Monday, October 09, 2006

Apa dan Kenapa mesti Reiki ?


salam buat semua....

mula-mula nak cerita apa itu Reiki?...
dalam posting yang lepas saya ada ceritakan perihal Reiki...

kali ni saya nak tambah beberapa perkara atau ulang sikit apa yang dah dinyatakan pada posting yang lepas pasal Reiki ini...

Reiki....??? Reiki adalah kaedah Rawatan Suplementari atau Alternatif...

Reiki terkenal di negara Barat terutamanya di Amerika & Eropah di mana keyakinan masyarakatnya kepada penyembuhan secara semulajadi semakin bercambah dan meningkat di benua sana...

Reiki adalah bahasa Jepun yang bermaksud atau membawa erti Tenaga Alam Semula Jadi..

Reiki semakin terkenal kerana tekniknya yang ringkas tetapi mempunyai kesan yang baik malah menakjubkan... sekadar contoh; Reiki telah digunakan untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti migrain, senggugut, stress, sakit dada, jantung, darah tinggi, kencing manis sehinggalah kepada kanser dan parkinson....

Kaedahnya yang ringkas iaitu berkonsepkan positif vibration atau energy akan menggantikan tempat negative energy pada sistem tubuh badan memanglah mengundang pelbagai persoalan namun, namun setelah para pesakit dan pengamal merasai sendiri kesan-kesan yang bersifat nyata maka Reiki bukanlah sesuatu yang boleh ditolak ketepi begitu sahaja...

Penumpuan kepada 7 poin penerimaan Tenaga pada tubuh badan iaitu di ubun-ubun, antara kening, tekak, dada, perut, kelamin dan dasar tubuh badan.... di mana apabila berlaku 'blockage' kepada mana-mana satu poin tersebut akan menghasilkan ketidak seimbangan kepada sistem tubuh badan seseorang itu....

Samalah contohnya mengapa kita mengambil wudhu'... air adalah pengalir tenaga yang baik dan bulu roma adalah 'antena' penerima tenaga tersebut.... dan ramai yang tidak menyedari bahawa setiap kali masuk waktu solat, ketika itulah perubahan tenaga alam semulajadi berlaku dan kita perlu menyegerakan solat di awal waktu untuk mendapat tenaga awal yang sudah entu mempunyai frekuensi yang tinggi....

begitulah serba sedikit perihal Reiki... dan

kenapa mesti Reiki?

Kerana Reiki terlalu mudah, ringkas dan sesuai untuk semua peringkat umur serta tidak mengira jantina....

Juga kerana Reiki hanya mengutamakan 'Kasih sayang tanpa syarat dalam setiap kaedahnya'... kata orang Ingeris 'Unconditional Love'.... dan dalam Agama Islam...'Tidak sempurna Iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri'....

Cuba fikirkan, bagaimana mungkin kita boleh membantu seseorang itu dengan baik jika kita tidak kasih dan sayang kepadanya? jika kita masih ada sifat-sifat mazmumah...?

Cuba fikirkan, bagaimana kita boleh menyalurkan tenaga Reiki dengan sempurna dan baik sekiranya kita masih penuh dengan sifat marah, riak, sombong, takbur, tamak , kedekut dsbnya....?

Begitulah Reiki......Walaupun ianya berasal dari Negeri Jepun namun 'nilai-nilai' Islam yang Universal ada di dalamnya... dan Reiki bukanlah fahaman agama atau sebagainya... ianya hanya kasih sayang...

Mengamalkannya terlalu mudah.....tanpa sebarang 'mantra' dan 'syarat-syarat yang memeningkan'... kecuali senaman pernafasan yang dapat meningkatkan tenaga dalaman diri, kesabaran, mengawal kemarahan, menaikkan seri muka, bersikap positif....

Ramai yang tidak percaya tetapi itulah kenyataannya apabila mereka mula merasakan wujudnya 'aliran tenaga di tapak tangan mereka'....setelah menghadiri Kursus Reiki dan secara otomatik menjadi Pengamal Reiki @ Reiki Practitioner untuk kegunaan sendiri atau membantu orang sekeliling....

Anda berminat?....Alhamdulillah...

Percayalah...ilmu Allah itu jika hendak ditulis, nescaya tidak cukup lautan jika hendak dijadikan dakwat....dan tidak cukup pokok kayu jika mahu dijadikan pena...

Ingatlah, kita diseru agar menuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina.... dan menuntut ilmu itu satu fardhu ke atas umat islam....

(teringat dokumentari Syahadah di TV1 setiap petang bulan Ramadahn ini.... betapa terdapat 21 juta rakyat Cina yang beragama Islam..... dan tersentuh jiwa apabila melihat makam sahabat Rasulullah yang menyahut sunnah Baginda dalam berdakwah, menuntut ilmu dan berjihad...., Saad Abi Waqqas...di negeri Cina....)

Jumpa lagi...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails