Monday, February 18, 2008

Syabas Warga PKD Klang.... Anda semua hebat!



salam semua...

hujung minggu lepas saya berpeluang untuk melunaskan satu program latihan 'tenaga tinggi' bersama warga-warga Pejabat Kesihatan Daerah Klang di Hotel Prescott, Klang.

bersama-sama warga pkd yang hebat-hebat belaka ini di waktu hujung minggu memang suatu perkara yang 'ganjil' kerana ianya 'bertentangan dengan 'norma' kebiasaan wargakerja yang selalunya 'berehat' bersama keluarga...

namun atas kekuatan yang ada pada diri masing-masing dalam proses menimba ilmu dan memperbaiki diri masing-masing, semua peserta mengikuti program ini dengan penuh jayanya...

doa saya anda semua terus dapat mempraktikkan segala ilmu yang dikongsi untuk kecemerlangan diri, keluarga, kerjaya dan organisasi...

untuk foto-foto semasa program, boleh masuk ke 'link' "Foto & Kisah" di sebelah kanan sana...

wasalam

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sifu...
Saya Lela salah seorang peserta yang mengikuti program sifu di Klang...saya berharap program seperti ini dapat diteruskan kepaada semua lapisan masyarakat kerana banyak faedah yang diperolehi. Bukan untuk diri sendiri tetapi berguna kepada sesi keluarga....TAHNIAH ....

Sifu Mirza said...

salam kembali lela...

syukran jazilan atas semangat yang diberi...

mudah-mudahan doa awak & semua sahabat akan memberi saya kekuatan untuk terus 'berjuang' memberi kefahaman kepada seramai mungkin...

doa saya awak, keluarga & rakan akan terus hebat...

wasalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails