Tuesday, January 17, 2012
Kawan Jadi Lawan... :-)
salam semua...
salah satu naluri yang Allah titipkan buat semua hambaNya ialah naluri ingin berteman serta ingin berpasangan.
kita fokus pada naluri berteman atau berkawan.
tidak semua persahabatan akan berakhir dengan baik...dan tidak semua persahabatan akan berakhir dengan buruk... itu lumrah.
hari ini kita punya ramai teman & rakan... esok lusa mungkin kita keseorangan.
sepanjang kehidupan saya, sejak saya mula mengenali rakan-rakan samada semasa di kampung, di sekolah rendah, menengah, kolej, serta tempat kerja hatta di kejiranan....berbagai-bagai jenis rakan atau teman yang mewarnai hidup saya.
ada yang terus berhubungan hingga kini... ada yang putus hubungan lantaran tamat sesi persekolahan atau pengajian... ada juga yang putus persahabatan lantaran berpisah tempat kerja atau berpindah rumah kediaman..
terus terang, saya hanya ada beberapa sahabat sahaja... dan yang paling akrab, saya hanya ada seorang sahaja yang benar-benar boleh digelar sahabat...saya mengenali beliau dari zaman bujang hinggalah beliau menjadi 'business partner' saya sekarang...
-----------------------------------------------------------
apapun, ramai juga teman yang saya 'bantu' semasa di tempat kerja satu ketika dahulu... bantuan yang dihulur atas dasar mahu melihat rakan-rakan juga beroleh yang terbaik sebagaimana saya perolehi...
namun hakikatnya, ianya sekadar ketika & saat itu sahaja...tidak lebih dari itu....mereka-mereka yang saya 'bantu' tiada lah yang berkekalan silaturahimnya...malah ada yang menjadi 'lawan' pula..
----------------------------------------------------------
inilah hakikat kehidupan di dunia...
tiada yang kekal abadi hatta satu ikatan persahabatan yang kita jangkakan akan terus berkekalan..
manusia punya hawa nafsu serta kehidupan masing-masing...
mereka punya agenda tersendiri... mereka membuat keputusan masing-masing...
maka janganah berharap pada manusia...
walaupun dahulunya saya juga berharap sekurang-kurangnya ucapan terima kasih diganti dengan persahabatn yang berpanjangan, namun saya akui harapan itu hanya tinggal harapan..
---------------------------------------------------------
lihat sekeliling... dan saksikan berapa ramai orang-orang terkenal yang dulunya adalah rakan baik, tetapi sudah menjadi lawan...
orang politik sudah tentu begitu...
kalau dulu sama parti, bila tukar parti semuanya jadi benci... semuanya salah belaka...
itulah kenyataan...
----------------------------------------------------------
apapun... berkawanlah seadanya, berkasih sayanglah seikhlasnya....
bertemu dan berpisahlah kerana Allah dan bukan selain daripadaNya...
hanya ikatan yang benar-benar ikhlas sahaja yang akan kekal...
bak sabda Rasulullah s.a.w "tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri..."
bolehkah ianya berlaku? sudah pasti boleh...dengan satu syarat... semuanya ikhlas kerana Allah Taala..
wasalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salams
Ayahanda sifu, Seri kembali menjejak setelah lama diam. Kembali mengutip ilmu di sini.
Terima kasih.
(mohon tak perlu publish komen sebelumnya.)
Post a Comment