salam semua..
apa khabar semua? harap terus ceria serta hebat hendaknya...
bagaimana ibadah puasa anda?... sukses atau macam biasa sahaja?
ya...seperti biasa...ujian demi ujian yang kita hadapi setiap hari dirasakan sedikit 'luar biasa' di bulan Ramadhan ini...
luar biasa dari segi, kalau sebelum ni 'taklah alim' sangat...tapi bila dah masuk bulan puasa... ke'aliman' kita pun terserlah gamaknya...
samada ianya perkara biasa yang kita sedari atau yang kita tidak sedar tetapi disedari oleh orang lain...terpulanglah pada masa dan ketikanya...
seperti biasa, pada permulaan ramadhan, ibadah terawikh saya lakukan bersama ahli keluarga di rumah sahaja... solat bersama-sama dengan mengajar isteri & anak-anak sedikit sebanyak tentang kefahaman terhadap agama...mudah-mudahan mereka diberi petunjuk oleh Allah...
cuma sudah menjadi kebiasaan...bulan Ramadhan ni ramai yang tetiba jadi alim... tiba-tiba..itu tak boleh ini tak boleh...itu haram, ini haram dsbnya..
alhamdulillah jika perubahan ke arah ke'aliman' itu berlaku kerana 'Allah Ta ala' dan bukannya berlaku atas sebab-sebab yang lain selain Allah... kerana sebarang perubahan yang berlaku atau kita lakukan ke atas diri jika ianya adalah kerana perkara lain seperti material, kedudukan, status dsbnya...maka ada banyak harapan bahawa perubahan itu hanyalah bersifat 'fatamorgana' sahaja...
ianya nampak ketara apabila perubahan itu berlaku di bulan Ramadhan.
kita pun terkejut... dan secara kita tak sedari kita pun turut sama terikut menjadi alim seperti rakan kita tadi... yelah mana tidaknya sebelum ni, kalau ada ceramah atau kuliah zuhur kat ofis kita malas...tapi tetiba bulan ni...kita rajin pulak ke surau... dan paling sedih dah masuk 14 tahun macam tulah hangat-hangat kealiman kita...
apapun...perkara pokok ialah mendalami ilmu dengan sedalam-dalamnya... sehingga kita masuk ke dalam kategori 'understand the subject matter'...
mahukan kemanisan ibadah, kita perlu kepada ilmu...
mahukan pemahaman terhadap agama, kita perlu kepada ilmu...
mahukan keredhoan berterusan, kita perlu kepada ilmu...
semuanya merujuk kepada ilmu....
maka dengan ilmu di dada
dengan kefahaman di minda
nescaya terserlahlah keimanan di dada
lalu tersinarlah cahaya di wajah
maka bolehlah kita kenali mana satu di, mana satu wadi, mana satu mani, mana satu manikam setelah menjadi jauhari....
dan bolehlah kita kenal mana satu 'malaun' mana satu 'alimun'....
walau muka 'malaun' itu cerah, putih serta mulus dan gebu...namun mata serta kata hati tidak pernah menipu mereka-mereka yang beriman serta yakin-ainul dan haqkul...
maka berdoalah sekalian malaikat di langit dan di bumi tentang betapa bertuahnya mereka-mereka yang beribadah hanya kerana Allah Taala...bukan kerana harta, wang serta pangkat hatta wanita dan mereka-mereka yang ikhlas ini menyerahkan sepenuh jiwa dan raga kepada Tuhan Robbul Jalel yang satu...
maka terpenjaralah hati-hati mereka-mereka yang menipu dalam ibadah mereka... pada pandangan mata kasar, mereka sangat alim... namun di dalam diri, hati mereka mengelegak terbakar kerana telah dipenjara atas niat yang tidak seiring dengan lafaz dan perbuatan.
islam ini mudah
tetapi tidaklah semudah yang disangka
mudah bagi yang memahami
tetapi janganlah dipermudah-mudahkan
selamat beribadah dan mendapat ilmu serta pemahaman tentang perjalanan di bulan suci ini...
buka seluas-luasnya mata hati...
insya Allah diberi 'lorongan' ke arah 'jalan yang lurus'...yang selalu kita ucapkan saban hari saban malam...
wasalam
No comments:
Post a Comment