kali terakhir saya mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada bapa saya ialah lebih kurang 25 tahun yang lepas...
selepas itu tiada lagi tuturan itu kepada bapa...
selepas itu juga saya belajar untuk terus hidup tanpa bapa...
selepas itu juga saya mula menghargai apa yang bapa telah lakukan kepada kami sekeluarga...
selepas itu juga saya mula menghargai setiap kata yang bapa luahkan...
lebih 25 tahun lepas saya sesekali bertelagah juga dengan bapa...
apabila melihat ibu sering nangis bila disergah bapa...
apabila melihat ibu teresak-esak bila lewat menyediakan makanan bapa...
apabila melihat ibu & adik2 ditinggal bapa kerana lewat persiap diri untuk ke kampung...
lebih 25 tahun lepas saya sesekali hairan dengan keputusan bapa...
keputusan membuka kedai di depan rumah...
keputusan membiarkan saya menjaga kedai sejak 10 tahun...
keputusan menghantar saya ke asrama...
ya..memang bapa telah pergi selama-lamanya 25 tahun yang lepas...
meninggalkan kami enam beradik bersama ibu dan sebuah kedai runcit yang comel..
sejak itu kasih bapa hanya kami ngemis dari pakcik-pakcik yang ada disekeliling..
memang tak pernah sama dengan kasih bapa..
walau bapa seorang yang tegas namun bapa penuh kasih sayang...
walau bapa seorang yang garang namun bapa penuh dengan panduan...
walau bapa seorang yang kemas namun bapa penuh dengan hikmah...
walau bapa seorang yang berpandangan jauh namun bapa bersikap terbuka...
Al-Fatihah untuk bapa yang berada di atas sana...
Jasamu...
Didikanmu...
Kasih Sayangmu...
walaupun sebentar... tidak pernah aku lupakan....
selamat hari bapa... walaupun bapa tak ada di sisi... namun aku masih merasakan bapa ada.. malah dekat dihati...
buat anda yang masih berbapa... renungilah mata bapamu dalam-dalam... nescaya akan bertemu satu kolam kasih sayang yang tak bertepi... kolam yang tidak ramai yang tahu... hanya mereka yang benar-benar memahami, mengerti akan hakikat amanah serta tanggungjawab seorang yang bergelar bapa sahaja akan ketemunya...
wasalam
untuk para bapa-bapa..tidak kira di mana sahaja anda berada...
'heppi father's day!'...
jangan mensia-siakan anugerah tuhan (isteri & anak-anak) kepada anda...
kelak kita akan dipertanggungjawabkan dengan semua amanah yang telah diamanahkan...
6 comments:
Salam sifu...
Happy Father Day...
salam izah...
terima kasih ya atas ucapan awak...
:-)
Salam HEBAT sifu,
SELAMAT HARI BAPA...
TERIMA KASIH
Salam Sifu...
Kata2 Sifu sungguh berharga...Terlalu banyak jasa dan pengorbanan seorang bapa itu...tidak terbalas dengan apa jua di dunia ini...sebagai seorang anak, saya akan lakukan yang terbaik buat mereka...segala yg dilakukan dalam hidup ini hanya utk mencari dan mendapat redha Allah juga utk berjasa serta berbakti kepada kedua Ibu dan Ayah...
Selamat Hari Bapa buat Sifu juga :-)
Salam dr Preston,Lancashire UK
salam hebat juga buat SriSufi...
:-)
terima kasih atas doa anda..
salam faiza...
ya... tersentuh juga baca kisah rindu ayah awak..
:-)
Post a Comment