salam semua....
satu lagi gerakan memperkotak-katikkan Islam melalui penerbitan filem berjudul 'Fitna' oleh seorang ahli politik Belanda...
filem ini mendapat reaksi yang 'hangat' dari seluruh dunia...dan ianya menimbulkan kemarahan umat Islam rata-ratanya...
filem ini dimulakan dengan karikator 'Rasulullah' (yang pernah ditentang satu ketika dahulu..)
organisasi antarabangsa yang menghimpunkan negara-negara Islam - OIC (ketika ini dipengerusikan oleh Malaysia dengan Abdullah Ahmad Badawi sebagai wakil) masih lagi longlai dalam memberi mesej 'berkesan' kepada dunia bahawa sebarang usaha memperkotak-katikkan Islam adalah merupakan satu tindakan yang 'tidak bertamadun' dan boleh mengundang ketegangan antara agama.
berita radio pagi tadi hanya menyebutkan; sebarang usaha untuk memboikot barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh Belanda adalah atas usaha sendiri dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak...
beginilah Islam....
umatnya seperti buih-buih di lautan...
iman setipis kulit bawang....
masih nafsi-nafsi...
masih sibuk membesarkan 'tembolok'....
tidak cukup dengan kesengsaraan palestine...
tidak cukup dengan kehancuran Iraq...
tidak cukup dengan 'dicucuk hidung' negara-negara arab oleh yahudi...
dan ini terus membuktikan bahawa Islam dalam konteks perpaduan masih lagi lemah kerana setiap umatnya masih kekal dengan sifat-sifat mazmumah (hasad, dengki, tamak, haloba, rasuah, adu domba, riak, sombong, taqbur, gila pangkat, gila kuasa, gila harta.....)
dan paling sedih....umat islam itu sendiri bersifat munafiq... hanya lafazan dimulut sahaja yang 'naik saksi Tiada Tuhan selain Allah.... serta berani mengungkap 'solat, ibadah, hidup & mati kerana Allah... sedangkan pada hakikatnya masih bersekongkol dengan nafsu serta syaitan dalam memastikan hajat di hati tercapai....
insya Allah, muncul satu hari di mana ketika itu terserlahlah bukti bahawa Allah Maha Berkuasa dan tidak berkehendakkan kepada sesiapa untuk menegakkan AgamaNya...hatta hambaNya itu seorang pemimpin berharta timbunan dan dipuja-puja....
wama karu wama karullah...
wallah hu khairun makirin...
wasalam
No comments:
Post a Comment