Tuesday, February 19, 2008

Muslim suam-suam kuku....

salam sejahtera buat semua....

setiap agama menuntut penganutnya agar benar-benar yakin dalam ertikata beriman kepada setiap suruhan dan arahan Tuhan.

agama Islam adalah salah satu agama yang dianuti oleh lebih satu per tiga penduduk dunia..

agama Islam adalah satu agama yang mengEsakan Tuhan, Allah, menyakini para Malaikat, menyakini para Nabi & Rasul, menyakini kitab-kitab, menyakini hari akhirat dan menyakini qada' & qadar.

seseorang islam itu seharusnya beriman terdahulu sebelum menjadi seorang muslim... makna kata, seseorang itu telah benar-benar yakin akan apa yang ingin dipeganginya kemudian barulah menerima agama itu untuk menjadi panduan hidupnya...

setelah menyakini atau percaya barulah timbul rukun 5 yang perlu ke atas diri seseorang itu iaitu memperakui Tuhan serta Rasul, bersolat, berpuasa, berzakat dan berhaji barang sekali dalam hidup...

rata-rata pegangan agama seorang yang digelar muslim itu masih boleh diragui, terutamanya dari segi keyakinan atau keimanan... tahap keyakinan dan keimanan itu kadangkala boleh dilihat dengan jelas dan kadangkala tersembunyi di balik lakonan masing-masing...

banyak diperkatakan tentang betapa 'syukur'nya apabila seseorang itu 'lahir' dalam islam, maknanya ibubapa mereka sudah islam dan anak-anak pun otomatik menjadi islam...

terdapat perbezaan yang amat ketara di antara mereka yang otomatik islam dan juga yang 'revert' atau memeluk agama islam yang sebelumnya menyakini selain dari islam...

perbezaan yang paling ketara ialah 'kesungguhan' dalam perlaksanaan sebagai seorang muslim...

pokok asas seorang muslim ialah keyakinan atau keimanan...
berimannya seorang muslim itu adalah atas dasar yakin dan percaya kepada Tuhan yang Esa..
namun yakin dan kepercayaan kepada Tuhan yang Esa itu mudah goyah lantaran kurang atau tiada kefahaman tentang apa yang diyakininya...

bagi yang otomatik islam, krisis keyakinan ini amatlah mengharukan...
maka timbullah label islam suam-suam kuku....
dan lebih parah lagi, sudahlah tidak faham... tidak mahu pula mencari kefahaman dalam ertikata mengukuhkan keyakinan dan pemahaman terhadap apa yang dianutinya...

maka kesudahannya, berlakukan gejala murtad... yang pada mulanya murtad kecilan dan seterusnya membawa kepada murtad nyata...

persoalan... mengapa umat islam otomatik ini 'malas' untuk memperbaiki keyakinan terhadap Tuhan yang Esa?

persoalan...mengapa individu yang baru memeluk islam dengan kerelaan, amat yakin dan melaksanakan tugas sebagi muslim dengan baik dan bersungguh?

memang terdapat juga para individu yang memeluk agama islam atas dasar 'terpaksa' kerana ingin mengahwini gadis atau orang islam...(ini kita bincang kemudian)...

apa masalah yang dihadapi oleh orang islam otomatik ini?

tidakkah mereka setiap hari mendirikan solat dan mengangkat ikrar diri bahawa solat, ibadah, hidup dan mati mereka hanya untuk Tuhan sekelian Alam?

mampukah manusia muslim ini melanggar 'ikrar' iftitah itu tadi dengan melakukan gerakkerja yang bertentangan dengan lafazan tersebut?...

adakah mereka ini faham atau sekadar ikut-mengikuti?

adakah cukup sekadar tahu tanpa memahami sesuatu itu boleh menjanjikan imbuhan janji Allah?

banyak persoalan yang boleh dikupas akan jawapannya agar istilah suam-suam kuku itu tidak lagi menjadi 'trade mark' yang dari segi jangkapanjangnya memang merugikan para muslim itu sendiri...

perkara-perkara atau persoalan yang timbul ini boleh disenaraikan dalam pada diri melakukan 'muhasabah' untuk menjadi manusia yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam...

sama-sama kita fikirkan....

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails