Wednesday, February 24, 2010
Riak @ Sombong kepada Allah?
salam semua...
pernahkah kita terfikir bahawa ada kalanya kita riak & sombong kepada Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa?
pernahkah kita terfikir rasa riak & sombong itu merupakan salah satu punca yang membuatkan kita tergolong kedalam golongan yang mendustakan agama.
tahukah kita apa ciri-ciri pendusta agama?
mari kita lihat surah Al-Maun di bawah ini;
1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).
-------------------------------------------------------------------------------
dalam surah Al-Maun ini Allah telah menjelaskan sejelas-jelasnya tentang orang-orang yang mendustakan Agama yakni berbohong dalam beragama termasuk dalam hal-hal akhirat dan hari pembalasan.
tahukah kita apa maksud berbohong dalam beragama?
maksudnya, hanya nama sahaja beragama Islam tetapi pada hakikatnya kita tidaklah Islam malah kita tidak percaya sama sekali akan janji-janji Allah dan tidak mahupun menuruti sunnah Rasulullah.
dari ayat di atas; Allah memberi tahu kita bahawa ada dua kriteria pembohong agama;
1. orang yang menindas serta tidak memberi makan anak yatim.
- perlu diingat, janganlah kita meyangka bahawa anak yatim itu hanya yang tinggal di rumah anak yatim sahaja, ada juga anak-anak yatim yang dipelihara oleh keluarga sendiri atau keluarga angkat.
- apa bentuk penindasan yang boleh kita fikirkan? ia boleh ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas, samada penindasan itu dilakukan oleh penjaga atau keluarga hatta penindasan itu dilakukan oleh pihak pemerintah.
- penindasan anak yatim boleh hadir dalam bentuk mikro & macro;
micronya ialah menzalimi hak-hak mereka, contoh, menidakkan hak-hak harta yang ditinggalkan oleh keluarga mereka;
macronya ialah menyalah guna harta-harta yang telah jelas menjadi hak anak yatim seperti pengurusan kebajikan dan faraid mereka dsbnya. ini juga melibatkan pembanggunan oleh pihak pemerintah yang menggunakan wang rakyat, bukankah wang rakyat itu termasuk wang anak-anak yatim?
2. tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin.
- menggalakkan bermaksud berusaha untuk melakukan sesuatu.
- memberi makan bermaksud menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh orang-orang miskin yang tidak berkemampuan.
- memang banyak manusia disekeliling kita yang tidak atau kurang berminat untuk membantu orang-orang lain terutamannya yang seagama dengannya. Allah Maha Mengetahui dan pengetahuan Allah ini tiada batasnya hatta sebelum manusia dan alam ini dijadikan, maka janganlah kita cuba berselindung disebalik itu dan ini hanya semata-mata mahu melepaskan diri dari alasan nafsu nafsi yang berkepentingan diri.
- maka manusia-manusia yang sibuk dengan diri sehingga jiran sebelah lapar termasuklah ke dalam golongan yang mendustakan agama islam.
maka seterusnya dalam ayat ke 4; Allah memperjelaskan lagi betapa 2 golongan di atas itu termasuklah golongan yang solat tak tinggal. ulang alik ke surau dan masjid tak putus serta berkali-kali pergi umrah & haji namun tergolong juga mereka ke dalam golongan yang mendustakan agama, yang menipu serta membohongi Allah & Rasul serta seluruh kerajaan Allah di langit dan di bumi.
golongan solat yang mendustakan agama ini terdiri dari 3 golongan;
1. yang lalai dengan solatnya.
- golongan solat ini adalah jenis golongan yang main bantai ajer solat; rasa nak solat, dia solat; bila rasa malas, dia tak solat. mereka ini lupa bahawa rukun islam (rukun agama) yang mereka kata mereka anuti itu bermula dengan mendirikan solat dan kemudiannya mengeluarkan zakat.
- lalai dalam solat ini juga termasuk golongan yang solat tapi tidak hadir di dalam solatnya. maksud tidak hadir ialah solat tanpa roh. solat tapi khayal. solat tapi tidak faham. solat tapi tak beri kesan pada diri. solat tapi lengah.
2. yang riak sombong serta takbur.
- golongan solat ini pula ialah mereka-mereka yang solat tetapi dalam keadaan riak. riak dengan solatnya, riak dengan ibadahnya (kerja-kerja sehariannya), riak dengan ilmu serta harta benda pinjaman Allah kepadanya.
- golongan ini juga bersifat menunjuk-nunjuk amalan mereka hatta dalam solat sekalipun. sifat ini sangat halus tetapi ianya sangat diambil kira kerana ia berpunca dari hati dan hati adalah elemen pertama yang penting dalam diri manusia.
- Rasulullah pernah bersabda; di dalam diri manusia itu ada segumpal daging, baik daging itu maka baiklah manusia itu, rosak daging itu maka rosaklah manusia itu.
3. yang kedekut & bakhil
- golongan solat ini pula ialah golongan yang kedekut serta bakhil, yang mana tidak mahu mengeluarkan barang sedikit pertolongan samada dalam apa bentuk sekalipun. pertolongan ini boleh jadi dalam bentuk wang ringgit mahupun harta benda dan hatta masa diri ataupun kudrat titik peluh.
- golongan solat jenis ini turut sama mendustakan agama serta menjadi penipu dan pembohong dalam agama. mereka menipu Allah, mereka menipu Rasulullah dan mereka menipu makhluk-makhluk Allah yang lain.
- bagaimana agama islam boleh bangkit sekiranya ramai umat islam kedekut dan bakhil?
- bagaimana umat islam boleh jadi umat yang 1st class dan superior jika di kalangan umat itu sendiri tidak mahu bantu membantu?
----------------------------------------------------------------------------------
dapatlah kita fahami bahawa sifat riak, sombong serta taqbur yang ada pada diri kita ini akan menjerumuskan kita ke lembah hina dan tergolong kedalam golongan yang mendustakan agama.
adakah kita sanggup mendustakan agama?
adakah kita sanggup menipu Allah?
adakah kita sanggup membohongi Rasulullah?
sedangkan kita percaya bahawa kita akan berhadapan dengan Allah satu hari nanti.
sedangkan kita percaya bahawa kita perlukan syafaat Rasulullah di padang mahsyar nanti.
sampai bila kita mahu terus-terusan solat tetapi lalai?
sampai bila kita mahu terus-terusan solat tetapi masih ada sifat riak sombong & taqbur?
sampai bila kita mahu terus solayt sedangkan diri kita penuh dengan sifat kedekut serta bakhil?
sampai bila?
sama-sama kita fikirkan...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Semoga dijauhkan sifat mazmumah ini.
Salam hormat sifu,
Ini adalah peringatan..terima kasih.
btw, saya contact sifu di FB nanti ada perkara saya mahu bincangkan.
Selamat menyambut Maulidur Rasul
insyaallah kak wan..
ianya satu jihad..
:-)
salam iris..
alhamdulillah..
ok saya tunggu di fb..
salam maulid juga pada awak..
:-)
Post a Comment