Sunday, December 31, 2006

Salam Tahun Baru Masihi 2007....




salam semua...

masa saya menulis ni..kurang lebih 40 minit lagi kita semua akan meredah masuk ke tahun baru masihi 2007...

kenapa saya kata meredah?... sebab rata-rata kita terpaksa untuk menerima tahun baru pada setiap tahun tanpa sebarang persediaan yang benar-benar sedia...

oleh itu tidak ramai yang berjaya dengan 'azam-azam separuh masak'.... azam yang hanya di'tukar kulit' sahaja...isinya masih sama...

iyelah..cth: azam nak kuruskan badan..hanya akan bertahan selama paling lama 3 bulan sahaja....pastu..semua belasah balik..silap haribulan, berat boleh jadi bertambah...

perlukah kita bersedia pada setiap akhir tahun sebelum tahun baru menjelma dengan berbagai azam dan perancangan yang teliti ataupun tidak?... perlukah?

atau kita sebenarnya perlu sentiasa bersedia tidak kiralah pada bila-bila masa...?

ketika ini saya teringat sepotong ayat "Berusahalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan mati keesokkan harinya"...

persoalan....

adakah kita sudah berusaha bersungguh-sungguh seolah kita akan hidup seribu tahun lagi.... berusaha bermati-matian dalam setiap apa yg kita kerjakan....(sudah pasti niatnya kerana Allah s.w.t....untuk jatuh ia menjadi ibadah @ wanusuki..)...

adakah kita sudah melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh yakni yakin dan faham akan apa yang kita kerjakan?.... sudahkah?...

kalau sudah...Alhamdulillah...
kalau belum...masih ada masa, insya Allah...

apapun...sama-samalah kita berdoa agar hari-hari mendatang nanti akan menyaksikan kita ini tergolong ke dalam golongan hamba-hambaNYA yang yakin, faham serta beriman...yang tenang jiwanya....dan yang berusaha dengan penuh kesungguhan....serta dengan kehidupan yang seluruhnya dalam istilah 'wanusuki'....Lillah Hi Robbil Alameen...

wasalam

Saddam Hussien - Inna Lillah....



salam semua....

pagi tadi saya sempat menjengok berita dan antara slotnya ialah berita tentang bekas Presiden Iraq, Saddam Hussien yang dihukum gantung sampai mati...

"..sebaik selepas subuh, Saddam di bawa ke bilik gantung dan di tangannya ada kitab Al-Quran.." antara lapuran berita tersebut....

dan juga terdapat visual Saddam di sarung tali gantung dan mayatnya yang terbujur selepas meninggal dunia...

Iraq?.... ya Iraq terus huru-hara dengan pemerintahan baru yang hanya sekadar 'puppet' Amerika Syarikat...'puppet' yang membiarkan Amerika terus mengawal minyak Iraq...

saya terus teringat akan Afganistan... sebaik pemerintahan Afganistan ditumbangkan, rakyatnya terus kembali ke amalan lama iaitu membela kanak-kanak lelaki untuk memuaskan nafsu mereka... mereka terus 'bebas' memenuhi nafsu serakah yang hanya mampu di'kawal' oleh pemerintahan taliban....

orang arab dan kehidupan padang pasir, membuatkan mereka antara manusia yang agak kasar sedikit dari manusia lain... maka atas lumrah itu, mereka perlukan pemerintahan yang 'robust' yang boleh mengawal mereka luar dan dalam....

namun, pemerintah dan cara pemerintahan hanya pengisian 'jawatan'.... jika tidak disertakan dengan kasih sayang, dengan siddiq, amanah, tabligh dan fatonah.... siapa sahaja yg kita letakkan di atas sana.... serupa sahaja...

kembali kepada Iraq & Saddam....

saya juga sedikit sedih..dalam memenuhi kehendak Amerika, Saddam digantung pada hari-hari seluruh umat Islam akan menyambut 'Hari Raya Korban @ Eid Ul Adha'...

apa rasionalnya?.... Saddam seorang Sunni..sudah pasti para Shia' amat menanti hukuman ini.... bukankah Sunni & Shia juga umat Islam?....

Sorak Shia' tidak sekuat sorak George W. Bush Jr.
Sorak Shia' adalah tangisan Sunni...

Siapa yang akan terus bersorak? Sudah pasti George Bush dan kuncunya....
Berapa hari puak Shia' boleh terus bersorak...dan akhirnya akan menghadiahkan Al-Fatihah juga buat Saddam?....

Saya pernah duduk berbicara dengan seorang Mufti... saya ajukan pertanyaan tentang puak Shia' ini.... Beliau dengan tenang menyatakan, selagi mereka itu mengucap dua kalimah syahadah..selagi itu mereka Islam...dan untuk menghukum mereka sesat...jgn sesekali....

Begitulah Saddam...ya Beliau nampak kejam...sehingga membunuh beribu-ribu rakyatnya... dan saya pasti, di hujung hayatnya...jika beliau bertaubat dengan sebenar-benar taubat.... siapakah kita untuk mengatasi kekuasaan Allah untuk memberi pengampunan dan menerima taubatnya....

saya juga teringat kisah seorang lelaki yang membunuh ibu saudaranya di Arab Saudi... sehingga saat akhir, beliau tidak diampunkan oleh waris ibu saudaranya... namun setelah si pemancung mengangkat pedang utk melaksanakan tugasnya..bapa saudara yakni waris kepada ibu saudaranya dengan kuat mengucapkan "Aku waris si mati mengampunkan kamu"....

lelaki itu longlai dan merasakan mati hidup semula...(sila ikuti Mingguan Malaysia minggu lepas)....

begitulah indahnya hukuman Allah.... hanya waris yang berkuasa memberi ampun kepada pesalah....

Saddam?.... tiada siapakah yang mahu memaafkannya?....
Tiada sedikit jasakah dia?... saya tidak pasti.... namun, Iraq menerima pakai undang-undang Amerika...maka, hanya tali gantung 'Made In America' yang layak menjerut dan menamatkan riwayat seorang hamba Allah di subuh hari mantai Aidil Adha...

Al-Fatihah buat Saddam...

Eid Ul Adha....Korban = Pengorbanan...




salam semua...

alhamdulillah... seluruh umat Islam di serata pelusuk dunia menyambut Eid Ul Adha dengan suasana penuh 'keredhoan'...redho kerana Eid Ul Adha ini sering dikaitkan dengan kisah pengorbanan terbesar dalam sejarah...

kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim mendapat mimpi yang memerintahkan Baginda untuk menyembelih anak kesayangan beliau yakni Nabi Allah Ismail...

Nabi Allah Ismail pula apabila disampaikan berita akan perintah Allah melalui mimpi ayahnya Nabi Allah Ibrahim, terus redho dan menerima ketentuan itu lalu bersedia dan amat yakin sekali..."Laksanakanlah perintah itu ya Rasul Allah, ayah ku...nescaya kamu akan mendapati aku berada dalam golongan mereka-mereka yang sabar..."kata Nabi Allah Ismail...

Tiada 'ek' tiada 'ah'..tiada 'yer ker'...dsbnya..... semuanya atas 'Samiaqna Wa atoqna...'.."Kami dengar Kami Patuh"...

itulah kisah pengorbanan paling besar yang menjadi contoh kepada setiap umat manusia khususnya umat Islam...

adakah kita sudah diuji sedemikian?...adakah kita sudah diuji sedahsyat demikian?..

wallah hu aklam....

ujian atas iman yang paling baik ialah..apabila kita sanggup berpisah dengan apa yg kita sayang...atau paling sayang...

kalau kita benar-benar redho....insya Allah...Allah akan memberi ganti kepada pengorbanan kita itu... sebagaimana Allah mengantikan Nabi Allah Ismail kepada satu haiwan @ kibas yang begitu baik, tegap dan sihat... sebagai tanda kebesaran Allah dan sebagai hadiah bagi umatNYA yang beriman...

begitulah.....

untuk hebat kita perlu berkorban...
untuk bahagia kita perlu berkorban...

korban harta, jiwa serta perasaan....

yakinlah...Allah akan mengantikan kita kepada perkara yang lebih baik apabila kita benar-benar fahami & yakini serta redhoi makna korban atau pengorbanan kita itu...apatah lagi ianya memang dituntut oleh Pencipta kita...

salam aidil adha buat semua...di mana sahaja anda berada...

wasalam

Saturday, December 30, 2006

Bila Line Internet 'Kong Ka Li Kong'...

salam....

kelam kabut dunia sebelah sini apabila berlaku 'earthquake' di dasar laut Taiwan tempohari....

para bloggers & forumers semuanya...menggeletar..bukan sebab aper..sebab tangan menggigil tak dapat menulis....

saya sendiri yg menggunakan khidmat talian DiGi dengan EDGEnya mengalami gangguan dan telah pun dipohon maaf dari operator telefon tersebut kerana berlaku gangguan sesekali....sesekala...

apapun...beginilah keadaan manusia akhir zaman.... rasa macam dah 'sophisticated' rupanya terlalu 'fragile' dan mudah pecah bila terhempas.... so istilahnya?... terlalu tidak 'independent'......

apapun... line akan ok sepenuhnya dalam masa 3 - 4 minggu.... dan saya menjangkakan negara India akan menggunakan 'bencana' ini dengan mempromosi 'tapak' server di negara tersebut....

Malaysia, Singapura, Indonesia?.... payah kut sebab kedudukan negara yang terletak di garisan gempa yang amat tidak stabil untuk kabel dasar laut.... dan berbagai lagi...

esok Eid Ul Adha.....

salam Eid Ul Adha dari saya buat awak semua....

wasalam

Sunday, December 24, 2006

Selamat Hari Natal...



buat semua rakan saya serta masyarakat Malaysia yang menganut Agama Kristian, Selamat Menyambut Hari Natal buat anda dan keluarga tidak kira di mana jua anda berada...

semoga Allah memberi taufiq, hidayah, rahmat serta petunjukNYA....insya Allah

Saturday, December 23, 2006

Oh Tuhan....

Oh Tuhan....
Aku tahu Engkau memerhatikan...
Aku tahu Engkau Maha Mengetahui...
Aku tahu Engkau Maha Mengasihi...
Aku tahu Engkau Maha Mengasihani...

Oh Tuhan...
Telah banyak dosa yang aku lakukan...
Telah banyak kezaliman yang aku lakukan...
Telah banyak kemungkaran yang aku lakukan...
Telah banyak kebinasaan yang aku lakukan...

Oh Tuhan...
Ampunilah segala dosa-dosaku...
Terimalah semua taubat-taubatku...

Oh Tuhan...
Aku tahu Engkau tetap dengan janji-janjiMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan masa-masaMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan azab-azabMU...
Aku tahu Engkau tetap dengan rahmat-rahmatMU...

Oh Tuhan...
Berilah ketenangan kepadaku...
Berilah rahmat kepadaku...
Berilah kemudahan kepadaku...
Berilah petunjuk kepadaku...

Oh Tuhan...
Akulah hambaMU...

Air Terus Naik..."Banjir Makin Teruk"....



salam semua....

semasa saya menulis ini, jumlah mangsa banjir yang telah di pindahkan meningkat kepada 80,000 mangsa...

lihat gambar di atas.... gambar terakhir saya lihat sebegini ialah semasa foto-foto tsunami di acheh...

cuma bezanya..... tiada ombak....

habis semua....

simpati kepada mangsa... doa saya mereka semua selamat dan tabah menghadapi situasi sebegini... banyak hikmahnya....

antaranya ialah...Allah mampu dan sangat-sangat berkuasa untuk melakukan segala-galanya... dan segala perancangan manusia itu hanyalah sekelumit zarrah sahaja...

pemanasan global?...taufan...? iklim luarbiasa?.... itu hanya istilah ciptaan manusia..yang telah termaktub di dalam Al-Quran....

cuma ketahuilah..di saat ini, Allah melihat dan menanti di mana antara hambaNYA yang terus yakin, faham dan semestinya REDHO dengan ketentuan.... REDHO dengan sebenar-benar REDHO...REDHO dari segi niat, lafaz dan perbuatan..... REDHO yang total...

wasalam

Friday, December 22, 2006

Banjir ke Tsunami Tanpa Ombak?



salam semua...

setakat ini berita 'banjir' yang berlaku di selatan tanah air tiada khabar beransur surut...cuma di JB sahaja 4000 mangsa telah kembali semula ke kediaman masing-masing...

'in-total' banjir di seluruh negara telah menyaksikan lebih kurang 30,000 telah dipindahkan ke tempat-tempat selamat...dan angka ini tidak termasuk yang tidur atas bumbung rumah selama berhari-hari dengan berbekalkan keropok & maggie mee...

apapun... selepas saya melihat visual melalui berita di tv semalam....

hati saya hanya mampu berbisik.....ini bukan banjir....ini 'tsunami' cuma tsunami ini tidak datang dengan ombak.....

rata-rata visual yang dihidangkan menyaksikan hanya bumbung rumah kelihatan dan lebih memeranjatkan, visual bas yang terbalik, kereta hanyut dan masuk ke parit, orang-orang 'merompak' pasaraya dan banyak lagi.....

apa itu semua?..... masing-masing ada intrepetasi tersendiri....

air yang melimpah itu adalah air lumpur....datang dari laut yang suci.... dan dari segi kajiannya, ianya berpunca dari ribut atau taufan dari Filipina...

dan apa yg kita selalu lakukan dengan air lumpur ini?.... yaa... kita samak diri kita dari segala najis-najis.....

nak tunggu samak sendiri....lambat kut.... so kenalah Allah samak kan untuk kita....

jadi.... seribu hikmah yang tersirat ada di sebalik peristiwa 'banjir besar' ini....

sama-samalah kita periksa balik...di mana kita ketika ini..bagaimana hubungan kita dengan Maha Pencipta....bagaimana adab kita dengan Rasulullah......dsbnya...

Al-Fatihah untuk semua bangsa bencana dan juga untuk diri kita sendiri....

wasalam.....

Thursday, December 21, 2006

Mentor vs Bintang Cari Bintang....



salam semua.....

saya ketika ini memang secara terus terang sangat 'rimas' dengan promo mentor vs bintang cari bintang....

rimas apabila melihat 'gelek' anak didik inul (satu caption program itu di indonesia yg diinsert dalam promo itu)...

rimas bila menyedari betapa promo itu ditonton oleh berjuta-juta rakyat malaysia yang terutamanya remaja & kanak-kanak....

rimas apabila menyedari betapa ianya 'berpengaruh' terhadap minda remaja & kanak-kanak....

rimas apabila setiap hari, promo itu diulang tayang berkali-kali.....

soalan rimas kepada diri saya ialah....'sampai bila'?....perkara ini akan berakhir?... tidak cukupkah keruntuhan yang sudah berlaku di hadapan mata?.... perlukah lagi kita meng'import' keruntuhan dari luar untuk di satukan agar keruntuhan yang berlaku nampak 'gah' dan hebat?....

cuba lihat dengan teliti foto yang saya sertakan di atas....
perhatikan kalimah yang tertera di t-shirt merah yang dipakai oleh gadis itu....

boleh lihat dengan jelas...ianya ialah kalimah syahadah....

sekarang kita fikir..... kena ke tak kena?.....
mmmmm....mungkin ada yang kata tak kena.... memalukan..dan sebagainya...
dan mungkin ramai yang 'tak kisah'.....sebagaimana aiman cakap 'aiman tak kesahhh'...

pasal apa tak kisah?.... pasal tak tahu apa itu Allah...dan tak kenal siapa itu Muhammmad Rasulullah....

sebagai kanak-kanak dan remaja....minda mereka begitu 'peka' dan cepat menangkap persekitaran dalam proses mereka membesar.... ianya akan menjadi memori dan akan diulang-ulang tayang sehingga mereka sendiri akan melakukan apa yang telah dirakam...

dan kita tahu pengaruh televisyen begitu besar dalam satu-satu institusi kekeluargaan... rata-rata setiap rumah pasti ada sebuah televisyen....

cuba buat homework sikit..... kita buat catitan atas apa yang disiarkan oleh tv..... dari mula hingga habis siaran..... kita hanya buat kategori hiburan dan pendidikan...

pastu kita beri peratus..... dan sebelum kita habis mengira berapa peratus... otak kita sudah tentu akan memberikan jawapan.....

begitulah dunia.... ianya akan terus menerus menyesakkan.... sebagaimana kata-kata Saidina Ali R.A....."akhir zaman nanti, maksiat itu akan masuk ke rumah kamu tanpa kamu pergi mencarinya...."...

sama-samalah kita renungkan....

wasalam

Wednesday, December 20, 2006

Eidul Adha Menggamit HambaNYA yang Bertaqwa....



salam semua....

apa kaitan foto di atas dengan tajuk yang saya beri?...

foto itu saya rasa semua tahu bangunan tersebut....ya bangunan yang paling 'seksi' di ibukota kuala lumpur...seksi aper yer?...sebab pinggang dia 'ramping'....

apapun...bangunan itu berfungsi menempatkan satu organisasi yang mengguruskan 'rukun islam' kelima untuk rakyat malaysia... Lembaga Tabung Haji....

dan sebut pasal 'haji'.... seperti yang kita semua tahu, kini berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Makkatul Mukarramah dan menanti saat untuk berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan fardu haji disamping melakukan ibadah korban di sana....

Lab Bai Kallah Hum Malabbai...Lab Bai Kala Syarikalabbai....

bagi yang telah menunaikan fardhu haji..syukur alhamdulillah...
bagi yang belum, insya Allah...anda akan dijemput juga ke sana satu hari nanti.... kuatkan azam...tanamkan niat...mohon dipermudahkan....

Eidul Adha.... bakal tiba.... dan sudah tentu ianya adalah berkaitan dengan ibadah korban, berkaitan dengan pengorbanan, berkaitan dengan keimanan, berkaitan dengan keyakinan, berkaitan dengan kefahaman, berkaitan dengan kesucian.....

peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail...
peristiwa henjakkan kaki Baginda (Nabi Allah Ismail) sehingga terbit mata air zam-zam yang tidak akan kering sehingga kiamat....
peristiwa safa & marwah......
dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya....

adakah peristiwa itu sekadar peristiwa atau, kita mengambil langkah pro-aktif dengan mendalami peristiwa tersebut untuk mendapat kefahaman yang mana kefahaman itu akan menghasilkan keyakinan dan seterusnya keimanan kepada Allah.....

adakah peristiwa itu memberi contoh terbaik bagaimana kita mahu mengukur tahap pengorbanan kita dalam hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah Al Khaliq...

sama-samalah kita melakukan muhasabah.....

janganlah risaukan dosa yang menggunung...kerana dengan kekuasaan Allah, ianya akan hancur sekiranya seseorang itu benar-benar bertaubat dan insaf atas perbuatannya yang lalu....

jangan jadikan alasan dosa-dosa dahulu sebagai rantaian yang mengikat kaki untuk maju kehadapan.... kerana banyak beralasan itu salah satu dari sifat-sifat org-org yang mensyirikkan Allah....

orang hebat ialah orang yang berani berubah...
orang hebat ialah orang yang berani berkorban... ya, kudrat, harta, jiwa serta perasaan..

wasalam....

Friday, December 15, 2006

Kelas Reiki esok (16 Dec 06) ditunda... Harap Maklum..

salam semua....

kelas Reiki Level 1 yang sepatutnya di adakan esok telah ditunda ke tarikh yang lain.

ianya adalah kerana beberapa faktor seperti 'orang kahwin', 'bercuti', 'meeting' dan sebagainya.... ;-)

harap maklum...

Jumaat datang lagi dengan berita tol akan naik....



salam Jumaat Yang Mulia buat semua...

Jumaat datang dan pergi..
kali ini Jumaat datang dengan berita kadar tol akan naik mulai 1 Januari 2007..

dalam Berita Harian...Menteri Kerja Raya mengatakan..

"Kerajaan tidak boleh terus membayar pampasan kerana wang itu lebih wajar digunakan bagi pembangunan infrastruktur lain yang bermanafaat kepada rakyat (jelata)"

saya menambah perkataan 'jelata' itu kerana menteri ini selalu menggunakannya dalam setiap sesi ucapan atau soal jawab dengan pemberita...

dan selalunya jelata itu adalah perkataan yang digunakan oleh seorang Raja....cth. "Beta amat berbangga bahawa rakyat jelata sekelian begitu taat kepada kerajaan Beta"....

kadar yang naik dari serendah 30sen sehingga semaksima RM1 itu sudah tentu akan memberikan 'tekanan' baru buat semua rakyat yang menggunakan jalanraya yang ber'tol'...

satu perkara yang menarik ialah berkenaan dengan 'pampasan'....apa itu pampasan? mengapa perlu ada pampasan kepada syarikat konsesi yang mengutip tol itu? adakah pampasan itu memang telah dunyatakan di dalam perjanjian di antara kerajaan dan syarikat konsesi?....dan tidak pula dinyatakan kepada rakyat tentang perihal pampasan itu?.... hujung jatuhnya kita terimalah 'kepanasan' atau 'bahang' akibat kenaikan kadar tol itu...

minyak sudah naik...
letrik sudah naik...
air juga naik.......
kini tol pula naik..

dengan tekanan yang dialami oleh rakyat dari bentuk wang ringgit, dan dalam masa yang sama rakyat ditekan dalam bentuk emosi oleh pembikinan banglo-banglo berjuta ringgit oleh para penguasa... adakah ini wajah terbaru negara kita?

wajah-wajah penguasa yang sedikitpun tidak merasa bersalah... apa nak bersalahnya, rm50 bagi mereka ialah seperti 50sen sahaja...

saya teringat dan sering teringat bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz yang begitu cermat menggunakan amanah yang diberi oleh rakyat sehingga pelita yang digunakan juga diambil kira....

kita juga amat arif bagaimana, jika rasuah wang ringgit atau rasuah kedudukan berleluasa, sesebuah negara itu boleh rebah dan sudah tentu masyarakatnya juga akan berberantakkan...hilang punca dan akan wujud huru hara....

huru hara itu perkara besar dan tidak perlu dipikirkan.... kita fokus pada masalah kecil di dalam rumahtangga.... bagaimana sepasang suami isteri yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak boleh membesarkan anak dengan keadaan tekanan?...tidak cukup wang utk meneruskan kehidupan dsbnya....

saya sendiri merasakan bagaimana peritnya kehidupan 'orang-orang susah' ketika saya memberi kursus kepada asnaf-asnaf Lembaga Zakat Selangor....

purata pendapatan mereka hanya sekitar 1,000 ke rm1,200 sebulan.... anak paling kurang 3 orang... boleh kita bayangkan....

bukan mereka tidak berusaha...mereka keras berusaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan itu...namun jurang di antara mereka dengan si kaya semakin besar dan mustahil untuk dirapatkan....

saya turut berfikir...adakah ini 'perjalanan' alam?....
dan saya tidak pernah terlupa untuk berfikir bahawa semua kisah-kisah penguasa yang rakus, fakir miskin serta seorang penguasa yang baik dari sejuta penguasa yang korup memang sudah termaktub di dalam Al-Quran.....dan ini adalah perjalanan seorang musafir yang berkelana mencari KEKASIH....

sampai bila?.... hanya Allah Maha Mengetahui....

kita?... teruslah yakin dan berusaha.... kerana buih dilautan boleh bertukar menjadi intan berharga dengan syarat, buih itu tahu, faham serta yakin 'kedudukan' dirinya dengan penciptanya....

wasalam

Thursday, December 14, 2006

Suami Isteri....Di Mana Kasih Sayang...???



salam semua....

'lately' ni banyak yang merujuk menuju ke arah hubungan suami isteri...

telah saya beritahu berulang-ulang kali bahawa hubungan suami isteri bukanlah satu pertandingan atau perlumbaan...

ianya adalah lebih kepada satu perkongsian pintar di mana suami memegang 51% saham dan isteri memegang 49% saham...

perkongsian yang berdasarkan pembahagian hak masing-masing mengikut tugas dan tanggungjawab, penghormatan sesama insan yang saling memerlukan, penyaluran kasih sayang yang tiada batasnya, pengorbanan yang mempunyai objektif dan sebagainya...

dan sudah pasti dalam satu-satu perkahwinan itu, pembajaan kepada kasih sayang amatlah perlu....ungkapan 'i love u', 'darling', 'ayang', 'anje' dan sebagainya yang sering menjadi hiasan mulut sewaktu bercinta hendaklah diteruskan tanpa ada kekuk dan sebagainya...

'kucupan' manja sebelum pergi ke pejabat/kerja, 'pelukan' sayang perlulah diteruskan malah digalakkan sebagaimana perlunya satu sama lain tidak mengira masa....

perkara-perkara yang saya sebutkan itu memang perlu dan malah hendaklah menjadi asas kepada kejituan satu-satu rumahtangga yang hebat serta harmoni....

mengutamakan keluarga adalah satu kemestian dan ianya adalah termaktub dalam kitab perjuangan seseorang itu di mana, jika seseorang itu menganggap si isteri adalah pemangkin dan si isteri pula menganggap si suami adalah pemangkin maka pemangkin itu sudah sepatutnya menjadi penyebab kepada kecemerlangan satu-satu rumahtangga....

persoalannya sekarang...ialah mengapa, cinta menjadi pudar?... mengapa kasih sayang menjadi suram?.... di mana perginya semua janji-janji manis.... adakah mahu kita katakan ianya hanya indah khabar dari rupa atau kita sudah masuk ke dalam perangkap yang kita sendiri buta apabila berhadapan dengannya?

cabaran kehidupan memang menjadi salah satu faktor yang utama dalam rumahtangga...
gangguan keluarga juga boleh menjadi satu punca mengapa pasangan suami isteri berberantakkan hubungannya....
faktor 'bodoh sombong' atau sikap suami mahupun isteri juga menjadi faktor penyumbang kepada keretakkan rumahtangga...
sikap ego suami atau isteri juga tidak kurang menjadi penyebab mengapa rumahtangga tidak sampai ke akhir hayat....

ingatlah....'always focus on solutions' dan bukannya 'focus on problems'...
contoh ketara... apabila kita mempunyai masalah kewangan.... adakah kita hanya berfikir kepada kitaran hutang yang berlambak? atau kita mencari jalan penyelesaiannya? semua orang berhutang....hutang tetap hutang namun tidak ramai yang dapat keluar dari belengu hutang kerana setiap hari mereka memikirkan hutang dan bukannya mencari jalan utk menyelesaikan hutang....

di mana perginya kekuatan minda... di mana perginya tulang empat kerat.... di mana perginya semangat berusaha....di mana hilangnya disiplin diri...

janganlah malu kerana mempunyai banyak hutang....tetapi malulah jika tidak mampu mencari jalan keluar dari belenggu hutang itu....

sia-sialah Allah menjadikan manusia itu sesempurna makhluk...jika hanya tahu membuat kerosakan tetapi tidak tahu cara memperbetulkannya....

di mana perginya ilmu pengetahuan...tidaklah perlu belajar tinggi untuk mencari sumber rezeki yang halal..... hanya berbekalkan kejujuran, keikhlasan..seseorang itu mampu untuk mengubah kehidupannya dari susah kepada senang....dengan syarat, seseorang itu tahu apa itu masalah dan apa itu peluang....

ramai orang-orang menjadi senang atau kaya di atas kesusahan... cth. kita pening kepala...sudah tentu pembekal dan pencipta uphamol atau panadol atau klinik akan mendapat rezeki dari kesusahan kita itu..... belum cerita pasal perang lagi... ramai pembekal senjata menjadi kaya raya...di atas penderitaan sesebuah negara yang berperang....

apakah ubat kepada segala kesusahan ini?...
apakah ubat kepada segala kepeningan masalah suami isteri?...

ubatnya ialah kasih sayang....

kasih sayang perlu digilap.... ia umpama cermin.... cermin yang lama tidak digilap kelam sinarnya....malah tidak bersinar pun....
tetapi jika cermin itu digilap setiap hari, kita akan saksikan sinarnya.... kita akan saksikan dengan baik bagaimana diri kita ketika ini...

jika cermin sudah terang...maka untuk bermuhasabah diri pun senanglah sikit....

begitulah sedikit sebanyak...

wasalam

Friday, December 08, 2006

Pendaftaran Kursus Reiki Level 1 dibuka sekarang...



salam buat semua....

pendaftaran untuk Kursus Reiki Level 1 adalah dibuka sekarang...
maklumat untuk Kursus tersebut adalah seperti dibawah...

Tarikh : 16 Disember 2006
Hari : Sabtu
Waktu : 9.30 pagi hingga 2.00 tengahari
Lokasi : No. 14B, Jalan 2/21D, Medan Idaman, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
Yuran : RM150.00 seorang.

sila hubungi saya di talian 016-206 7469 untuk pendaftaran.

untuk maklumat perihal Reiki, boleh click di Label 'Reiki' dan dapatkan tulisan-tulisan serta peta untuk ke sana.
sila 'confirm' selewat-lewatnya Khamis 14 Disember 2006 untuk urusan penyediaan nota, sijil dan perkara-perkara yang berkaitan.

wasalam

Thursday, December 07, 2006

Kehidupan Yang 'Bahagia' & 'Cantek'....



salam semua...

lama jugak tidak menulis perihal perkahwinan; suami isteri.

bukan apa...masa terus menghambat diri ini agar memenafaatkannya dengan sepenuhnya...
memang hajat amat besar sekali untuk menulis dan update blog ini serta buku-buku, jurnal, cerpen dsbnya diwaktu dinihari....

namun jadual saya sebelah malam, setiap kali pulang dari ofis, sampai di rumah selalunya selepas maghrib (dan sering juga selepas isya')... sebaik solat isya' saya akan 'melayan & melekakan' anak-anak agar mereka 'alpa' sikit dari ibu mereka (utk memudahkan isteri saya yang juga sering sampai di rumah 'time-time' lepas maghrib) mandi, solat dan menyiapkan sedikit makan malam...

lepas makan malam.... meluangkan minima setengah jam bersama anak-anak, memeriksa kerja-kerja rumah mereka sebelum 'memaksa' mereka untuk tidur awal agar bangun subuh awal juga...(anak yang darjah 5 tu memerlukan pantauan dan disiplin yang ketat - ingat formula umur : 1 -7, 7-14, 14-21 ???...mesti ingatkan... itu formula didikan anak-anak..)

anyway.....

buat rakan-rakan diluar sana.... cerita gelora perkahwinan selalu kita dengar... dan amat jarang sekali kita mendengar perihal indahnya perkahwinan... mengapa yer?

kerana itu sudah lumrah manusia... mereka akan menyembunyikan yang bahagia... kerana bagi mereka, kebahagiaan itu tidak perlu dikongsi beramai-ramai... yang sedih boleh kongsi.... sebab?.... manusia memang memerlukan 'simpati'....dahaga kepada belaian dan kasih sayang....

bagi saya, sedih serta suka perlulah dikongsi bersama.... sedih dikongsi untuk meredakan suasana dan emosi....serta mendapat kekuatan untuk mengharungi badai yang bergelora....
suka juga dikongsi untuk mendapat tips-tips kebahagiaan agar boleh diguna pakai demi mendapatkan masyarakat yang begitu baik dan penuh dengan nilai-nilai kasih sayang...

namun...

begitulah lumrah dunia....begitulah lumrah alam...itulah sifir kehidupan...

formula khusus untuk para pejuang kebahagiaan = anda perlu utamakan diri anda.... bukan untuk jadi 'selfish' tetapi mengutamakan diri anda terlebih dahulu sebelum memikirkan atau membantu orang lain...

mengapa?...

kerana kita adalah satu bentuk 'tenaga'... walaupun kita berunsur dari tanah, air, api dan angin..namun apabila dimusnahkan semua unsur itu..kita hanya akan memperolehi satu jisim 'atom'..... jisim atom yang mempunyai tenaganya yang tersendiri...

tenaga yang terhasil ini adalah berpandukan kepada 'hati' seseorang itu... pernah dengar 'hati adalah Raja kepada semua anggota'?... ya... bermula dari hati lah, segala perjalanan hidup kita dimanifestasikan.... hati yang baik akan melakukan perkara-perkara yang baik.... bercakap perkara yang baik, berfikir perkara yang baik dsbnya.....

manakala hati yang 'tidak baik'...akan memanifestasikan perkara-perkara yang seangkatan dengannya juga..... itu sudah pasti....

mengapa berlaku yang 'tidak baik' itu? kerana diri kita telah dimanupulasikan oleh akal....

hati senantiasa 'membisik'kan perkara-perkara yang baik.... dan akal akan memproses perkara-perkara itu untuk mengarahkan tindakan diambil.... akal pula sering 'diperdaya' oleh nafsu.... dan nafsu pula sering dipermainkan oleh hasutan syaitan dan iblis....

seringkali kita menderita akibat 'termakan' hasutan ini...
seringkali akal tertipu dengan muslihat syaitan ini...
seringkali anggota menderita akibat kesan perlakuan 'tidak baik' ini...

dan hati?....

hati akan menangis duka dan berlara.... apa yang boleh kita lakukan setelah 'nasi menjadi bubur'?... taubat...?...kembali kepangkal jalan?... ya itulah sering kita lakukan selepas 'lajakan demi lajakan' yang kita lakukan di dalam kehidupan....

berbalik kepada soal hati itu.... pernah dengar 'love attract love'...'hatred attract hatred'..?... kasih sayang menambat kasih sayang.... kebencian mengundang kebencian....

itu formula asas diri... kalau kita seorang yang penuh dengan kasih sayang...maksud saya diri kita sendiri sayang saudara kita sebagaimana kita menyayangi diri kita...maka diri kita sebenarnya penuh dengan kasih dan sayang....

begitu juga jika diri kita penuh dengan kebencian, dengki, marah, sakit hati, tamak haloba dsbnya...maka kita akan dikelilingi oleh manusia-manusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut.... begitulah....

umpamanya...
tiada orang solat yang akan dikelilingi atau disukai oleh perompak...
dan tiada perompak yang akan dikelilingi atau disukai oleh orang solat....

namun.... atas kekuatan diri yang telah dijana.... charging pun semuanya positif, penuh dengan keimanan dan kasih sayang.... sedikit sebanyak... cahaya atau tenaga yang keluar dari tubuh badan kita akan 'menimpa' juga kepada orang sekeliling..... dan akibatnya?.... akibatnya akan terbuka sedikit demi sedikit ruang untuk dimasuki oleh cahaya itu....

cahaya apa itu?... ianya adalah cahaya kasih dan sayang yang terpancar dari hati kita..... apa itu cahaya kasih dan sayang?......

ianya adalah cahaya dari Allah Az Za Wajalla... ingat makna Bismillah?.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

ya....itulah cahaya keimanan.... yang keluar dari diri setiap hambaNYA yang benar-benar faham dan yakin.... dan cahaya itu menerobos, meresap masuk kedalam hati dan jiwa insan-insan disekelilingnya...walaupun mereka bersyak wasangka dengan kita....

insya Allah....

dakwah kena terus.... kuatkan diri, mantapkan keimanan dalam perjalanan ini....
(atom = tenaga = cahaya = kasih sayang).....

wasalam

Wednesday, December 06, 2006

Tahniah Buat Reiki Graduates Advance Level : 2 Disember 2006



TAHNIAH BUAT REIKI GRADUATES ADVANCE LEVEL !

"kita semua adalah miracle dan kita tidak perlu kepada mana-mana miracle yang lain untuk memastikan kejayaan diri kita..."

"kita adalah sesempurna makhluk yang dijadikan oleh Allah....maka kita sebenarnya adalah sangat istimewa..."

"hubungan kita dengan Allah amatlah erat sekali...ibarat mata hitam dan mata putih, jauh tidak berperantara, dekat tidak bersatu..."

"ilmu yang Allah anugerahkan kepada kita hendaklah dimenafaatkan dengan sebaiknya dan ilmu itu wajib diamalkan serta dikongsi bersama..dan seharusnya ianya diamalkan dengan penuh keikhlasan..."

"tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri Cina...."

"Umatku yang terbaik ialah mereka yang boleh memberi menafaat kepada orang lain..." sabda Rasul Junjungan Mulia Muhammad s.a.w.


Alhamdulillah, pada 2 Disember yang lalu, seramai 8 penuntut Reiki Level 1 telah menjalani Kursus Reiki Tahap Advance (Advance Level) dan menerima anugerah tahap tersebut...

Doa saya, mereka dapat terus memberi menafaat kepada yang memerlukan....

Tahniah juga buat 2 penuntut yang menerima Reiki Level 1...

TAHNIAH & SYABAS SEKALI LAGI...

wasalam

Thursday, November 30, 2006

Demi Masa...



salam semua...

ditengah-tengah kesibukan diri ini, kita sering mengabaikan faktor masa...
bukan tidak kisah tetapi lebih kepada selalu ketinggalan dek masa...

aku tak sempatlah...
aku sibuklah...
aku terlupalah...

dan sebagainya...

dan dalam kesibukan inilah saya menerima email dari seorang sahabat...
email beliau disertakan beberapa foto yang begitu 'dahsyat' sekali..
foto yang memang tidak sensitif lansung dengan isu-isu kepercayaan dan keyakinan umat Islam...

foto di atas, jika diamati, kita akan dapat melihat betapa kalimah-kalimah Allah yang begitu nyata dan terang menjadi 'design' utama kasut tersebut...

di mana kita ketika ini?....
masih sibuk dengan nafsi-nafsi?
masih sibuk dengan duit yang tak pernah cukup-cukup?
masih sibuk dengan kerjaya yang tak pernah habis-habis?

begitulah resmi manusia... dan sudah pasti bukan resmi insan...apatah lagi bukan resmi insan kamil mukkammil...

kalimah Allah adalah kalimah yang paling tinggi... dan ianya dengan 'bangga'nya direndahkan oleh hamba-hambanya yang kufur lagi lagho... hamba-hambanya yang masih terkapai-kapai dan ada kalanya begitu merasakan lebih hebat dari Allah itu sendiri...

Allah tidak perlu kepada sebarang 'asiusasi' ataupun assosiation... dan Maha Suci Allah tidak perlu lansung dengan sebarang kekuatan lain untuk menjaga agamaNYA...

marilah kita bermuhasabah.... di mana kita.... ke mana kita....

wasalam

Monday, November 27, 2006

Taubat 'NASUHA'.....

salam semua...



Allah berfiman 'Taubatlah seperti mana taubat nasuha...'

apa itu taubat nasuha?.... ramai yang menterjemah taubat nasuha ialah sebenar-benar taubat iaitu menyesali segala dosa-dosa yang telah lalu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya...

satu kisah....

seorang lelaki di zaman dahulu.... beliau menang terkenal dengan 'kehandalan jahatnya' dan belia sendiri mengaku bahawa beliau menang jahat... apa kejahatannya?...

kejahatannya ialah beliau telah membunuh 99 orang yang tidak berdosa..... dan pada satu hari... beliau tiba-tiba diberi hidayah oleh Allah untuk menyesali perbuatan itu dan timbul keinsafan untuk bertaubat.... lalu beliau pergi menemui seorang ahli agama dan memohon nasihat dan tunjuk ajar agar beliau diterima taubatnya....

diceritakan.... lelaki ini duduk dan meminta tunjuk ajar dari ahli agama itu... ahli agama itu telah bertanya kepada lelaki ini...apa kesalahan yang kamu telah lakukan sehingga sangat 'dahsyat' sekali kamu rasakan kesalahan itu?... lelaki ini menjawab... saya telah membunuh 99 orang yang tidak berdosa dan tolonglah saya, tunjukan cara bagaimana saya boleh bertaubat dan diterima taubat saya itu kelak....

apabila terdengar sahaja oleh ahli agama itu bahawa lelaki itu telah membunuh 99 orang, ahli agama itu terus berkata..memang sungguh kejam dan jahat sekali kamu sehingga sanggup membunuh orang yang tidak berdosa....aku tidak yakin dosa kamu akan diampunkan oleh Allah....

pembunuh itu apabila mendengar jawapan ahli agama tersebut.... terus marah dan tidak menunggu lalu membunuh ahli agama tersebut....

beliau menyesal lagi.... dan terus berjalan dan berjalan dalam kebinggungan.... lalu beliau berjumpa dengan seorang lelaki.... lelaki itu bertanya...mengapa anda nampak kebingunggan dan menangis?....

pembunuh itu menceritakan segala-galanya...

nasihat lelaki itu.... kamu bertaubatlah bersungguh-sungguh... insya Allah, Allah akan mengampunkan dosa kamu walau sebesar gunung sekali pun.... dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun...

mendengar nasihat lelaki itu, pembunuh itu bertekad untuk berjalan menuju ke Makkah untuk bertaubat dihadapan Kaabah..... beliau terus berjalan dan berjalan dengan rasa yang amat menyesali segala perbuatannya.... beliau menangis dan terus menangis dalam perjalanan itu....

di takdirkan pembunuh itu mati dalam perjalanan itu....

dan datanglah 2 malaikat untuk mennyempurnakan ruh lelaki itu untuk samada untuk dibawa ke syurga atau neraka..... maka berselisih fahamlah malaikat berdua itu dalam menentukan kedudukan samada lekaki itu patut masuk syurga ataupun neraka.... lalu mereka naik menemui Allah.... Allah memerintahkan agar malaikat berdua itu mengukur jarak tempat dosa lelaki itu dengan tempat beliau mahu melakukan taubat (kaabah)... dari tempat kematian lelaki itu...

jika jarak kematian beliau dekat dengan tempat beliau ingin melakukan taubat (kaabah) itu hampir maka masukkanlah roh lelaki itu ke syurga dan jika sebaliknya, masukkanlah dia ke neraka...

lalu mengukurlah malaikat tersebut.... dan keputusannya, jarak ke kaabah itu lebih hampir berbanding tempat dosa yang beliau lakukan...

jadi apa kena menggena dengan taubat nasuha?.....

yang kena menggenanya ialah.... nama lelaki tersebut ialah NASUHA....

sebab itulah Allah menyuruh kita bertaubat bersungguh-sungguh sebagaimana taubat nasuha tadi....

begitulah sedikit sebanyak......

wasalam

Program Bina Insan - Asnaf Hulu Selangor

salam semua...

sejak jumaat lepas saya 'putus hubungan' dengan 'dunia luar'...
bukan apa...sebab saya ada bersama-sama asnaf kawasan hulu selangor dalam satu program 'bina insan' bertajuk 'hijrahku' di riverstone resort sungai tua...

program yang dihadiri oleh 62 orang asnaf dan keluarga mereka... peringkat umur dari semuda 8 tahun sehingga 75 tahun...

'tough'kan.... kalau ikut resam 'manusia' memang 'tough'...tetapi atas dasar kita wajib memohon agar 'dipermudahkan' segala urusan oleh Allah... apa yg 'tough'..alhamdulillah berjalan dengan lancar dengan izinNYA....

saya kongsi 'sekeping dua' gambar di sana....

dewan yang ala-ala 'open air'.....
sesekali rasam macam duduk mengajar di kampung 'pinang sebatang'....
sesekali terasa juga macam mengajar kelas 'dewasa'...

apapun pengalaman memang mendewasakan setiap kita...


'makcik-makcik' dengan penuh semangat mengikuti program serta module-module yang ada dalam kursus tersebut....


tekun mengisi borang-borang dalam aktiviti-aktiviti.... masih ada yang tidak tahu menulis dan membaca di kalangan mereka... namun itu bukan alasan untuk terus menimba ilmu....
'hero-hero' kampung pinang sebatang.... jgn marah yer pakcik jabar....pakcik jabar adalah salah seorang asnaf yang memilih islam sebagai agama dan meninggalkan keluarga demi islam... beliau disisih oleh keluarga kerana islam...


dewan dari belakang..... 'open air' gitu..... cuma oleh kerana 'bentuk muka bumi' riverstone yang berbukit..maka 'kesian' juga saya melihat keadaan mereka yg terpaksa turun naik ke dewan, asrama dan dewan makan....

saya memberi 'kata dua' kepada mereka...bahawa saya tidak mahu 'bertemu' dengan mereka lagi pada tahun hadapan.... dan mahu mereka 'keluar' segera dari 'kepompong' asnaf ini....

saya yakin...insya Allah...sekurang-kurangnya 60% ke 70% dari mereka akan keluar dari 'kepompong' itu..... dalam tempuh setahun dari sekarang....

wasalam

Tuesday, November 21, 2006

Kes Murtad.... La Kum Di Nukum Wa Li Ya Deen..


salam semua....

lately ni heboh pasal murtad..
saya juga ditanya berkali-kali oleh rakan-rakan agar membuat sikit komen perihal 'gejala' ini....

sebenarnya yang saya 'risau'kan dan lebih 'concern' ialah kesyirikan yang berlaku dalam diri tanpa kita sedari atau sengaja tidak mahu sedar....

murtad sudah pasti terang dan nyata.... kita tahu dan heboh satu dunia...

apa yg perlu kita buat apabila kita tahu dan nyata 'soheh'nya orang itu murtad?...

pertama...kita cuba 'tarik' balik dia agar kembali... usaha dan teruskan usaha bukan mencemuh dan sebagainya...

kedua...jika usaha kita itu sudah 'sampai hujung jari'.... ataupun setakat itu sahaja kemampuan kita maka jgnlah kita bersedih.... teruskan berdoa agar orang itu kembali... sebab hanya Allah yang berkuasa untuk membuka dan menutup hati setiap hambaNYA...

ketiga... kita buat sedikit 'research' mengapa boleh jadi begitu.... then untuk keselamatan diri & keluarga, kita kenalah 'adjust' mana-mana part yang longgar yang ada agar kita & keluarga juga tidak terjerumus ke lembah kehinaan itu....

kita ni akan terus-terusan diuji oleh Allah... sejajar dengan firman dalam surah Al-Baqarah ayat 214 : " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncang dengan bermacam-macam cobaan....."

begitulah kita....ujian akan berterusan... dalam gejala murtad ini juga tersembunyi ujian Allah buat kita walaupun bukan kita yang murtad.... sebab..."we never knows what is our ending looks like..." tapi kita tetap akan dapat clue-clue jika kita berada di jalan kebenaran.... insya Allah....

wasalam

Bersama Warga ADZ Technology - ARP Program

salam semua...

memula maaf kerana 'lama' tak up date blog ini....
ingatkan saya sorang ajer yang tak update... rupanya ramai rakan-rakan blogger yang lain juga mengalami minggu 'kering'...ramai yang tak update blog memasing...

anyway, hujung minggu lepas, saya mengendalikan Program ARP (Attitude Re Tuning Program)bersama warga kerja ADZ Technology...

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terpaksa mengendalikan program tanpa 'lcd projector'...lcd tu ada, cable pulak takda.... ;-) takapalah... banyak sikit pakai 'white board'...

Yang hadir, semuanya hebat-hebat belaka....

matlamat program.... semua yang hadir akan lebih bersedia untuk melakukan perubahan dan persediaan utama ialah 'attitude' atau sikap...sebelum bertindak melakukan perubahan yang bersifat fizikal....










kepada warga kerja ADZ khususnya.... anda semua hebat!
kepada yang kat luar sana.... pastikan persediaan diri dilakukan sebelum kita hendak berubah....agar perubahan itu kekal dalam 'istiqomah' dan izin Allah....

wasalam

Monday, November 13, 2006

Kursus REIKI Advance Level - 2 Disember 2006

salam semua....

untuk perhatian para graduan Reiki Level 1;

insya Allah...

saya akan mengadakan Kursus Reiki Advance Level (kombinasi Level 2 & 3);

Maklumatnya ialah seperti berikut

Tarikhnya ialah pada 2 Disember 2006.
Lokasinya adalah di Medan Idaman Business Center
Waktunya ialah dari pukul 9.15 pagi hingga 3.30 petang

pendaftaran adalah dibuka sekarang.

Yuran penuhnya ialah seperti berikut;

1. bagi student saya yang telah mengambil Reiki Level 1 dari saya = RM150.00
2. yang memang telah ada Reiki Level 1 (dari Sifu/Master lain) = RM200.00
3. pelajar yang baru yang ingin mengambil 3 Level sekaligus = RM300.00

sila hubungi saya di talian 016-206 7469 atau email ke mirrzamohd@yahoo.com

"Reiki adalah teknik penyembuhan paling mudah dan 'simple' dan ianya amat praktikal dan sangat berkesan. Reiki ialah 'perubatan suplimentari' yang tidak menolak sebarang perubatan lain malah ianya membantu untuk seseorang itu mengalami penyembuhan 'TOTAL' dari segi mental, spiritual & fizikal.

Seseorang itu belum di kira sihat sepenuhnya jika hanya sihat dari segi fizikal tetapi tidak dari segi spiritual & mentalnya. Reiki memberi kesan yang amat positif apabila ianya dipraktikkan dari segi ketenangan diri dan amat mudah seseorang itu untuk menemui tahap 'theta' @ tenang dalam teknik pernafasannya"

wasalam

Sunday, November 12, 2006

Tahniah Buat Reiki Graduates : 11 November 2006



Tahniah & Syabas buat Reiki Graduates yang telah mengikuti kursus dengan jayanya pada 11 November 2006 di Medan Idaman, Gombak.

Saya doakan anda semua dapat memenafaatkan ilmu Reiki tersebut dengan baik dalam kehidupan seharian samada untuk diri sendiri, pasangan, keluarga, rakan dan sebagainya.

"musuh sebenar manusia ialah diri sendiri.....logikkah kita sendiri yang 'mensabotaj' perjalanan kita sendiri?....maka pecahkanlah tembok pemikiran yang menghalang diri selama ini.... tiada yang mustahil kerana kita adalah 'miracle' dan tidak memerlukan 'miracle' yang lain untuk menentukan hala tuju pejalanan diri..."

wasalam

Tuesday, November 07, 2006

Kursus Reiki Level 1 - Siri 3 (11 Nov '06)....


salam semua...

Alhamdulillah, perancangan untuk kursus Reiki Level 1 pada hari Sabtu ini berjalan dengan lancar, insya Allah....

bagi yang telah booking seat... syukran jazilan atas minat anda..
bagi yang masih berfikir tetapi berminat, jangan fikir terlalu lama, sila daftar segera....(hubungi saya di talian 016 206 7469 atau mail ke mirrzamohd@yahoo.com)

apa itu Reiki?....

"Reiki adalah satu teknik penyembuhan menggunakan Tenaga Alam Semulajadi. Ianya adalah mudah dan praktikal. Tidak melibatkan sebarang 'ritual' atau 'mantra' dalam mempelajari, mempraktikkannya dan mengamalkannya...Ia adalah anugerah Allah buat manusia yang benar-benar memahami kepentingan ilmu dan kebesaran ilmu Allah.."

jumpa di sana....

Monday, November 06, 2006

Ikan Kekek Mak Iloi-Iloi.....Ikan Merah ???



salam semua....

susahkan hidup kat dunia ni..... yer ker?

tak lah..... mana ada susah.... hidup mesti heppi selalu...
susah jadi 'de-factor' sebab kita selalu 'highlight'kan susah tu...
so 'zikir' kita hari-hari ialah susah..susah..susah..susah....

masuk 40 hari...sebatilah dengan susah tu dan dimakbulkan oleh Allah jadi susah bebenar....

cuba kita bertenang.... relax dan jangan kelam kelibut....
hidup ini punya formula yang ringkas dan mudah sekali.....

buat jahat atau buat baik....masing-masing ada balasannya..... sendiri tahu... walau tak baca Al-Quran pun....kita otomatik mesti tahu...kalau kita buat jahat.... akan dapat balasan setimpal dengan kejahatan kita..... buat baik....juga akan dapat balasan yang jugak setimpal...tak lebih berat sezarah...tak juga kurang walau sezarah... itu janji TUHAN.... itu SOP kehidupan..... tak ada yang terlepas.... semuanya termaktub dalam 'Standard Operating Procedure @ SOP'nya....

janganlah zikir 'susah, susah, susah' lagi....
lakukanlah zikir 'alhamdulillah @ kesyukuran' setiap masa....

jangan aniaya orang....
jangan 'pusing cakap'...
jangan 'cakap tak betul'....
jangan 'tak amanah'...
jangan..jangan & jangan lakukan kerosakan di muka bumi ini....

sebab 'sebelah sana'...atau orang yang kena aniaya itu doanya makbul.....
bercakap benarlah walau ianya pahit.... kerana bercakap benar itu adalah penzahiran ketinggian budi pekerti dan integriti seseorang itu.... di mata makhluk dan sudah pasti di pandangan Allah...

so?.... apa kena menggena dengan gambar ikan kat atas tu?..... ikan tu kalau masak kari pun sedap... kalau masak sup pun sedap gak.....

ikan merah tu asalnya dari laut... duduk kat laut tu dengan 'sponge bob'.... lama gak... tapi isinya tetap tidak masin....maintain.... cuma masakan jer berlainan ikut selera pemakannya....

so ikan merah tu memberi kita pengajaran betapa kita tidak perlu mengubah kejadian diri kita untuk terus hidup....yang perlu diubah ialah sikap, attitude dan cara kerja.... kalau anda seorang yang 'jovial'...let it be... biarlah jovial yang mempunyai integriti diri yang tinggi.... kalau anda seorang yang serius... let it be....biarlah seorang yang serius yang begitu amanah dan punya harga diri.....

janji heppi.....

susah sangat ke nak heppi?... dak eh.... we decide tobe happy... we choose to be happy....semuanya kita yang 'set'kan..... macam channel tv atau radio.... so chooselah channel heppi yer.....

faham?... tak faham kena masuk kelas Reiki saya lah jawabnya....

wasalam

Friday, November 03, 2006

Tarif Air Naik....Biarlah Berpada.....

salam tuan-tuan penguasa....

perihal kenaikan tarif air...
saya ingin memberi input tentang kenaikan tarif air....

boleh naik...tapi biarlah berpada...
boleh naik...tapi bukan untuk membeli kereta 'jaguar' baru pengarah syarikat
boleh naik...tapi bukan untuk membayar bonus 'berganda' kepada operasi syarikat

sebab....

saya tahu kenaikan taraf kehidupan dan kos operasi...

tapi jgn lupa...

tugas anda hanyalah merawat dan 'maintain' perkara yg menjadi 'asas' kehidupan kepada rakyat...

dan lebih-lebih lagi..air yg anda perolehi itu adalah percuma....kurniaan Allah buat hamba-hambaNYA...

wasalam

p/s...rezeki kerana udara masih terus percuma...

Kisah Banglo 17 Bilik....

satu masa yang lalu.....

"assalamualaikum ya walid khalifatullah....
waalaikumussalam anak ku....

adakah kehadiranmu ini berkenaan dengan perihal kerajaan atau keluarga? soal walid...
mengapa walid bertanyakan begitu?...

kerana jika ianya perihal keluarga... aku akan matikan pelita milik kerajaan ini... dan akan ku nyalakan pelita milik keluarga kita...."

ingat kisah tersebut?.... ya ianya ialah kisah Khalifah Umar Abdul Aziz.... walaupun bukan hidup di zaman Rasulullah, beliau mirip kepada Khalifah Umar Al-Khattab...

begitulah kisah pemimpin agung contoh umat Rasulullah..... dirinya hanya seorang manusia yang dipilih dan berkhidmat untuk rakyat..... apa yg pada diri beliau?... hanyalah sekadar kehidupan sederhana yang menanti untuk dihisab di akhirat kelak....

kisah yang lain....

sudah pasti sahabat Rasulullah, Saidina Abdul Rahman Al-Auf akan menawarkan banglo 30 bilik kepada Rasulullah mengambil kira Baginda adalah ketua kepada umat islam apatah lagi Baginda merupakan seorang Kekasih Allah, Nabi & Rasul.....

namun Baginda Rasulullah menolak semuanya..... yang tinggal semasa wafat ialah sekeping pelepah tamar buat alas kepala semasa tidur.....

kisah 1400 tahun selepas itu.....

para pemimpin berlumba-lumba menimbun harta.... takut-takut anak-beranak papa kedana... iyer ker?....sedangkan jiran miskin disebelah menyebelah menderita.... itu ker umat Muhammad atau 'umara' pilihan Rasulullah?....

wasalam

Roh, Batin & Zahir....



salam jumaat buat semua....

antara perkara-perkara ghaib yang kita sering pandang tak pandang, pandang tak pandang ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yg tak boleh dilihat dengan mata kasar....atau yang sering bermain dengan 'ragu-ragu'...

walau kita beriman dengan perkara-perkara ghaib yg enam iaitu beriman kepada Allah, Rasul, Kitab-Kitab, Malaikat, Hari Kiamat, Qada` & Qadar.... kita masih berlegar dalam lingkungan 50-50....

saya beri contoh.... ketika Rasul Junjungan Mulia Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul.... diri Baginda ketika itu hanyalah seorang yang ummi (tidak tahu membaca & menulis), Baginda hanya pengembala kambing, Baginda hanya membantu isteri Baginda menjalankan perniagaan ke Negeri Syam dsbnya.... boleh bayangkan?... tentu boleh, walau kita tahu Baginda adalah manusia istimewa, namun keistimewaannya itu hanya kita tahu atau sedari setelah Baginda menunjukkan bukti-bukti atau setelah Islam itu menguasai dunia....

mari kita fokus kepada titik permulaan atau 'turning point' di mana Baginda mula-mula dilantik menjadi Rasul.... bolehkah rakan-rakan Baginda menerima kawan mereka yg selama ini sama-sama gembala kambing dan tak tahu pun membaca atau menulis sebagaimana rakan yg lain yg mendapat lulusan 'Universiti Abu Jahal'....

dapat bayangkan?....

begitulah situasi & keadaan yang kita sendiri alami apabila kita mahu melakukan sebarang perubahan kepada diri kita....

apa halangan yang kita terima?.... faktor pihak ketiga seperti rakan-rakan, sahabat handai serta keadaan sekeliling hatta dari isi keluarga sendri.... saya pasti faktor ketiga itu boleh kita atasi lambat laun.... dengan 'kekuatan diri'...

Kekuatan Diri??? Ya Kekuatan diri....

kita tahu kita 'tiada daya upaya selain Allah'.... sebagaimana kita sering ucapkan..'La Hau La Wa La Qu Wa Ta Illa Billa Hil Ali Yul Azeem'...

dan kita sering panjatkan permohanan dalam bentuk doa ke hazrat Allah Azza Wa Jalla untuk 'kekuatan'.... "Ya Allah Berikanlah Aku Kekuatan untuk menjalani kehidupan ini kerana sesungguhnya aku tiada daya upaya melainkan dengan izinMU Ya Allah..."

Kuatkah kita?.... Jawapanya 'La..' ataupun 'Tidak...' kita memang tiada daya kuasa... Iradatnya hanya dari Allah yang Maha Besar dan Maha Perkasa....

Jadi apabila kita mohon kekuatan....di mana kita sandarkan kekuatan kita itu?
Jika kita sandarkan pada zahir..... kena sahaja angin ahmar...habis separuh badan lumpuh tapi yg lumpuh itu masih boleh diangkat lagi oleh orang lain atau tangan yg masih ok sebelah lagi tu.....

Jika kita sandarkan kekuatan pada diri batin yg penuh dgn nafsu nafsi serta serakah itu.... habislah kita.... berkudakan nafsulah.... semua kita langgar....

Maka?... sandarkanlah pada Ruh itu..... di mana Ruh itu adalah berhukum suci dan layak menguasai diri kita walaupun kita sering melupakannya....

Ruh itulah yg memegang suis kepada seluruh anggota zahir & batin kita.... Ruh itulah yg 'sepatutnya' mengawal keseluruhan perjalan diri ini agar sentiasa berada di jalan yang lurus sebagaimana kita mendapat 'mandat' utk menjadi khalifah di muka bumi ini....

satu contoh... kita lumpuh separuh badan.... hukum 'ghaib'nya... suiz separuh badan yg ada di Ruh itu telah di 'off'kan.... Ruh tetap ok...tapi suiz anggota zahir yg mengerakkan badan itu telah dioffkan kejap...atau selamanya....

dan meratap rintihlah kita merayu kepada yang Haq... memohon "aku tidak mahukan harta benda kaya atau mahligai....aku hanya mahukan kesihatan sahaja Ya Allah....".. tapi jika sihat?..... ceritanya akan jadi lain.....

begitulah manusia...sering 'tak mahu' memikir dan belajar...yang tidak mahu faham dan memahami...apa tujuan, apa tugas di muka bumi ini.....

sudahlah tak tahu pastu tak mau pergi ambil tahu....seolah-olah 'dunia ini ana yang punya....'

maka jika ada halangan atau cabaran dalam kehidupan....pohonlah kekuatan... dan fikir-fikirkan..... buka minda...gerakkan hati...... gerenti jumpa jawapan dalam setiap pencarian.... dan jgn lupa teruslah tingkatkan kesabaran dan ketenangan sehingga ke tingkatan ke tujuh dan teruslah istiqomah.....

saya doakan....insya Allah.....

wasalam

Wednesday, November 01, 2006

Tolong Mail Sekali Lagi....

salam semua....

saya nak minta maaf dan harap anda yang ada mengirim mail ke add yahoo.com saya agar dapat re-send mail anda semula.... kerana semasa saya mengemaskini mail saya, ada lebih kurang 20 mail anda yg 'disyaki' mengandungi virus dan dikumpulkan di 'bulk' mail dan tak dapat dibuka....

maaf sekali lagi kerana tak dapat reply dengan kadar segera...

wasalam

Monday, October 30, 2006

Yang Lama Jangan Dilupa......



salam semua.....

hari tu saya bersama keluarga 'merayau-rayau' keliling kota lumpur (kuala lumpur) untuk mencari baju raya. tak banyak tempat yang kami tuju, hanya satu tempat 'favaret' iaitu jalan masjid india...

keluar sahaja dari jalan masjid india, saya sengaja mengambil jalan pudu dan membelok ke arah jalan brickfield....maka lalulah saya di hadapan bangunan cahaya suria, belakangnya dulu metrojaya, sekarang dah jadi mydin dan hadapannya bangunan kotaraya... dalam hati nostalgia jugak, bukan apa...dah lama tak lalu depan bangunan kota raya tu....nak nak bila terpandang 'petaling street' sebelah kiri....

mulalah nostalgia lama bermain di minda, terpandang pula 'bangkok bank' tempat menunggu bas mini untuk balik ke pandan indah dulu....

berbagai-bagai kenangan lalu menjelma kembali.... bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berlari.....

dari ingatan berebut-rebut untuk naik bas mini no. 60 ke pandan indah...hinggalah ke aktiviti mencari kemeja-kemeja atau jam-jam di petaling street bila hujung bulan menjelma.... memang sengaja saya turun di 'bus stand kelang' untuk menyusuri jalan petaling... boleh sekurang-kurangnya 'window shopping'....

walaupun masa berlalu dengan pantas, namun nostalgia lama yang datang hinggap di minda sedikit sebanyak mengembalikan semangat lama yang begitu kuat untuk meredah segala cabaran hidup di kota....

ya...semangat hidup di kota raya metropolitan yang sangat mencabar...

teringat lagu 'alleycat'....'penat berjalan ditengah kota....' serta lagu 'kuala lumpur...senyumanmu di pagi ini....sungguh bererti..kerna cinta bersemi lagi setelah kemarau panjang.....'

tersenyum sendirilah jawabnya.....

begitulah kita.... janganlah dilupa barang yang lama....kerana ada padanya semangat yang tidak pernah pudar....dan ingatan yang begitu kuat mengasah segala kekaratan yang ada di kotak pikiran....

hidup perlu terus....semangat jangan pudar....
dalam diri ada kekuatan....jangan biarkan masa memendam segalanya...
kerana masa adalah saksi yang tidak pernak menipu....
kerana diri adalah wali pada perjalanan hidup yang penuh warna warni...

wasalam

Saturday, October 28, 2006

Kursus Reiki Level 1 - Siri 3 (11 Nov '06)



salam syawal buat semua....

seperti biasa....,

Kursus Reiki Level 1 akan diadakan pada Sabtu, November 11, 2006. Lokasinya, Tentatif di Medan Idaman, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Waktunya ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 2.30 petang.
Yurannya masih pada kadar diskaun iaitu RM100 seorang.

sila hubungi saya di talian 016-206 7469 atau email ke mirrzamohd@yahoo.com untuk 'booking seat'.
pastikan anda menghubungi saya selewat-lewatnya Khamis, 9 November 2006 bagi tujuan melicinkan persiapan latihan dsbnya.

tempat adalah terhad kepada 20 pelajar sahaja.

"Reiki adalah satu teknik penyembuhan suplimentari yang menggunakan 'Tenaga Alam Semulajadi' dan ianya adalah selamat dari sebarang amalan-amalan yang 'rumit' atau sebarang penghafalan 'mantra' dan sebagainya"

"Bagi Level 1, anda akan pelajari asas-asas Reiki serta mempelajari teknik-teknik penyembuhan untuk kegunaan diri sendiri serta orang tersayang (suami, isteri, ibubapa, anak-anak, dsbnya...)

Artikel-artikel mengenai Reiki boleh didapati dari posting-posting saya yg lepas.

wasalam

Syukur..Langit sudah Cerah......

salam syawal buat semua..... dalam perjalannan pulang ke rumah saya khamis lalu, suasana amat nyaman sekali dirasakan, udara segar sekali, angin sejuk bertiup dan sudah semestinya tak perlu buka 'air con' untuk menikmati 'terapi alam semulajadi' itu.... Lalu terpandang saya ke arah langit, begitu cerah sekali...baru perasan setelah lama langit itu diselimuti oleh kabut jerebu...Alhamdulillah...langit dah cerah...jerebu dah hilang...moga keadaan ini berpanjanganlah..insya Allah...

Langit dah cerah.....ibarat jalan yang terbentang di hadapan kita begitu 'line-clear' sekali...tiada sangat cabaran seperti dulu-dulu harapnya.... betul ker?....sebenarnya dalam proses pematangan diri, menempuh setiap cabaran adalah wajib kerana di dalam cabaran ada ilmu untuk dijadikan pengetahuan seterusnya diamalkan di dalam kehidupan.....

Meredahi hari-hari hadapan yang cerah ibarat langit yang indah adalah idaman semua kita. Namun untuk mendapatkan kecerahan masa depan memerlukan disiplin diri yang tinggi....memerlukan pengorbanan diri yang tiada belah bagi....memerlukan kekuatan dalaman yang padu....memerlukan pengawalan emosi yang baik....memerlukan ketenangan minda 'berfrekuensi theta' setiap masa....


bolehkah kita mengecapi kecerahan & kebahagiaan yang diimpi? boleh...dengan syarat kita perlu mencari dan mengejar serta mendapatkan kebahagiaan itu.... ia ada di mana?... ia berada di dalam diri kita..... bagaimana untuk mengeluarkannya?.... sudah tentu ada caranya..... dan perlukan disiplin ilmu yang teratur untuk menunjuk ajar kita agar 'masa' yang dilalaui boleh dijimatkan.....dan berkualiti....

kebahagiaan itu tetap wujud.....
mahu atau tidak sahaja untuk kita mendapatkannya.... atau kita tidak mahu ambil kisah dan biarkan diri kita terus terkapai-kapai menumpang kebahagiaan org lain....

mahu bahagia?.... teruskan menuntut ilmu.....

wasalam

Thursday, October 26, 2006

Kembali Kepada Fitrah....


salam aidil fitri...

alhamdulillah.... kehadiran aidil fitri begitu dirasai oleh semua umat islam di seluruh dunia.....tidak kira di mana sahaja berada, sama-sama kita menyambut hari besar atau 'eid mubarak' atau 'hari raya' ini bersama-sama....

tidak kira tua, muda, berkeluarga atau bersendirian dalam menyambut aidil fitri ini, kemanisannya adalah apabila 'bangkit' subuh hari lalu mendengar takbir berkumandang....dan bersedia untuk menunaikan solat sunat aidil fitri dengan penuh semangat berkobar-kobar..(bagi yang berkesempatan...)

kesyahduan menjelma apabila sesama maaf memaafi.... anak & ibu bapa, suami & isteri, rakan serta taulan, sanak serta saudara....

takbir serta tahmid memenuhi ruang angkasa 1 syawal 1427h di seluruh dunia.... memuji kebesaran Allah Azza Wa Jalla, Al Khaliq Tercinta, Raja Segala Raja, Yang Menguasai Kerajaan Langit & Bumi....

hari kemenangan buat yang benar-benar memahami hijrah & fitrah insan...

aidil fitri juga meghidangkan seribu rasa buat manusia.... berhijrah & kembali kepada fitrah....

kembali kepada fitrah bukan bermakna kita kembali kepada 'yg lama'... tetapi ianya ialah kita kembali 'putih' bersih dan gugurlah segala dosa setelah menjalani ibadah penyucian (taubat) serta puasa di bulan Ramadhan....

puasa yang kita harungi di bulan Ramadhan adalah puasa zahir & batin.... bukan sekadar menahan lapar & dahaga, tetapi dalam masa yg sama kita melakukan penyucian jiwa serta raga....atau kebih tepat lagi, penyucian hati... puasa pada jasad, taubat pada roh....

penyucian hakiki (taubat nasuha) untuk kembali menjadi putih bersih serta suci....

dari sifat mazmumah kita naik setakuk ke sifat lawwamah...dan insya Allah naik setakuk lagi ke sifat malhumah dan insya Allah..terus ke sifat Muthmainnah....

mazmumah...sifat yang keji dan hina..penuh dengan rasa benci, marah, sakit hati dan sebagainya...

lawwamah...sifat yang berpusar kepada peperangan ke atas diri yang ingin menjadi 'baik' tetapi sering dibujuk utk 'turun' kembali kesifat mazmumah... antaranya perasaan ujub atau bangga diri dsbnya...

malhumah....sifat yang alhamdulillah kerana sudah ada pemahaman serta kawalan ke atas diri sendiri dan sering berjaya 'memintas' serangan yang datang menerusi nafsu dsbnya...

muthmainnah...sifat seorang insan yang begitu tenang serta yakin jiwanya... insan ini telah menemui 'formula sakti' dan sering berbicara dengan Penciptanya yakni Allah... dan dalam keadaan ini, segalanya adalah atas keredhoaan Illahi....

bagaimana kita?...

insya Allah.....

berusahalah untuk memperbaiki diri, walaupun kita terlepas Ramadhan kali ini, tidak bermakna pintu telah tertutup untuk kita menjadi 'insan kamil'....

berusahalah dengan lebih keras dan 'landaskanlah' segalanya kerana Allah Ta Ala...

insya Allah....bertemu di sana...ya..bertemu dalam keseorangan....

wasalam

Wednesday, October 25, 2006

Hari Mantai @ Wak Tupak di Jalan Masjid India...

ekpedisi ke jalan masjid india pada sabtu, 2 hari sebelum raya...hari 'mantai'lah tu..atau hari buak tupak.... meredah jalan kuching dan masuk ke jalan pudu untuk 'cilok' ke jalan bonus sebelum masuk ke jalan masjid india... jemnya ok gak, under kontrol...sebab masa sampai tu baru pukul 10.30am...

macam biasa, setiap tahun ada aktiviti melawat masjid india untuk 'last minute' shopping.... pagi lagi dah keluar 'nak chup' parking lot kat semua house....ingat kitalah yang sampai awal...wadus...rupanya dalam waktu yang sama, beribu orang pikir benda yang sama.... same wavelength la tu....

binaan yang menjadi kontroversi tak lama dulu.... memang ianya bebetul di hadapan masjid india tu... tapi binaan tu memberi peluang perniagaan kepada ramai jugak peniaga-peniaga kecilan yang mencari sedikit rezki menjelang raya.... macam-macam ada... sampai jual 'formula matematik' pun ada....

laluan di depan mydin dari komplek wisma yakin... sudah ditutup seawal pukul 12 tengahari untuk mengelakkan 'gedegoi-gedegoi' yang akan saja nak test undang-undang 'selamba' dbkl... orang makin ramai... bahang makin terasa... 'lelong kuih' memang tak start lagi...(awal lagi tu...)

signage dan undang-undang ajer tak cukup... kena 'parking' orang betul kat tepi signage tu...(penguatkuasa dbkl menjalankan tugas mengawal lalulintas ajer,.. tak kacau pun yang meniaga...(kasi chan lah tu...) kecuali yang melampaui bataslah....

raya tetap raya...!!!



wasalam.....

syawal 2, 1427h
ampanganseremban

Friday, October 20, 2006

Salam Eidul Fitri buat semua Muslim....

raya tetap raya...rumah mesti ceria...warna ikea...

berhati-hatilah di jalan raya tak kira kemana sahaja anda tujui raya nanti

brader ni tinggal di bus stop depan ampang point shopping complex sejak bertahun lamanya... raya ni kat situlah gamaknya...

tak habis-habis lagi mengecat tiang lrt brader ni...

kemeriahan raya yang cuba ditonjolkan di midvalley megamall... oklah tu..

penat berjakan raya ni dengan kasut kulit...kena standby selipar jugak.takut kaki melecet...

mmmm...rasanya raya ni famili ni masih beraya dalam hutan ni....


apapun.... maaf dipinta dari saya dan keluarga buat anda sekeluarga semua tidak kira di mana sahaja anda berada....
moga kita kembali kepada 'fitrah' yang didamba & dicari selama ini....insya Allah

salam aidil fitri....
raya tetap raya....

wasalam

desakaloiuluyambaru
27ramadhan1427
20oktober2006

Mencari Redho Ilahi di bulan ke 10 Hijrah 1427





salam...

keheningan hari-hari yang dilalui...
kebeningan subuh-subuh Ramadhan 1427H...

keterikkan lohor bersama jerebu yang menebal...
kengantukkan mata-mata yang menyengkang tidur...

kelembikkan otot-otot yang mengerjakan tugasan...
keberatan kaki & tangan yang menghayun arahan...

kepirukkan kenderaan di simpangan & jalanan...
kepadatan bas metro dan rapid kl memintas jalan...

kepenatan 'driver' lrt yang sering hilang dari lokasi...
kepedulikan penumpang yang duduk di bangku 'oku'nya...

kekurangan 'ghairah' membeli di shopping complex...
kelewatan gaji & upah oleh majikan walau belum tempoh...

kepasrahan 'buih-buih' mencongak 'rupa' raya tahun ini...
kekerotan kening ibubapa memikir baju raya anak-anak...

kesampaian hati peniaga kuih menaikkan harga 'tat nenas'...
kekenyangan untung peniaga 'maruku' tahun ini...

semuanya tengelam dalam kabus Rahmat Ilahi......
semuanya tak dipedulikan dalam menebas Mazmumah yang menggila...
semuanya digentas dalam meredah Lawwamah yang timbul tengelam...
semuanya tinggal dibelakang sana setelah masuk kepintu Muthmainah...

Subhanallah.......hari ini lebih baik dari semalam....
Alhamdulillah.....hari ini lebih hebat dari semalam...
Allah Hu Akhbar...saat ini turun naik nafas masih ada namaMU...

kejarlah akhirat nescaya dunia mengejar kamu....
kejarlah dunia 'atas ibadah kerana Allah'.....
nescaya kamu mendapati Akhirat bersamamu setiap ketika setiap saat...

awasi nafsu serta bisikan syaitan yg sentiasa memberi was-was....
menyuruh kita meninggalkan dunia dan duduk bertafakkur sahaja....
sedangkan kita wajib berusaha seolah akan hidup seribu tahun lagi...
sedangkan kita wajib beribadah seolah kita akan mati keesokkan harinya...

itu nafsu....
itu syaitan...

bagaimana dengan 'ghoi ril marq dhu bi alaihim....?
bagaimana dengan 'wa ladh dhol lin....?
yang terus-terusan tidak akan senang jika kita tidak tunduk patuh pada mereka?

pasrahkanlah Redho Ilahi....sungguh-sungguh...
cuba dapatkannya dengan belajar untuk Redho 200%...

kerana apabila kita mendapatkannya.....
segalanya akan 'barang berkehendak, barang menjadi.....'insya Allah atau dalam bahasa Al-Quran.....'Kun Fa Ya Kun.....'

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails