Thursday, October 25, 2007

Selamatkanlah diri & keluarga dari bencana rasuah...



salam semua....

tahukah kita bahawa salah satu gejala yang akan memusnahkan diri, masyarakat dan negara ibarat 'barah'ialah gejala rasuah.

kita selalu mendengar, melihat atau mengalami sendiri gejala rasuah dalam kehidupan seharian kita... namun ianya kadang-kala kita endahkan kerana 'mungkin' ianya tidak sebesar atau sepenting 'nyawa' atau keluarga kita...

amalan rasuah telah menyebabkan negara jiran Indonesia mundur sejak sekelian lama... mundur mereka ialah dari segi keseluruhan ekonomi negara namun, para pengamal rasuah sudah pasti hidup dalam keadaan senang lenang...

jika kita perhatikan sejak dari dahulu, apabila setiap kerajaan mendapat mandat baru dalam satu-satu pilihanraya... azam ketua negaranya ialah untuk memerangi rasuah...

negara kita juga tidak ketinggalan; slogan bersih, cekap & amanah ialah antara banyak slogan demi slogan yang menunjukkan betapa wujudnya 'perang' dalam melawan wabak rasuah ini...dan apabila berlaku peperangan maka ianya menunjukkan betapa merbahayanya perkara yang diperangi itu.....

rasuah boleh muncul dari secawan teh...
rasuah boleh terbit dari pemberian sesuatu...
rasuah boleh wujud dari kenaikan jawatan...
rasuah boleh timbul dalam kekuasaan...

para pemberi & penerima rasuah sama sahaja hukumannya.. jika di dunia mereka boleh dihukum penjara.... manakala di akhirat kelak, mereka akan ditempatkan di neraka jahannam.... na u zu billah...

hadiah atau pemberian berubah menjadi rasuah apabila wujudnya unsur ingin mendapatkan sesuatu dari penerima rasuah itu....

contoh; si A inginkan sesuatu dari si B dan untuk mendapatkannya, si A memberikan sesuatu pemberian kepada si B....

pemberian atau hadiah selepas sesuatu pekerjaan atau perkhidmatan bukanlah rasuah sekiranya tidak wujud sebarang 'perjanjian' sebelum di antara si A dan si B....

cth; si A ingin mendapatkan sesuatu dari si B, maka si A berjanji kepada si B, sekiranya beliau dapat, maka si B akan beroleh habuan.... maka di sini wujudlah unsur rasuah....

cth; si A ingin mendapatkan sesuatu dari si B, dan si A berjaya mendapatnya lalu berniat (tanpa diketahui oleh si B) untuk memberi hadiah kepada si B, maka ianya bukanlah rasuah....

mat saleh selalu kata..."you scrub my back, i scrub your back.."... "you give me what i wanted, i give you something..."

gejala rasuah ini dalam agama adalah haram... dan ianya perlu dihindari walau apa cara sekalipun...

si pemberi rasuah akan mendapat bahana...
si penerima rasuah juga akan mendapat celaka...

hidup tidak senang, tidak bahagia, rumahtangga berberantakkan, anak-anak tidak mendengar kata, anak-anak tidak berapa pandai dalam pelajaran dsbnya... (antara kesan-kesan pada diri dan keluarga..)

dan kesan kepada negara pula, wujud monopoli oleh kelompok-kelompok tertentu, jurang kemampuan penduduk menjadi semakin luas; si kaya terus kaya dan si miskin terus melarat... keseimbangan sosial wujud dan sukar dikawal dsbnya....

mari kita lihat semula betapa amalan rasuah ini perlu dihindari dari diri dan keluarga kita....

ianya sangat menjijikkan... dan telah kita saksikan negara-negara yang musnah akibat rasuah... antaranya negara filipina yang satu ketika dahulu di gelar Tiger of Asia kerana kehebatan ekonominya yang terus-terusan meningkat pada kadar minimum 9% setiap tahun... namun akhirnya segala terbongkar betapa amalan rasuah oleh Presiden Marcos dan kuncu-kuncunya telah memusnahkan negara tersebut dan mengakibatkan hidup rakyat negara tersebut melarat...

kita semua beragama... dan dalam agama wujud 'samiaq na wa atoq na'... iaitu 'kami dengar kami patuh akan suruhan Allah'....

maka apabila Allah mengatakan rasuah ini haram, adakah kita mampu mengubah hukuman itu? atau kita mencari istilah lain selain rasuah untuk menghalalkannya?...

tepuk dada tanya selera... kerana kita semua akan bertemu di akhirat kelak dalam keadaan 'berbogel' dan tatkala itu mulut kita terkunci dan para anggota akan menjadi saksi akan perbuatan kita...

sanggupkah kita menyuapkan anak-anak kita dengan makanan yang kita beli hasil dari rasuah? beranikah kita berjalan-jalan dengan kereta hasil dari wang rasuah? mampukah kita duduki rumah besar hasil duit rasuah?...

kita ada jawapan masing-masing

sama-samalah kita memerangi rasuah...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails