Tuesday, May 22, 2012

Jadilah Ahli Ibadah Rejab...

salam semua...

Ahlan Wasahlan Ya Rejab...
Alhamdulillah..bulan yang penuh dengan keberkahan serta rahmat dari Allah telah tiba...
Syukur kerna kita masih diberi peluang untuk memeriahkannya dengan melipat gandakan amal ibadah kita serta memanjangkan pentaubatan kita.

Ramai yang menyambut Rejab namun tidak ramai yang menjadi ahli ibadah Rejab.
Menyambut tidaklah sama dengan beribadah di dalamnya.

Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...
Begitulah kita di bulan Rejab ini.... jika kita tidak melipat gandakan ibadah kita di bulan ini mana mungkin kita akan memperoleh rahmat Ilahi... seperti kata mat saleh 'if we do the same thing, we gonna get the same result'..

Segera lakukan muhasabah diri dan kenalpasti di mana kekurangan yang boleh kita perbaiki serta di mana kekuatan yang kita boleh lipat gandakan agar kita diterima Allah sebagai ahli ibadah rejabNya.

Bukankah pekerjaan itu satu ibadah juga?
Maka antara gerak kerja yang patut kita laksanakan ialah melipat gandakan kerja-kerja seharian kita agar hasil pekerjaan kita itu meningkat mutunya...

Apapun selamat menyambut Rejab buat semua muslimin muslimat dan selamat beribadah kepada semua mukminin mukminat....tidak kira di mana sahaja anda berada..!

wasalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails