salam semua,
maaf kepada pembaca-pembaca blog saya kerana menanti agak lama untuk mengikuti penulisan saya di blog ini.
ada beberapa alasan yang membuatkan saya 'berehat' dari menulis di blog...antaranya kepesatan teknologi maklumat, kepantasan maklumat yang sampai kepada pembaca, tujahan fitnah diruang angkasa siber, sangat sempitnya ruang berkarya secara kritis, kekangan undang-undang yang celaru, kemunculan facebook & tweeter dan beberapa perkara yang bersangkutan dengan tuntutan kerja.
saya akui, saya memang kini aktif di laman mukabuku atau facebook.
di facebook saya mengendali beberapa page antaranya page saya sendiri, peledak godaan nafsu, tassawuf for dummies, merawat dan menyuci hati dan beberapa page berkenaan dengan syarikat, alumni sekolah dan beberapa lagi.
insyaallah saya akan cuba untuk kembali dan menulis semula di blog apatahlagi suasana di blog kini sudah banyak berubah dari sudut penambahbaikannya....dan ini juga menuntut sedikit masa untuk saya 'get in touch' semula.
apapun, saya berharap para pembaca semua terus meneruslah menimba ilmu dan terus memperbaiki diri serta menyuci hati agar hari-hari yang bakal berlalu akan lebih baik dari hari-hari yang telah berlalu.
wasalam.
1 comment:
salam kenal sobat :)
Nice blog :)
Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...
Post a Comment