Tuesday, January 03, 2012

Salam 2012 buat semua...

alhamdulillah, dengan izinNya kita bertemu dengan satu lagi garis masa antara 2011 & 2012.
banyak bezanya antara tahun masihi & tahun hijriah.

tahun hijriah adalah penanda hijrahnya Rasulullah s.a.w dalam beberapa objektif & misi.

tahun masihi adalah ciptaan orang Rom dan dikemaskini oleh paderi Rom menjadi 12 bulan dari asalnya 10 bulan.
------------------------------------------------------------------------

apapun, bersyukurlah sekiranya kita tahu maksud kedua-dua garis masa tersebut.
ianya ilmu yang baik untuk kita juga, agar kita menjadi seorang yang faham serta mendapat kefahaman dari setiap ilmu yang kita amalkan...

mungkin 2012 ini akan menjadi tahun yang lebih bermakna buat diri kita?
mungkin juga ia akan menjadi titik tolak kepada perubahan yang ketara buat diri kita?
semuanya berkemungkinan.... bagaimana cara ianya datang, kita wajib terima dengan redho... redho sebulatnya... :-)

-----------------------------------------------------------------------

lakukanlah perubahan diri dengan istiqomah atau consistent...
tetaplah di atas jalan yang lurus ini...
bersihkanlah hati-hati dalam diri...
jinakkanlah nafsu yang bergelora...

insyaallah..diri terpelihara..

salam 2012 buat semua, tidak kira di mana anda berada...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails