Saturday, June 27, 2009

Weekend @ Ayer Keroh, Melaka..

salam semua....

apa khabar anda sekarang?
harap terus dalam lindungan Ilahi hendaknya...

saya kini berada di Ayer Keroh, Melaka...
ada program di sini... di kilang plastik 'Daibochi'...
program bertajuk "Positive Work Culture" ditujukan kepada satu kumpulan sasar yang 'terpilih' dari keseluruhan pekerja.. kumpulan sasar ini di gelar 'PKS @ Program Keberkesanan Sikap'..

makanya mereka-mereka ini adalah pekerja contoh yang perlu dilonjakkan lagi daripada tahap bagus kepada tahap cemerlang...

begitulah ceritanya..

'rukun daibochi'...

semua yang positif..dalam rangka memberi kekuatan kepada pasukan kerja..

pemandangan dari jendela hotel tempat saya & rakan menginap...
hotel ancasa, mitc...bersebelahan dengan MITC @ Melaka International Trade Center...

namun secara jujurnya saya agak pening dengan konsep yang ingin diketengahkan di kawasan MITC ini...

dari foto di atas kita boleh lihat 5 jenis bentuk atau konsep bangunan yang didirikan...
mungkin kerajaan negeri mahu ada kepelbagaian rasa & suasana di sini...

bagi saya, jika mahu membangunkan satu bandar baru.. biarlah konsepnya sedikit seragam dan ada kesinambungan... seperti Putrajaya & Cyberjaya... satu perancangan jangkapanjang yang mengambil kira semua elemen bandar pintar...

ok... tetiba rasa nak pekena ikan bakar pulak... :-)

4 comments:

biru said...

salam sifu...

saya pernah ketika dulu ke MITC, mlm punya kes, heheh..

saya pernah menginap di seri malaysia waktu outstation, bau sekitar yg busuk, katanya ada kandang babi sekitar...

saya jalan2 kota melaka n mall, kedai mkn dibandar byk milik kaum bukan melayu...

saya pernah jadi panel penemuduga utk jawatan juruteknik gomen di melaka, ramai anak2 melayu lulusan diploma ke atas kerja kilang disini...

saya ingin kemelaka lagi, untuk mkn ikan bakar di umbai, heheheh...

=)

Unknown said...

Salam sifu...

Sebenarnye saya yg duk Melaka sendiri pon tak pasti perancangan kerajaan negeri. Kalau ikut apa yang penah sy tau, MITC sepatutnye jadi pusat kerajaan macam ala-ala Putrajaya.
Tapi kat belakang MITC ade pulak kilang-kilang. Tu pasal banyak jalan rosak sebab lori-lori besar lalu kat MITC.
Tapi ape-ape hal pon "hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih elok d negeri sendiri..." ;-)

Sifu Mirza said...

salam biru...

hari tu saya pekena ikan bakar di alai (sungai duyung..)

:-)

Sifu Mirza said...

salam izah...

ya betul... hujan emas kalau turun kita ambil jugak...

hujan batu kalau turun kita cuba elak jangan sampai kena dahi...

:-)

arwah ayah saya asalnya juga melaka..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails