Wednesday, February 17, 2010

Basic Nafs' Management @ Pengurusan Nafsu 101


salam semua....

mudah-mudahan kita semua berada dalam lindungan Allah dari segala kekafiran, kemunafikkan, keresahan, ketidaktentuan, rupa bencana, kejahatan, bisikkan syaitan dan belenggu kuncunya.

di dalam surah Al-Anam ayat ke 56, Allah s.w.t telah berfirman maksudnya;

56. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku dilarang menyembah mereka Yang kamu sembah Yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau Aku turut, Sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah Aku dari orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk".



----> dari ayat di atas, bolehlah kita fahami bahawa dengan mengikut hawa nafsu, seseorang itu boleh jatuh syirik yakni dengan menyembah yang lain dari Allah.
----> perlu diingat, apabila dikatakan dengan menyembah selain Allah, ianya merujuk kepada meng'agung'kan perkara-perkara lain melebihi Allah; sebagai contoh, harta benda, kekayaan, pangkat serta kuasa dan jawatan, anak, isteri, dewa-dewa, pawang-pawang, doktor, dsbnya.
----> maka akibat dari menyembah selain Allah, maka akan jatuhlah sesat seseorang itu dari jalan kebenaran, dan kesesatan ini boleh berlaku kepada siapa sahaja hatta beliau merupakan seorang islam serta solat tidak putus siang dan malam.
----> dan tatkala seseorang itu memilih untuk menyembah yang lain, selain Allah dek kerana menurut hawa nafsu, maka jatuh sesatlah beliau dan jauhlah dia dari hidayah dan petunjuk.
----> bolehlah kita lihat bagaimana kecenderungan menurut hawa nafsu akan membuatkan seseorang itu jauh dari jalan lurus, jadi sesat dan tidak mendapat petunjuk dari Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

apa yang kita fahami tentang nafsu?
saya bawa pengertian nafsu, hawa & syahwat menurut beberapa kamus;

Hawa nafsu terdiri dari dua perkataan: hawa (الهوى) dan nafsu (النفس).

Dalam bahasa Melayu 'nafsu' bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.
Jika ditambah dengan perkataan hawa (=hawa nafsu), biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.

Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan bersetubuh.

Ketiga-tiga perkataan ini (hawa, nafsu dan syahwat) berasal dari bahasa Arab:

Hawa (الهوى): sangat cinta; kehendak.


Nafsu (النفس): roh; nyawa; jiwa; tubuh; diri seseorang; kehendak; niat; selera; usaha.


Syahwat (الشهوة): keinginan untuk mendapatkan yang lazat; berahi.
--------------------------------------------------------------------------------

Nafsu

nafsu adalah sebahagian dari diri kita dan ianya adalah anugerah dari Allah s.w.t buat setiap hambanya.
dengan nafsu, manusia itu boleh jadi cemerlang dan dengan nafsu juga manusia itu boleh jadi hancur.

jika kita melihat maksud nafsu di atas, saya lebih suka merujuk nafsu ini kepada 'diri seseorang'. maknanya seseorang manusia itu terdiri dari beberapa 'diri', antaranya diri jasad, diri batin, diri nafsu dan diri nyawa.

nafsu adalah merupakan dorongan terhadap diri jasad & diri batin.
dorongan nafsu sentiasa menjurus kepada perbuatan yang berlebih-lebihan, malah nafsu juga berupaya mendorong agar manusia tidak melakukan sebarang tindakan.

maka kita boleh rumuskan bahawa nafsu bersifat mendorong.

Diri

diri jasad merujuk kepada 'sarung' tubuh badan yang berasal daripada tanah.
diri batin merujuk kepada 'roh' yang ada di dalam diri jasad; di mana roh ini akan ditarik keluar dari jasad tatkala saat kematian tiba.
diri nafsu merujuk kepada 'kuasa dorongan' yang ada di dalam diri seseorang itu yang menjadi alatan untuk menjadi cemerlang atau menjadi punca kepada kehancuran.
diri nyawa tidaklah dapat dibicarakan kerana ianya adalah di bawah urusan Allah s.w.t.

7 Potensi Diri pada Diri Jasad

di antara 4 diri di atas, kita tiada sebarang masalah untuk membicarakan tentang diri jasad walaupun kita seringkali lupa bahawa pada diri jasad, Allah telah menganugerahkan 7 keupayaan atau potensi diri untuk dimaksimakan kegunaannya pada setiap masa dan setiap ketika.

7 potensi diri ini dikawal oleh akal yang terletak di bahagian paling atas tubuh badan seseorang, sebagai pentadbir kepada diri jasad dan penghubung di antara diri jasad dan diri batiniah atau diri roh.

Akal

Akal adalah 'batin' otak. Otak tanpa akal ibarat jasad yang tiada roh.
Akal terjana oleh ilmu. Akal yang menerima ilmu akan memprosesnya dalam bentuk fikir.
Ilmu yang yang masuk ke kotak proses fikir akan menjadi 'masak' dan ia digelar pengetahuan.
Pengetahuan yang dihasilkan dari kotak proses fikir akan menjadi kefahaman setelah ianya melalui proses tindakan atau perbuatan di atas pengetahuan itu tadi.

Pengetahuan adalah titik terakhir sebelum perlaksanaan atau taqwa.
di peringkat inilah ilmu itu didorong oleh nafsu untuk digunakan sebagai ilmu baik atau ilmu jahat.

contoh; kita belajar cara-cara untuk membuka kunci. setelah memperoleh ilmu dan tahu selok belok ilmu tersebut, maka sampailah masanya untuk kita praktikkan; di sini kita ada pilihan, samada untuk mempraktikkan cara baik (membantu orang) atau cara tidak baik (merompak).

maka kita dapat lihat atau faham bahawa pada peringkat pertama seseorang itu dalam menguruskan nafsu diri, mereka memerlukan ilmu & akal.

akal yang sejak awal kita dilahirkan telah berfungsi untuk memproses segala ilmu-ilmu yang diterima oleh diri jasad.

Akal & Hati

dan pasangan akal adalah hati.... dan roh hati ialah iman.(tadi kita tahu bahawa akal ialah roh otak).

akal & iman berganding bahu dalam memastikan diri jasad dan roh dapat mengemudi kehidupan dengan cemerlang sejajar dengan firman Allah tentang hakikat kejadian manusia & jin iaitu tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk melakukan ibadah kepada Allah.

kecerdasan akal seiring dengan kesucian hati.
akal menjadi cerdas kerana sentiasa memproses ilmu dalam bentuk fikir.

hati menjadi suci kerana sentiasa dibersihkan melalui taubat dan zikrullah.

kombinasi kecerdasan akal dan kesucian hati akan memastikan seseorang itu dapat mengurus nafsu diri dengan baik dan cemerlang.

ini bermakna nafsu tidak akan dapat memperkotak-katikkan diri jasad kerena segala selok belok atau kelincahannya telah dapat dikesan oleh akal seseorang itu.

manakala hati yang bersih pula dapat mengesan pergerakan 'songsang' nafsu dari peringkat awal dalam bentuk detik atau sesaat tatkala ia mula mahu melakukan dorongan.

bersambung....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails