersihkan diri, fahami lah hakikat kejadian diri, yakinilah akan Pencipta kita.....

jangan duduk diam lagi....bangkit semula.... apa yang lepas biarkan berlalu...
isyaratkan kepada diri, niatkan di dalam hati, lafazkan dengan ikrar serta lakukan bersungguh-sungguh.....

selagi kita berada 'di atas jalan yang lurus'...insya Allah tebal lah aura kita...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails