salam buat semua...
sewaktu Salahudin Al Ayubi menerima penyerahan kota Jurusalem dari Bailan (wakil tentera bersekutu eropah), Bailan pada mulanya agak sangsi dengan proses penyerahan tersebut...
Bailan menyatakan semasa pihak Kristian menakluk kota tersebut, ramai tentera Kristian telah membunuh umat Islam yang ada... dan apa jaminan yang Salahudin boleh berikan?...
Salahudin hanya menyatakan, "i'm not of those people..... i'm Salahudin, Salahudin...
dan mendengar jawapan atau jaminan tersebut... Bailan mengungkapkan..."with that, now i surrender Jurusalem to you..."
kisah menarik tersebut boleh diikuti dari filem "Kingdom Of Heaven"....
satu kisah benar yang berlaku dan difilemkan serta mendapat sedikit bantahan kerana katanya kandungannya 'berat' kepada Islam...
Salahudin adalah merupakan seorang pemuda biasa, berasal dari Iraq... namun semangat ingin melihat Islam kembali dihormati dan benar-benar diterima oleh semua...beliau melakar perjalanan hidupnya yang sangat hebat... dan kehebatannya diakui oleh rakan dan lawan...
antara kisah kehebatannya ialah, beliau menerima cadangan dari King Richard untuk berundur dari berperang dan pulang ke Damascus dengan jaminan King Richard akan mengambil tindakan untuk memberi hukuman setimpal kepada tenteranya yang bertindak di luar kawalan dengan memerangi kumpulan atau kabilah yang dalam perjalanan menunaikan haji...
di saat perbincangan tersebut, Salahudin melihat keadaan kesihatan King Richard yang agak parah..(King Richard diserang oleh penyakit kusta..) lalu berjanji akan menghantar tabibnya yang terbaik untuk merawat King Richard...
itu sebahagian kisah hebat Salahudin Al Ayubi...yang pada akhir hayatnya hanya meninggalkan wang sebanyak 4 dinar 20 dirham.... tidak cukup untuk membeli kain kapannya.. sedangkan beliau adalah Sultan yang memerintah dan panglima perang yang turun ke medan perang...
-----------------------------------------------------------------
adakah semangat Salahudin pada diri kita?...
adakah kita berjuang untuk Allah?...
adakah kita resah & gelisah kerana tiada harta untuk ditinggalkan?...
-----------------------------------------------------------------
kisah Salahudin membangkitkan semangat untuk 'berjihad'.... namun jihad paling utama atas pesan Rasulullah ialah jihad melawan hawa nafsu....
untuk 'menang' dalam peperangan melawan hawa nafsu... kita perlu mengenali siapa diri kita, siapa nafsu itu... kerana menurut Sun Szu, seorang pahlawan hebat dari China... untuk menang perang, kita perlu kenal siapa musuh kita dan paling penting..kita kenal siap kita..
kenal bermaksud.. tahu luar dan dalam... kekuatan dan kelemahan.... tahu peluang dan tahu ancaman...
bagaimana untuk kita tahu?... sudah tentu dari melakukan 'checklist' atau muhasabah diri....
dan dalam melakukan checklist ini, ilmu sangatlah penting... ilmu dalam mengetahui tahapan diri, tahapan nafsu dsbnya...
Islam tidak pernah mengajar ilmu meletupkan diri dalam melakukan jihad...
Islam tidak pernah mengajar mengumpul sebanyak harta dalam berjihad...
Islam tidak pernah mengajar mementingkan bangsa dalam berjihad...
Islam mengajar agar kita meletakkan Tuhan Robbul Jalel dalam setiap kehidupan kita...
cerita tentang kebangkitan Islam ini telah banyak kita dengar... sejak dari zaman Rasulullah pun kita telah dengar....
adakah bangkitnya Islam itu kerana bangsa?... atau bangkitnya Islam itu kerana keimanan dan kefahaman tentangnya?...
mempertahankan diri dari musuh adalah salah satu dari tuntutan dalam Islam.. bukan menyerang musuh...
sifat berwaspada sangat penting dalam kehidupan dan bukannya sifat was-was...
Jika kita bercakap tentang kebangkitan Islam... ianya bermula dari diri sendiri...
ianya bermula dari 'penyerahan total diri' = solat, kemudian diikuti dengan pelunasan tugas & tanggungjawab (pada Tuhan, Rasul, Diri) = wanusuki, kemudian kehidupan secara keseluruhan (berkeluarga, bermasyarakat, berorganisasi, berpolitik dsbnya) = hayat, dan seterusnya saat kematian (keredhoan) = mati...
bangkitkan Islam dalam diri dahulu barulah bercakap tentang kebangkitan Islam secara total...
tanya satu soalan pada diri.... adakah aku seorang Islam yang boleh menjadi contoh kepada Islam dan bukan Islam?....
adakah kebangkitan Islam pada diri sudah bermula... atau diri terus tewas dengan bisikan nafsu yang sentiasa berat kepada dunia dan keseronokan diri?...
kita sendiri ada jawapannya...
wasalam
No comments:
Post a Comment