Monday, February 22, 2010

Kena Tegur; Terbukakah Kita?


salam semua...

dalam masa sehari, berapa kali kita menerima teguran? boleh kita kira? atau terlalu banyak teguran sehingga tak mampu nak kira...

bab tegur menegur ini memang satu perkara yang agak sensitif.
kerana?
kerana ada yang boleh menerima teguran dan ada yang tidak boleh menerima teguran.

ada orang yang bila ditegur, dia buat selamba ajer.
ada orang yang bila ditegur, dia melenting.
ada orang yang bila ditegur, dia akan menerima dengan baik serta memeriksa 'point-point' teguran yang diterima.
ada orang yang bile ditegur, akan bangkit dan memperbaiki diri serta berterima kasih atas teguran yang diterima.

teguran samalah seperti pesanan


selagi kita hidup, kita akan terus menerima teguran dari masa ke semasa.

pernahkah kita terfikir, cara bagaimana Allah mahu memberi peringatan, amaran, bimbingan serta nasihat atau motivasi kepada hamba-hambaNya?

sudah tentu yang pertama-tama ialah menerusi kitab suci Al-Quran yang kita baca serta mengerti maksud yang tesurat atau yang tersirat.
keduanya sudah tentu dari para utusan-utusan Allah yakni para Rasul.
ketiganya melalui para tabiat-tabien serta ulama-ulama besar yang muktabar.
dan seterusnya ialah melalui hamba-hambaNya yang lain yang diberi kekuatan dan kemudahan untuk membuka mulut dan menegur atas ilmu, iman & taqwa.

patutkah kita melenting apabila ditegur?

peratusan tinggi untuk melenting apabila ditegur memang lumrah;
ianya berlaku kerana diri kita yang masih dibelenggu dengan nafsi-nafsi yang penuh dengan perasaan marah, irihati, riak, sombong serta takbur.
apatahlagi teguran yang dibuat tidak berlandaskan fakta serta justifikasi yang boleh membuatkan diri kita menerimanya dengan baik.

jika kita rajin membuka sirah perjalanan Rasulullah, Baginda sendiri pernah ditegur oleh Allah tatkala Baginda tidak berapa melayani seorang buta dalam satu majlis.

Baginda Rasulullah sendiri adalah seorang insan yang paling banyak menerima teguran, jika kita merasakan kita sudah tidak larat untuk menerima teguran dalam hidup ini.

berbahagialah diri kita sekiranya kita masih menerima teguran.

bagaimana untuk memberikan teguran?

Allah berfirman dalam surah wal-asyr;

"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."

sekiranya kita seorang yang selalu membuka Al-Quran (baca & faham) maka insya Allah kita akan mengerti maksud setiap teguran yang kita terima.

sekiranya kita seorang yang selalu beriman & beramal soleh maka insya Allah kita akan terus berpesan & menegur saudara-saudara kita tentang kebenaran & kesabaran.

maka perlulah kita ingat dalam menegur hendaklah berdasarkan fakta yang berkisar di atas perjalanan kebenaran dan kesabaran.

ingat; seorang yang menyediakan dirinya untuk kembali dekat kepada Allah akan terus diuji dan diuji. Maka untuk memahami setiap ujian yang diterima, kita hendaklah mempunyai diri yang 'terbuka' untuk menerima teguran tidak kiralah teguran itu dengan cara sembrono atau baik.

jika teguran itu jenis sembrono; senyum ajerlah namun lihat yang tersirat yakni mengapa Allah izinkan orang ini membuka mulut dan menegur kita? bukankah kita tahu bahawa kita tiada daya upaya melainkan Allah? dan sekiranya orang itu tidak diberi keizinan oleh Allah untuk membuka mulut menegur walaupun cara sembrono, maka dia pun tak akan mampu.
Walaupun kita ditegur bab bau badan yang tengit! Apa ilmu yang boleh kita belajar jika kita ditegur kerana berbau tengit? kenalah kita sensitif dengan persekitaran, kenalah kita jaga pemakanan, kenalah kita jaga pemakaian dsbnya..

manakala jika teguran yang datang itu dari jenis yang berdasarkan ilmu, iman dan taqwa; maka kita perlulah segera mengambil serius atas teguran itu tadi serta memeriksa diri dengan kemas agar setiap teguran yang diterima dapat memberikan menafaat ke atas diri kita mahupun orang lain.

"membuka" diri untuk menerima teguran sebenarnya ialah sikap yang mulia dan merupakan sikap seorang yang berilmu; hatta teguran yang diterima dalam berbagai-bagai bentuk; sembrono, marah, tenang, tegang di khalayak, secara bersendiri dsbnya.

janganlah dirisaukan info yang tidak tepat dalam teguran sekiranya diri kita tahu perkara yang sebenarnya; memang sudah lumrah manusia berada di dalam keadaan rugi apatahlagi akhir zaman yang berada dalam fitnah yang nyata.

bukankah diri kita telah melakukan penyerahan mutlak ke hadzrat Allah?
bukanlah kita ini benar-benar melakukan ibadah di muka bumi sepertimana yang Allah kehendaki?
bukankah kita sudah menerappakai sifat-sifat cemerlang Rasulullah; siddiq, amanah, tobligh & fatonah di dalam diri dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian?

maka apa yang perlu kita takuti jika kita ditegur?

bukalah hati dalam menerima teguran kerana ada ilmu disebalik yang tersurat atas teguran tersebut.

insya Allah kita tergolong ke dalam golongan mereka-mereka yang benar & sabar.

wasalam

1 comment:

mak_ngoh_selamoh said...

nice info. sesunguhnya manusia tertutup dengan keegoan kerana itulah takut pada teguran :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails