Wednesday, October 24, 2007

Depresi : Kegagalan mengurus diri....



salam semua...

salah satu 'point' terakhir sebelum seseorang itu 'hilang kawalan' sepenuhnya ke atas diri atau menghidap penyakit 'jiwa' ialah depresi atau depression atau tekanan maksima....

seperti mana yang telah kita ketahui, semua manusia mengalami tekanan dalam kehidupan..
tekanan yang dialami itu samada berpunca dari faktor dalaman (diri sendiri) ataupun dari faktor luaran (keluarga, rakan atau musuh...

tekanan datang dalam 'regangan' yang berbeza-beza dan ianya tidak mengira masa dan ketika untuk muncul...

dalam manusia menghadapi tekanan, banyak metod atau kaedah yang boleh diaplikasikan untuk 'mengatasi' tekanan tersebut...

dan saya begitu optimis serta yakin bahawa setiap manusia boleh 'melepasi' tahap tekanan yang datang menimpa mereka berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud 'Tidak Aku uji seseorang itu selain dengan kesanggupan mereka sendiri'...

maksudnya untuk kefahaman kita ialah; Allah meletakkan ujian demi ujian kepada hambaNya adalah berdasarkan keupayaan hambaNya menyerap ujian itu serta mengatasinya dengan keupayaan yang sediada....

apa keupayaan kita yamg sediada?.... kita dianugerahkan oleh Allah 7 keupayaan istimewa...

keupayaan kita yang telah dianugerah sejak lahir lagi ialah; tenaga, kehendak, ilmu, hidup, penglihatan, pendengaran dan percakapan...

adakah kita telah menunaikan atau menggunakan semua keupayaan yang diberi itu dengan penggunaan maksima?.... amatlah rugi buat hamba-hambaNya sekiranya hanya menggunakan sebahagian sahaja atau tak guna lansung keupayaan yang dianugerahkan tersebut...

pengggunaan keupayaan itu juga berkait rapat dengan cara kita menguruskannya... bagaimana kita mengurus tenaga kita, bagaimana kita mengurus kehendak-kehendak kita, bagaimana kita mengurus ilmu kita, kehidupan kita-keluarga dsbnya, mata, telinga serta lidah kita?...

kegagalan dalam menguruskan anugerah tersebut akan menjurus kepada hilangnya punca dalam mencari jalan keluar bagi setiap ujian-ujian yang di hadapi lantas keadaan akan menjadi tertekan maka manusia itu akan menghadapi satu situasi yang digelar 'tekanan'....

apa yang menekan?
siapa yang menekan?
sebab apa tertekan?
siapa yang tertekan?

perlukah kita tertekan sedangkan kita acapkali melafazkan 'La haw lawala qu wa ta illa billa hil aliyul azeem'....Tiada daya upaya akan diri ini kecuali Allah yang Maha Besar...

manusia sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka tidak memahami konsep redho sejak dari awal...

manusia juga sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka merasakan bahawa hanya mereka sahaja yang berkuasa dalam mengendali kehidupan mereka...

manusia sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka tidak memahami konsep hamba & Tuhan...

manusia juga sering terjerumus ke lembah 'tekanan' apabila mereka merasakan bahawa mereka boleh menguasai sesuatu keadaan atau hatta manusia pada setiap masa...

dan banyak faktor lagi ataupun boleh saya ringkaskan sebagai manusia itu gagal mengenal diri, keupayaan, matlamat kehidupan, hubungan dengan Tuhan serta PesuruhNya...

kehidupan ini ialah berkenaan dengan mengurus atau pengurusan.... (life is about managing..)

sebagai hamba Allah.. setiap detik dan ketika dalam hidup kita ialah berkenaan dengan pengurusan.... bagaimana kita megurus diri kita, bagaimana kita mengendalikan setiap ibadah harian kita... dan bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu samada sebagai masalah atau ujian atau bala atau azab atau sebagainya...

ianya melibatkan 'pemahaman' akan kehidupan... dan pemahaman memerlukan ilmu... oleh sebab itu umat Islam dituntut untuk mencari ilmu... antaranya;

"..tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina..."
"..tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..."
"..menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap Umat Islam..."

begitu pentingnya ilmu dalam diri kita...

tanpa ilmu, kita bukan sahaja akan depresi... malah kita akan jadi hilang pertimbangan, hilang punca, hilang arah, hilang segalanya... dan tak tahu nak ke mana...

adilkah kita terhadap diri kita? apabila ini berlaku?... sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Ar-Rad.." Tidak Aku ubah nasih seseorang itu melainkan dia yang mengubahnya sendiri..."

sama-samalah kita mengambil langkah untuk berubah...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails