Tuesday, March 02, 2010

Muhammad Rasulullah Khataman Anbiya


salam sejahtera buat semua...

alhamdulillah, jumaat lepas umat islam seluruh dunia dalam apa cara sekalipun, bersama-sama memperingati Rasul Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah.

kehadiran Rasulullah ke dunia ini penuh dengan rahmat dan kasih sayang buat semua makhluk terutamanya manusia.
tidak dapat dinafikan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Rasulullah sangatlah hebat dan tidak ada manusia yang sehebat Baginda di dunia ini.
kehebatan Baginda banyak dinukilkan oleh para sarjana-sarjana ilmuan timur dan barat.
kisah Baginda banyak diulang khabar ceritakan sehingga ada yang difilemkan.
perbandingan kehebatan Baginda antaranya telah diterjemahkan di dalam sebuah buku penyelidikan oleh Prof. Dr. Micheal Hart iaitu 100 Great People.

Siapakah Rasulullah pada kita?


Nikmat Islam, Nikmat Iman dan Nikmat Ihsan yang kita perolehi, kecapi dan rasai ketika ini ialah hasil dari kehadiran Rasulullah yang meliputi dakwah, tarbiyah, kepimpinan, ketokohan dan cara hidup Baginda yang menjadi contoh kehebatan utusan Allah.

di dalam surah Al-Anbiya, Allah berfirman;

107. dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

kita mengenali Rasulullah sejak kecil tatkala kita mula kenal kalimah syahadah.
kita mula kenal Rasulullah tatkala kita mula kenal solawat.
kita mula kenal Rasulullah tatkala kita mula kenal lagu 25 Rasul.
kita mula kenal Rasulullah tatkala kita diceritakan oleh mak ayah, tok nenek, acik dsbnya tentang Baginda.

kita tahu kita bertuah menjadi ummat Rasulullah kerana kita tahu Baginda pemberi syafaat di akhirat kelak.
kita tahu kita bertuah menjadi ummat Rasulullah kerana kita tahu Baginda kekasih Allah.

kita juga tahu bahawa kita tidak akan sesat jika kita ikut Al-Quran dan Sunnah Baginda.

Sunnah Rasulullah S.A.W

di dalam surah Al-Ahzab ayat ke 21;

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Sunnah bukanlah hadis
Sunnah adalah sahsiah diri peribadi Rasulullah.
Ianya meliputi sifat, sikap, qudrat, iradat, ilmu, hayyat, samaq, basar dan qalam Baginda.

kita sering dengar 4 perkataan ini; Siddiq, Amanah, Tobligh & Fatonah.
kita tahu 4 tersebut ialah sifat-sifat agung Rasulullah.

maka untuk selamat dan tidak sesat kita wajiblah menerappakai sifat-sifat agung Baginda di dalam diri kita.
kita mestilah Siddiq iaitu benar. Benar dalam niat, lafazan dan perbuatan, hatta kepada diri kita dan pada semua.
kita mestilah Amanah iaitu memikul dan melunaskan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya.
kita mestilah Tobligh iaitu mampu untuk menyampaikan serta berkongsi ilmu dengan yang lain.
kita juga mestilah Fatonah iaitu bijaksana dalam segenap segi kehidupan serta mampu mengimbangi elemen diri mental, emosional, spiritual dan fizikal dengan baik.

Bukti Rasulullah diutus selepas Nabi Isa

sebagaimana yang Allah firmankan di dalam surah As Saff;

6. dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"

=> lihat bagaimana keadaan para pengikut Nabi Isa tatkala beliau memberikan khabar akan kedatangan seorang Nabi & Rasul selepas beliau.

=> Nabi Isa ditolak oleh para pengikut beliau walaupun Allah telah beri keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang nyata.

=> Malah lebih teruk, pengikut nabi Isa ini boleh mengatakan bahawa tanda-tanda keterangan itu adalah sihir atau buatan manusia dengan dibantu oleh jin serta syaitan. Masya Allah.

9. Dia lah Yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama Yang benar (ugama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas Segala ugama Yang lain, Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

=> di dalam ayat ke 9 ini Allah membenarkan serta memperakui perutusanNya iaitu seorang Rasul yang membawa hidayah, petunjuk serta agama yang benar yakni Islam.

=> Allah juga menjelaskan ketinggian Islam atas segala agama yang lain serta kemenangan yang dikecapi oleh Islam di ataa petunjuk dan hidayah RasulNya.

=> dan Allah menyatakan bahawa perkara ini (utusan Rasul & Agama Islam) ini memang tidak disenangi oleh orang-orang musyrik iaitu orang-orang yang menduakan Allah.


Perjanjian Allah dengan Para Rasul akan Rasulullah

di dalam surah Al-Imran ayat ke 81, kita dapat saksikan bahawa Allah telah mengambil perjanjian dengan para Nabi-nabi & Rasul akan keimanan mereka kepada Rasulullah.

81. dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan hikmat Yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul Yang mengesahkan apa Yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadaNya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiKu secara Yang demikian itu?" mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu."

=>Allah telah memberitakan kepada mereka tentang kehadiran Rasulullah yang akan mengesahkan para nabi dan Rasul terdahulu.

=>Allah telah mewajibkan para nabi & Rasul terdahulu agar mereka bersungguh-sungguh menolong Rasulullah.

=>dan para Nabi & Rasul keseluruhannya mengikat tali setia akan keimanan serta menerima dan mengakui akan keRasululan Nabi Muhammad Rasulullah di saksikan oleh Allah Azza Wajalla.

Tanda-tanda kelahiran Rasulullah melalui peristiwa-peristiwa besar antaranya;

sewaktu lahir;
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk. Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

pengalaman datuknya;
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

situasi kerajaan besar ketika itu;
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama 1000 tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

keadaan alam;
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.


Keadaan Ummat Muhammad Rasulullah


Allah berfirman di dalam surah Al-Anbiya (saya kongsi dari ayat pertama hingga 14) mengenai golongan pendusta Rasul.

1. telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka Dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.

2. tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan Yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -

3. Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. dan orang-orang Yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri Dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? maka Patutkah kamu turut hadir mendengar sihir Yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"

4. (bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".


5. (Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh Dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut Yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara Yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat Yang dibawa oleh Rasul-rasul Yang telah diutus dahulu".

6. tidak ada penduduk sesebuah negeri pun Yang Kami binasakan sebelum mereka, Yang telah beriman kepada mukjizat Yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka Yang meminta mukjizat itu mahu beriman?

7. dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki Yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka Bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

8. dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan Yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).

9. kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa Yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang Yang melampaui batas.

10. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) Yang mengandungi perkara Yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat Yang besar itu)?

11. dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri Yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum Yang lain sebagai gantinya.

12. maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab kami, mereka Dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.

13. (lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup Yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa Yang berlaku".

14. (akhirnya) mereka berkata: "Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Yang berlaku zalim!"

=> begitulah keadaan ummat Muhammad yang terus-terusan menipu serta munafik kepada Baginda.
=> perkara ini berlanjutan dari dahulu sehingga sekarang sehinggalah kiamat nanti.
=> walaupun telah ada banyak bukti-bukti yang nyata, golongan engkar ini tetap dengan pendirian mereka yang beasaskan logika akal sedangkan mereka lupa bahawa antara rukun iman ialah percaya dan yakin kepada Rasul serta benda-benda ghaib.

mari kita lihat pula golongan yang taat serta beriman kepada Allah & Rasul.

di dalam surah Muhammad, Allah berfirman;

kita saksikan perbandingan orang yang menolak serta menghalang dengan orang yang beramal soleh serta beriman.

1. orang-orang Yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan Segala amal mereka.

2. dan (sebaliknya) orang-orang Yang beriman dan mengerjakan amal Yang soleh serta beriman kepada Al-Quran Yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - Yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di Akhirat).

3. berlakunya Yang demikian, kerana Sesungguhnya orang-orang Yang kafir menurut perkara Yang salah, dan Sesungguhnya orang-orang Yang beriman menurut perkara Yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.


ayat di bawah membezakan golongan munafik (iaitu mendustakan Allah & Rasul) dengan golongan yang mendapat petunjuk.

16. dan di antara mereka (yang hadir di majlismu Wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) Yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisiMu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang Yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu Yang setia): "Apa Yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang Yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang Yang menurut hawa nafsunya.

17. dan (sebaliknya) orang-orang Yang menerima petunjuk (ke jalan Yang benar), Allah menambahi mereka Dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.

mudah-mudahan apa yang saya kongsi ini akan dapat menambahkan kecintaan kita kepada Allah & Rasulullah.
mudah-mudahan apa yang saya kongsi ini dapat menajamkan penghayatan kita terhadap ilmu-ilmu Allah serta mendalamkan pemahaman diri.
mudah-mudahan apa yang saya kongsi ini dapat membantu kita dalam ibadah seharian kita; memperkemaskan diri dan pergerakan, mendalamkan ilmu dan penghayatan, menejamkan pemikiran dan akal, meningkatkan iman, taqwa dan tawakkal.

insya Allah.

4 comments:

CITY® said...

salam sifu, semoga sihat selalu

jumaat tu saya berada di kampong
bersama mak ayah

sempat ayah bertanya:

t, mana satu betul

maulud nabi ke maulidur rasul

errrrrrr
saya kata sama je kot
ayah kata:
betul semua boleh, tapi mana lebih tepat

saya kata:
maulidur rasul kot

ayah:
sebab?
saya:
errrrrrrrr...

ayah kata:
semua rasul = nabi
tapi
tak semua nabi = rasul

so,
maulidur rasul lebih tepat

Sifu Mirza said...

salam birU...

alhamdulillah..

lebih tepat;
Maulid Muhammad Rasulullah s.a.w

:-)

sebab kita meraikan Baginda..

kesturi said...

salam sifu ..

..saya baru jer habis membaca buku karya A.Samad Said " Al Amin " begitu puitis sekali bahasa yg digunakan untuk menceritakan kisah Rasulullah s.a.w .

:-)

Sifu Mirza said...

salam kesturi...

bestkan buku tu...

saya pun suka...
sirah Rasulullah dalam bentuk puisi..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails