Thursday, October 05, 2006

Nak Berubah....Berubahlah Sekarang....



‘Mind Set Change’ atau ‘Mind Set Attunement’ atau ‘Paradigm Shift’ atau ‘Anjakan Paradigma’ atau ‘Perubahan Minda’ atau ‘Penyelarasan Minda’ adalah istilah-istilah yang sering diutarakan dari gerai kopi jantan bawah pokok di Jerlun, Kedah sehinggalah ke Coffee House di Danga Bay.

Siapa yang patut kena ‘Mind Set’ tunning tu?

Selalunya ‘pejuang-pejuang’ kedai kopi akan sibuk menceritakan peripasal para orang sekeliling yang perlu kepada ‘mind set change’ itu…. Dan para ‘pemabuk’ cappuccino coffee house akan berhujah betapa bangsanya pelukan ‘paradigm shift’ itu untuk berjaya…

Tidak kiralah siapa yang berbicara pasal mindset atau paradigm shift itu…yang penting kita tahu tak apa dia yang dimaksudkan oleh ‘Mind Set Change’ atau ‘Paradigm Shift’ itu?

Ianya berkisar dalam daerah ‘perubahan’ seseorang manusia itu dari tak baik kepada baik, dari baik kepada ok, dari ok kepada cemerlang, dari cemerlang kepada hebat dsbnya….

Untuk berubah atau melakukan sebarang perubahan, perkara asas selain daripada niat untuk berubah itu tadi, ialah melakukan perubahan minda… melakukan perubahan kepada cara berfikir, cara menganalisa sesuatu perkara, cara menyelesaikan sesuatu isu dsbnya….

Benar, asas kepada satu-satu perubahan ialah niat… niat yang baik, mulus serta paling penting ikhlas menjadi kekuatan utama untuk berubah. Niat tersebut akan memberi ‘signal’ kepada minda yang akan memikirkan ‘pelan-pelan perancangan’ serta menghantar isyarat kepada seluruh anggota akan tindakan-tindakan yang akan diambil.

Sebab itu dalam sesuatu perubahan yang berjaya, berlaku keseiringan antara niat, cara berfikir, lafaz dan perbuatan dan saya tambah satu lagi iaitu Doa…. Jadi formula perubahan atau mind set change atau paradigm shift ialah…

1) Niat yang ikhlas
2) Daya Fikiran yang hebat
3) Lafaz dan perbuatan yang benar
4) Doa yang tulus serta fokus

4 perkara tersebut ialah asas kepada perubahan dan ianya ada pada diri kita dan bukannya ada pada pihak ketiga, keempat, kelima dsbnya…. Maknanya diri kitalah sebenarnya yang berkuasa ke atas perubahan yang akan diambil… bukan terpaksa bergantung kepada orang lain….

Begitulah kira-kiranya….. macam ikan yang bertahun di lautan dalam, di pukat dan bawa ke darat, isinya masih tawar dan bukannya masin….terpaksalah kita letak sedikit garam untuk ‘ada rasa’….

Moralnya… kalau kita nak berubah, usahlah peduli dengan orang lain…. ‘we decide what we are going to be….’ Dan ingat….berubahlah untuk kebaikan diri…..dan jika itu berlaku, insya Allah orang sekitaran juga turut menumpang akan perubahan baik itu….

Dan selalunya, waktu bulan Ramadhanlah ramai yang melakukan perubahan… sebab?... sebab bulan ni ramai yang ‘insaf’ dan ‘jurus-jurus belaka’….tetiba datang pula keinsafan di dada…… begitulah hebatnya kekuasaan Allah Azza Wa Jalla…..

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails