salam semua....
sejadari kecil lagi... kita sudah menyimpan angan-angan atau cita-cita untuk jadi manusia hebat...
sebenarnya ianya bukanlah angan-angan... ianya adalah hasrat hati yang kuat datang dari dalam diri yang suci dan murni...
namun perjalanan hidup kita kengkadang memungkinkan cita-cita tidak tercapai...
mungkin dek kerana 'kurangnya' dorongan dari orang sekeliling (ibubapa, sanak saudara, rakan taulan dsbnya..)
mungkin dek kerana 'kurangnya kemampuan' dari segi ekonomi dsbnya...
namun cita-cita kita sejak dulu itu tidak pernah terpadam dari memori minda kita hinggalah ke saat kematian nanti... ianya telah terpahat dan energynya semakin berkurangan dari masa ke semasa...
bagi yang berjaya mencapai cita-cita yang telah dipahatkan...alhamdulillah...syukur...
bagi yang 'terkoner' dan tak tercapai... juga alhamdulillah...sememangnya telah tertulis dan termaktub di Loh Mahfuz lagi... dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita...
tiada satu manusia pun di dunia ini yang lahir tidak sempurna.... semuanya dilahirkan sempurna walau pada pandangan mata kasar kita secara fizikalnya ada yang 'istimewa'...
semua manusia yang wujud di dunia ini adalah sebaik-baik dan sesempurna makhluk ciptaan Allah...
pernahkah kita bersyukur?... atau ucapan syukur itu hanyalah sekadar lafazan di mulut sahaja sedangkan hati begitu amat tidak berpuashati dengan apa yang sering kita gelar 'kekurangan diri'?...
sedarlah... kita semua hebat... ciptaan yang hebat dan dilahirkan untuk jadi hebat... dan ianya adalah manifestasi Maha Hebatnya Pencipta kita, Allah Azza Wa Jalla...
jika kita lihat ke langit dan dapat menyaksikan bulan, matahari, bintang, awan dsbnya... semuanya bergantungan dan bergerak atas landasan masing-masing, terus menyempurnakan 'tugasan' masing-masing yang telah diberi Allah tanpa berdolak dalik..sehingga hari pembalasan...
pernah Allah bertanya pada semua makhluk, siapakah yang sanggup untuk memikul tugas serta amanah menjadi Khalifah di muka bumi.... di tanya pada pokok, gunung ganang, bukit bukau, haiwan dsbnya.... semuanya tidak sanggup, melainkan Manusia...
makhluk yang bernama manusia ini sanggup memikul amanah untuk menjadi Khalifah... sedangkan yang lainnya tidak mampu...
sangat hebat manusia kan?.... sudah tentu... Alhandulillah..Syukur ke Hazrat Allah kerana menjadikan kita manusia dan diberi tugas serta amanah untuk dilunaskan berdasarkan perlembagaan yang telah ditetapkan di dalam kitab-kitab...
maka berbahagialah manusia yang 'datang', 'hidup' serta 'kembali' kepada Allah dengan jiwa yang tenang lagi yakin...
------------------------------------------------------------------------
untuk jadi hebat... kita perlukan model untuk dijadikan sebagai contoh dari segenap segi... ianya adalah dalam kontek diri yang menyeluruh...
siapa model ikutan kita?...
dan tidak dapat dinafikan, ramai antara kita yang 'kecewa' kerana tersilap pilih model sebagai ikutan....
tidak kurang yang memilih penyanyi sebagai role model...
tidak kurang yang memilih pemimpin sebagai role model...
ada juga yang memilih ibubapa dan keluarga sebagai role model...
ya kita bebas memilih siapa role model kita...
hendaknya role model itu mestilah dapat menjadi contoh terbaik dalam arah kita menuju kecemerlangan diri dan menjadi insan hebat...
-----------------------------------------------------------------------
sedar atau tidak, Muhammad Rasulullah di'turunkan' atau diutus kepada sekelian alam untuk memberi rahmat.... dan pada diri Baginda, ada suri teladan yang mulia....
Rasulullah bukan hanya diutus oleh Allah untuk orang Islam sahaja...
Baginda diutus oleh Allah kepada sekelian alam... untuk memberi rahmat dan menjadi contoh...
Baginda dihormati dan disegani oleh rakan dan musuh...
Baginda membawa sifat kasih dan sayang 'tanpa batasan' = unconditional love kepada seluruh alam...
dan sewaktu Baginda dilahirkan, peristiwa besar telah berlaku.... padamnya obor kerajaan Rom yang telah ratusan tahun menyala di istana Raja Rom ketika itu...
sangat hebat... sangat hebat...
pernahkah kita terfikir untuk menjadikan Baginda sebagai Role Model?...
jika pernah, Alhamdulillah....
dan soalan seterusnya... setelah kita tekad memilih Baginda sebagai Role Model, what is next?...
yes, the next move is to 'susuri' kembali perjalanan hidup Baginda...
dengan cara paling mudah.. iaitu mengeluarkan sedikit belanja dengan membeli sirah Baginda... (jika anda tanya saya sirah terbitan mana yang saya syorkan; Terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu, Penyusun - Tarikuddin bin Haji Hassan; Jodol - Sejarah Rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad S.A.W)
'susuri'.... dan anda akan dapat merasai 'kehadiran' Baginda tatkala anda membuka helaian demi helaian sirah tersebut...
'susuri' dengan minda terbuka... insya Allah... akan bertemu apa yang dicari selama ini..
wasalam