salam sejahtera...
kita sering berjanji untuk mengubah diri dari satu keadaan yang 'teruk' atau 'tidak baik' ke arah yang lebih baik.
kita sering rencanakan pelan-pelan perancangan yang canggih-canggih namun hanya mampu melaksanakan sebahagian kecil sahaja..
kita sering bersemangat untuk berubah namun hanya terus berada di tempat yang sama tanpa sebarang langkah diambil...
---------------------------------------------------------------
bukankah kita terus-terusan menipu diri sendiri? dengan kepelbagaian ikrar yang kita lafaz samada bersaksi atau sendirian?
adakah perubahan yang kita ambil itu benar-benar datang dari benak hati yang ikhlas lagi jujur atau ianya sekadar retorik kosong semata yang hanya mahu menyedapkan diri?
bukankah kita terus menipu?
---------------------------------------------------------------
perubahan yang mahu diambil mestilah bersebab.
perubahan yang mahu dilaksanakan mestilah berjadual.
perubahan yang mahu dilakukan mestilah dikawal selia.
perubahan yang dilakukan mestilah mendapat bimbingan dan tunjukajar.
---------------------------------------------------------------
tiada siapa yang mampu berubah tanpa dorongan atau asakan yang berterusan.
maka untuk berubah, carilah manusia-manusia yang boleh membantu menjayakannya.
materilah satu perjanjian yang akan melihat kita 'terpaksa' akur mengikut setiap pelan perancangan yang telah dipersetujui.
objektifnya, diri mesti berubah.
---------------------------------------------------------------
tiada usaha untuk berubah adalah suatu perkara yang malang bagi seseorang itu.
kerana... setiap perkara di dunia ini berubah kecuali mati.
hatta tubuh badan kita sendiri mengalami perubahan setiap hari...
jadi, perubahan yang sebenarnya ialah perubahan sikap yang akan membina tabiat.
maka beruntunglah mereka-mereka yang merubah sikap diri dari kejahatan kepada kebaikan...
----------------------------------------------------------------
berhentilah menipu diri sendiri, walau ianya satu yag dilihat 'tidak salah' namun ingatlah, tatkala kita 'rasa' kita bersendirian berikrar...sebenarnya Allah & Rasulullah menjadi saksi akan lafazan ikrar kita itu... :-)
selamat berubah!
1 comment:
Salams
Ayahanda sifu, Seri kembali meninggalkan jejak, mengutip ilmu yang ada. Terima kasih
Post a Comment