Wednesday, September 24, 2008

Manusia Yang Tamak Lagi Haloba: Awas Susu Anak....


salam semua...


'lately' ni kita dapat berita tentang susu kanak-kanak yang tercemar..

tambah menakutkan, berita yang dilaporkan menyebut ada bayi yang maut akibat susu tercemar tersebut...

'melamine'... adalah bahan yang dicampur ke dalam susu tersebut untuk memberi 'signal' palsu iaitu dengan melamine ini, kandungan 'protien' akan 'naik' (sedangkan kandungan protien berada pada paras rendah - ini berlaku kerana pengilang dan pengusaha susu mahukan keuntungan yang tinggi)..

bila dengar 'melamine', pikiran saya terbayangkan pinggan mangkuk melamine yang ada banyak murah-murah kat rantau panjang dan pengkalan kubur (kini di nilai 3)...

beginilah keadaan akhir zaman...

bilamana manusia menjadi semakin tamak, rakus, haloba, kikir, bakhil, gila dsbnya....

maka semuanya diketepikan.... peduli apa tentang kesihatan bebudak ni semua... nasiblah nak jadi apapun janji syarikat untung...

sikap tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja ada pada pengusaha susu sahaja... bukan sahaja berlaku di negara cina...

ianya berlaku di mana-mana di seluruh dunia...

kerana zaman atau abad ke 21 ini ialah abad 'materialistik'...

abad 'money make technology'...

ada duit, semua boleh dapat.... sebut aje...

sebab itulah orang berebut-rebut nakkan jawatan... tak kiralah apa jawatan pun.. jawatan politik ke, jawatan ketua kampung ke, ketua jkk ke, ketua masjid ke dsbnya...semuanya akan menjanjikan wang, wang dan wang...

bagi manusia-manusia ni, sekolah tak pandai pun takpa.. janji dapat pegang jawatan... sebab itulah masyarakat yang dipimpin tak maju-maju... dapat pemimpin yang belajar kurang pandai dan lepas tu tak mau turun jawatan pulak....habislah...

cuba kita tengok kes susu ni... kalau takda yang mati.... kes ni tak timbul... ianya disapu masuk bawah carpet... kita tak tahu sebelum ni ada ke tak yang mati..sebab dengar cerita, pencampuran melamine dalam susu ni dah berlaku lama.. cuma baru ni ajer yang timbul...

mungkin: duit rasuah dah kurang..(kos naik bro..kenalah cukai rasuah) atau musuh dari syarikat susu lain sudah pasang perangkap...

anyway... dari cerita kes susu ni.. dapatlah kita saksikan betapa manusia itu sangat 'lupa' apabila dia merasakan diri dia sudah cukup...

sedikit cerita susu tercemar disini

wasalam

Friday, September 19, 2008

Ramadhan pun ada suami isteri yang berpisah jua....

salam semua...

alhamdulillah dengan izin Allah kita telah menyempurnakan hampir 20 hari puasa kita dan kita dalam perjalanan untuk memasuki 10 malam/hari terakhir Ramadhan...

menurut firmanNya, sabda kekasihNya dan riwayat, 10 malam terakhir inilah yang tersembunyi sesuatu yang istimewa buat hamba-hambaNya yang beriman...carilah malam itu pada bilangan yang ganjil.. berjagalah dengan persiapan diri yang sepatutnya... korbankanlah sedikit masa untuk melaksanakan ibadah yang paling 'berkualiti' di antara ibadah-ibadah sebelum ini...

doa saya anda berjaya memperoleh kesejahteraan dan kerahmatan untuk meneruskan 'kuliah penyucian diri ramadhan' ini dengan jayanya...insya Allah.

beberapa hari yang lepas saya terkejut apabila mendapat berita dari seorang rakan bahawa beliau dan isterinya sedang dalam /proses urusan untuk berpisah...

perkahwinan dicampur perkenalan selama 14 tahun sejak dari bangku sekolah rupanya tiada maknanya jika tiada lagi persefamanan di antara kedua-duanya...

saya turut memberi beberapa tips buat beliau sebelum ini... namun kita hanya sekadar memberi pandangan, untuk melaksanakannya masih tertakluk kepada si empunya diri...

memberi pendapat kepada rakan, adik beradik dan siapa sahaja adalah salah satu ibadah dan 'effort' yang terpuji... namun perlulah diingat, janganlah kita merasa 'tak best' atau 'tak syok' jika orang yang kita beri pendapat itu tidak menurut saranan yang diberi...

kerana.. kita yang memberi pendapat ini tidak dapat menyaksikan 'the bigger puzzle or picture', permasalahan atau isu yang dikongsi bersama kita mungkin hanya 5% atau 10% sahaja dari keseluruhan 'gambar' sebenar yang di hadapi oleh empunya diri..

kita jangan rasa hairan lalu meluahkan; "isk degil betul dia ni, tak mahu dengar nasihat aku.." kerana, percayalah..saranan kita itu bukan tidak diterima pakai, ianya mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan pada masa itu...

anyway, akhirnya saya mendapat tahu bahawa isteri rakan saya ini sudah ada yang lain... walaupun pada awalnya saya 'dapat rasakan' perkara itu dan memberi 'hint' namun mungkin kerana ianya tidak ada dalam 'thinking set' rakan saya itu, hint itu hanya sekadar hint... sehinggalah rakan saya itu melalui sendiri 'curve' atau selekoh perit itu...

begitulah resmi manusia... kita sering untuk menerima hakikat bahawa apa yang dilalui oleh orang lain tidak akan kita laluinya...

percayalah, sebab itulah muncul istilah 'orang tua makan garam dulu'.... ianya lebih merujuk kepada pengalaman melalui 'curve' yang 'seakan' atau 'mirip' yang dilalui oleh orang lain yang mana 'hikmahnya' boleh dijadikan pedoman buat yang muda...

anyway, nasihat saya ketika beliau 'down' ditinggalkan isteri tempohari ialah..... "you know what is best for your life... but make sure that you are moving forward in whatever you do..."

mmm... dalam terdiam memikirkan perjalanan hidup rakan saya yang sorang ini... saya menerima satu lagi berita dari sahabat saya tentang adik beliau yang khabarnya mahu berpisah dengan isteri kerana ada yang 'lain'...

adus... seorang kena tinggal isteri... seorang lagi nak tinggalkan isteri...

ya Tuhan.... mmm... apabila alam mencari keseimbangan... apabila caj-caj positif perlu stabil dan sama dengan caj-caj negatif....

wasalam

Tuesday, September 16, 2008

Superhero Malaysia/Melayu? : Pepaya atau Tain..3T?

salam semua...

jika kita amati dengan teliti, amerika syarikat; di antara dakyah-dakyah mereka untuk meletakkan negara mereka sebagai kuasa dunia di samping kekuatan ekonomi, tentera dsbnya adalah dengan cara melahirkan 'superhero'...

hampir semua superhero berasal dari amerika.. superman, batman, spiderman, wonderwoman, six million dollar man, bionic woman, american hero..

british juga cuba untuk melahirkan superhero juga dengan mengenengahkan 'james bond' mereka....

dan secara kita tidak sedari..pengaruh superhero ini adalah dakyah yang paling berkesan dan ianya menerobos ke minda anak-anak sejak dari kecil lagi untuk memperakui kehebatan hero-hero ini...

negara kita juga tidak kurang untuk cuba melahirkan superhero kita walau secara tangkap muat atau asal ke boleh...

antaranya; hang tuah dengan taming sarinya, badang dengan muntah hantunya, mat kilau, datuk bahaman, hang jebat dsbnya.. mereka-mereka itu hero yg real (kecuali badang...)

namun hero-hero kita ni sudah lapuk ditelan zaman...

maka muncullah cicakman.... dan syarikat penerbitannya kru berjaya memberikan satu perspektif baru tentang superhero malaysia walaupun cerita tersebut memang bukan cerita negara malaysia, cuma bahasa/cakapnya ajer guna bahasa melayu...

tiba-tiba... negara kita mendapat satu lagi superhero... pepaya(man)

saya pernah menonton siri pepaya ini beberapa kali dan average 10 minit setiap episod kerana nak tengok plot dan kreativiti yang ada dalamnya...

walau tangan si yaya tu nampak kurang real.. tapi good try lah...budget pun ciput..
lagipun orang malaysia ni.. sumbat ajer apa citer... semua boleh nangis... buat siri sampai beratus..tetap ada pengikut...

itu cerita yaya...

yang paling saya sedih ialah bila 'tertengok' cerita 'tain 3 t'... lakonan wahid senario... masya Allah... selepas 'tertengok' cerita itu, saya terus 'haram'kan anak-anak saya dari menontonnya...

saya katakan, dari tengok tain, lebih baik tengok cerita si pepaya tu..

anak saya tanya kenapa?...

saya cakap pada mereka, cerita si yaya tu at least ianya 'science fiction' dan ada unsur heroism di dalamnya...

cerita si tain ni... bagi saya teruk... menunjukkan betapa melayu ni mundur serta bodoh... kita dah merdeka lebih 50 tahun... jika masih ada yang tak pandai kira lagi, maka gagallah segala deb, gagal lah segala pemimpin melayu dsbnya...

cerita tain ni takda apa-apa motivasi disebaliknya... melainkan ianya memalukan... menunjukkan melayu yang malas, bodoh serta 'haprak'....

anyway, itu adalah pandangan peribadi saya....

dalam kalut senario politik tanahair.... bagi saya malaysia memang memerlukan superhero...
fikir-fikirkanlah.... buatlah research sikit.... keluar duit sikit...
sebab, superhero malaysia ini nanti akan menjadi bahan 'propaganda' untuk menaikkan semangat semua rakyat... untuk bersatu, bersama dan berjaya dalam mengapai objektif negara...

jangan silap propaganda... sebab?..
sebab rakyat malaysia dah pepandai belaka...

bak kata iklan berita harian di tv... "zaman dah berubah...."
dulu lain sekarang lain...
dulu bolehlah cerita makan ubi kayu kat anak-anak..
sekarang mana boleh.... tak jalan punya...

sekarang kena 'up to date'... sentiasa berada kehadapan dengan info dan ilmu utk memastikan kita 'survive' dalam perlumbaan ini...

'duit-duit rasuah' tak mainlah... dah lah masuk neraka... keluarga nanti huru hara... makan duit haram... (tapi saya sedih sebab banyak melayu yang makan rasuah ni...)

jumpa lagi

wasalam..

Sunday, September 14, 2008

Beberapa kisah manusia....

salam..

lewat dinihari sambil mengikuti berita dari astro awani, saya masih lagi mengadap skrin laptop ini...
menjengah ke sana-sini alam siber...
sesekali terdengar bunyi letupan mercun sayup...
ada juga bunyi meriam 'buluh' kedengaran juga sayup...

malam/pagi ini saya agak lewat beradu... (mungkin kerana siang tadi lena selepas zuhur untuk hampir 2 jam...) dan sudah pasti saya memang seorang yang jika berjaga melebihi jam 12 malam..maka kepayahan untuk melelapkan mata akan muncul....

seperti tahun-tahun hijrah yang lepas... saya sering mengambil peluang untuk berada di luar rumah di antara jam 2 hingga 3.30 pagi sesekali....

mendongak ke langit sesekali...
berbicara dengan Al-Khaliq di kala sunyi pagi...
memanjat ketaubatan kehazratNya..
mensyukuri Rahmat serta TaufiqNya...

dan saya sering melihat kembali 'episod-episod' yang berlalu...
melihat perlakuan manusia-manusia...
melihat perjalanan kisah-kisah mereka...
satu ketika dahulu... dan di saat ini...

kisah manusia satu;

manusia yang gemar berjudi...

manusia jenis ini tidak menyedari bahawa dia sedang berjudi...

contohnya;

tidak melakukan apa-apa tindakan untuk memperbaiki mutu kehidupan diri, keluarga dsbnya..
manusia jenis ini hanya menanti bantal-bantal yang akan disorongkan ke kepalanya kerana mereka-mereka ini senang berada dalam keadaan mengantuk...
manusia ini akan 'jelira' dengan janji-janji manis yang berjenis 'fatamorgana'...
manusia jenis ini akan bersemangat dengan impian-impian hidup kaya raya, senang lenang..

tanpa mereka sedari mereka telah 'memperjudikan' diri, keluarga dan kehidupan seluruhnya..
mereka-mereka ini lagaknya mengalahkan 'profesor-profesor' universiti...kerana mereka merasakan diri mereka 'hebat'...

kisah manusia dua;

manusia yang tidur tetapi mata terbuka...

manusia jenis ini ibarat cicak sesumpah atau iguana...
melekat dengan manusia-manusia lain mengikut suasana dan keperluan diri...
manusia jenis ini boleh dikatakan sebagai 'mayat hidup'...

tanpa mereka sedari mereka sebenarnya telah memati diri sendiri sebelum kematian sebenar datang menjemput..

mereka-mereka ini hanya mencukupkan jumlah manusia di dunia dan menanti kedatangan maut yang sebenarnya...

kisah manusia tiga;

manusia jenis ini adalah manusia yang keliru dengan diri serta matlamat kehidupan..

manusia-manusia ini sangat rakus dalam melayani nafsu yang tidak putus-putus membisikan kepada mereka agar terusan memuaskan kehendak serta kemahuan selagi hayat di kandung badan...

manusia-manusia ini sanggup berbunuhan sesama sendiri demi memastikan hajat nafsu tercapai..

mereka-mereka ini lah yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini serta banyak menyusahkan kehidupan manusia lain...


ada banyak lagi jenis manusia yang akan saya kongsi...insya Allah

Saturday, September 13, 2008

Rempah Ratus 13 hari Ramadhan 1429H....

salam semua...

maaflah kerana agak 'kurang' ke udara kebelakangan ini...
masa-masa yang ada saya banyak fokus kepada 'R&D'...
namun apa yang berlaku di sekeliling masih tidak lepas dari mencuri amatan saya...

pertamanya..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Pak Samad (A.Samad Ismail) yang telah kembali kerahmatullah pada 4 September yang lepas...

mudah-mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau...

saya sesekali 'terserempak' juga dengan Pak Samad dari segi mengikuti perkembangan 'minda' beliau yang segar, kritis dan berani...

bagi saya beliau seorang Negarawan yang hebat




keduanya...

Al-Fatihah untuk semua ahli politik tanahair... semua maksud saya semuanya... tidak kira dari parti apa sekalipun...

rimas melihat suasana politik tanahair... serimas melihat bagaimana Perdana Menteri 'Chef' Samak dari Thailand 'bersilat' untuk terus kekal berkuasa... serimas melihat bagaimana Mindanao bergolak kembali setelah perjanjian damai yang sepatutnya dimeteri di KL gagal...

rimas melihat bagaimana semangat 'merdeka' tidak lagi dirasai tatkala tanah melayu @ malaya menjengah ke pintu 51 nya.

rimas melihat percakaran antara parti-parti politik terutama di antara pemimpin-pemimpinnya..

ketiganya....

jenuh menanti 'kapan' harga minyak akan kembali ke RM1.92 seliter... tatkala harga minyak dunia kini sekitar USD110 setong..

masih tidak lupa, bagaimana kenaikan 78 sen seliter dahulu berlaku ketika paras minyak dunia berada pada USD145 setong..

penurunan sekitar 15 sen sebelum PRK Permatang Pauh hanyalah sekadar menguntungkan segelintir pihak sahaja tidak pada rakyat marhain...


keempatnya...

siapa yang 'jaga' hal ehwal pengemis?

bukan apa, bila baca akhbar pagi tadi...saya teruja apabila laporan menyebut ada pengemis yang 'berpendapatan' RM400 sehari dan menginap di hotel serta memiliki telefon bimbit yang canggih bernilai ribuan ringgit...(rasanya N95 kot...)



apa nak jadi?... apa tindakan selanjutnya?

teringat kata-kata seorang rakan dari seberang 20 tahun lalu yang memiliki pr negara kita...
katanya... malaysia ini, negaranya bertuah... nak buat duit senang di sini...
ya..memang betul kata-kata beliau (dan saya dengar beliau mempunyai 8 orang anak yang kesemuanya dilahirkan di sini...)

kelimanya....

dunia memang dah terbalik, malah dah lama terbalik sejak Rasulullah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu...



seorang manusia yang beragama islam, berjantina wanita mengaku kepada suaminya yang dia telah berkahwin dengan lelaki lain dan menjadi isteri kedua lelaki tersebut..

wanita yang berasal dari negeri terengganu itu bekerja di luar daerah dan hanya bersama suami pertamanya dari hari isnin hingga khamis dan bersama suami keduanya pada hari jumaat hingga ahad...

bagaimana ini boleh terjadi? cetek sungguh ilmu agama yang ada di dada? atau memang 'jahil' sangat?

apa yang suami beliau ajarkan selama berkahwin?

masya Allah....

selamat memasuki 10 hari kedua Ramadhan... hayati serta renunglah detik-detik yang berlalu..

pastinya hamba-hambaNya yang engkar dan terus mendabik dada menunjukkan kuasa akan dicuci atau tercuci di bulan suci ini...

wasalam

Friday, September 12, 2008

'Pedang' Baru saya.....


salam semua...
kat atas tu adalah foto 'pedang' baru saya.... 'pedang' yang dulu masih ok lagi dan dah saya pindahmilik kepada seseorang yang saya rasa layak untuk menjaganya dengan baik...
'pedang' baru ni bezanya hanya dari segi saiz dan processornya... yg dulu 'intel celeron m' tapi yang ini 'intel core 2 duo'... dulu 14 inci, yg ni 12 inci ajer..
dan paling penting ianya ringan sikit dari yang dulu dan mudah untuk saya ke sana-ke sini memikulnya...
hajat di hati memang nak cari yang kecik... dan almaklum... lagi kecik lagi mahal... cuma yg pakai intel atom aje yg murah sikit tapi storage datanya sikit bebenor... tak cukup utk store saya punya slide presentation pulaks...
anyway....syukur ke hazrat Allah Taala kerana memberi saya keredhoan, kesempatan, kemudahan, kemurahan, kekuatan serta ketetapan di dalam perjuangan ini...
teringat sabda Rasulullah...
orang Islam yang beriman (mukmin) adalah seperti berikut...
'hari ini' seseorang mukmin itu hendaklah lebih baik dari semalam... dan
'hari esok' beliau pula hendaklah lebih baik dari hari ini... insya Allah...
berusahalah bersungguh-sungguh dengan keikhlasan di dada... di dalam perjuangan ini..
hapuskanlah perasaan hasad, dengki serta khianat yang bersarang di dada..
saya juga teringat kata-kata 'mat saleh'....
'if we keep on doing the same thing... we will definately get the same result...'
atau...
'kalau kita asyik buat/lakukan tindakan yang sama...sudah tentu kita akan mendapat hasil yang sama...'
nak jadi kaya... kena berusaha bersungguh-sungguh agar kekayaan itu dapat kita capai kita..
nak jadi alim... kena belajar bersungguh2 dan mengamalkan segala ilmu yg dipelajari...
nak jadi beriman... kena sentiasa bersabar, tenang, ikhlas dan istiqomah dalam ibadah...
nak jadi insan kamil... kenalah memahami setiap perjalanan hidup ini dalam keadaan redho di redhoi...
selamat berbuka...

Thursday, September 04, 2008

Bila 'Malaun' tiba-tiba jadi 'Alim' bulan puasa ni....


salam semua..
apa khabar semua? harap terus ceria serta hebat hendaknya...
bagaimana ibadah puasa anda?... sukses atau macam biasa sahaja?
ya...seperti biasa...ujian demi ujian yang kita hadapi setiap hari dirasakan sedikit 'luar biasa' di bulan Ramadhan ini...
luar biasa dari segi, kalau sebelum ni 'taklah alim' sangat...tapi bila dah masuk bulan puasa... ke'aliman' kita pun terserlah gamaknya...
samada ianya perkara biasa yang kita sedari atau yang kita tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain...terpulanglah pada masa dan ketikanya...
seperti biasa, pada permulaan ramadhan, ibadah terawikh saya lakukan bersama ahli keluarga di rumah sahaja... solat bersama-sama dengan mengajar isteri & anak-anak sedikit sebanyak tentang kefahaman terhadap agama...mudah-mudahan mereka diberi petunjuk oleh Allah...
cuma sudah menjadi kebiasaan...bulan Ramadhan ni ramai yang tetiba jadi alim... tiba-tiba..itu tak boleh ini tak boleh...itu haram, ini haram dsbnya..
alhamdulillah jika perubahan ke arah ke'aliman' itu berlaku kerana 'Allah Ta ala' dan bukannya berlaku atas sebab-sebab yang lain selain Allah... kerana sebarang perubahan yang berlaku atau kita lakukan ke atas diri jika ianya adalah kerana perkara lain seperti material, kedudukan, status dsbnya...maka ada banyak harapan bahawa perubahan itu hanyalah bersifat 'fatamorgana' sahaja...
ianya nampak ketara apabila perubahan itu berlaku di bulan Ramadhan.
kita pun terkejut... dan secara kita tak sedari kita pun turut sama terikut menjadi alim seperti rakan kita tadi... yelah mana tidaknya sebelum ni, kalau ada ceramah atau kuliah zuhur kat ofis kita malas...tapi tetiba bulan ni...kita rajin pulak ke surau... dan paling sedih dah masuk 14 tahun macam tulah hangat-hangat kealiman kita...
apapun...perkara pokok ialah mendalami ilmu dengan sedalam-dalamnya... sehingga kita masuk ke dalam kategori 'understand the subject matter'...
mahukan kemanisan ibadah, kita perlu kepada ilmu...
mahukan pemahaman terhadap agama, kita perlu kepada ilmu...
mahukan keredhoan berterusan, kita perlu kepada ilmu...
semuanya merujuk kepada ilmu....
maka dengan ilmu di dada
dengan kefahaman di minda
nescaya terserlahlah keimanan di dada
lalu tersinarlah cahaya di wajah
maka bolehlah kita kenali mana satu di, mana satu wadi, mana satu mani, mana satu manikam setelah menjadi jauhari....
dan bolehlah kita kenal mana satu 'malaun' mana satu 'alimun'....
walau muka 'malaun' itu cerah, putih serta mulus dan gebu...namun mata serta kata hati tidak pernah menipu mereka-mereka yang beriman serta yakin-ainul dan haqkul...
maka berdoalah sekalian malaikat di langit dan di bumi tentang betapa bertuahnya mereka-mereka yang beribadah hanya kerana Allah Taala...bukan kerana harta, wang serta pangkat hatta wanita dan mereka-mereka yang ikhlas ini menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kepada Tuhan Robbul Jalel yang satu...
maka terpenjaralah hati-hati mereka-mereka yang menipu dalam ibadah mereka... pada pandangan mata kasar, mereka sangat alim... namun di dalam diri, hati mereka mengelegak terbakar kerana telah dipenjara atas niat yang tidak seiring dengan lafaz dan perbuatan.
islam ini mudah
tetapi tidaklah semudah yang disangka
mudah bagi yang memahami
tetapi janganlah dipermudah-mudahkan
selamat beribadah dan mendapat ilmu serta pemahaman tentang perjalanan di bulan suci ini...
buka seluas-luasnya mata hati...
insya Allah diberi 'lorongan' ke arah 'jalan yang lurus'...yang selalu kita ucapkan saban hari saban malam...
wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails