Wednesday, March 19, 2008
"Rough Tough Malaysian".....
salam semua...
perasan tak apa yang tertulis di kemeja 'T' pemuda di atas?...
rasanya memang akan terus perasan bila melihat foto tersebut...
sudah tentu pemuda itu telah membuat pilihan untuk mengeluarkan sedikit wang bagi mendapatkan kemeja 'T' tersebut dan sudah pasti beliau faham apa yang tertulis...lebih-lebih lagi tulisan itu begitu menonjol dengan latar belakang berwarna hitam...
pemuda tersebut ialah salah seorang dari lebih 26 juta rakyat Malaysia yang menjalani kehidupan sebagai seorang warganegara Malaysia yang bebas dan mempunyai hak ke atas negara ini...
Malaysia adalah sebah negara yang sangat unik...
unik dari segi kedudukannya di lokasi atau zon cuaca yang stabil iaitu Khatulistiwa...
Malaysia juga selamat 'setakat ini' dari sebarang bencana yang 'besar-besar' seperti gempa bumi, ribut taufan atau salji dsbnya...
Malaysia juga bertuah kerana memiliki beberapa hasil bumi yang penting seperti minyak, kelapa sawit, getah serta sedikit timah...
sebagai rakyat Malaysia tidak kira apa keturunan serta bangsa juga agama, sudah pasti berbangga kerana hidup dengan aman serta makmur di bumi bertuah ini...
namun setelah 50 tahun Malaysia merdeka... kini secara jelasnya apa yang dikecapi nyata tidak mencukupi untuk memastikan Malaysia terus maju, dinamik dan progresif serta kompeten di kalangan negara-negara yang 'sezaman' dengan kita...
Rakyat Malaysia telah lama memerhatikan perjalanan negara ini dari mula 'menyarap', 'merangkak', 'bertatih', 'jalan jatuh' dan 'terus berlari'....
tranformasi negara Malaysia dari sebuah negara pengeluar bahan-bahan mentah utama dunia ke arah negara industri telah memperlihatkan kita merampas 'title' Harimau Ekonomi Asia dari Filipina dengan peningkatan ekonomi sebanyak lebih 9% setahun...
Kestabilan ekonomi negara adalah hasil dari pengorbanan setiap rakyat dan kejujuran pemimpin untuk turut sama mengembeling tenaga demi melihat negara tercinta terus maju dan makmur...
50 tahun yang lalu, jika seorang bayi itu lahir...kini umurnya telah menjangkau 50 tahun... bayi ini ketika berumur 12 tahun belum mengerti apa yang berlaku pada tahun 1969 kerana beliau baru darjah enam....
apa yang berlaku pada tahun 1969 banyak memberi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia dan ianya telah memberi satu 'jump start' kepada wujudnya perpaduan, keharmonian, saling faham memahami dan lebih penting ianya menceritakan tentang konsep kemanusiaan sejagat yang telah lama ditunjuk oleh Baginda Rasulullah kepada seluruh alam...
'Unconditional Love' adalah kunci kepada segala penyelesaian masalah yang kita hadapi, tidak kira sekecil mana masalah itu, tidak kira sebasar mana masalah itu...
Tanpa cinta, kehidupan akan porak peranda.. tanpa cinta negara akan huru-hara, tanpa cinta kita akan merana, tanpa cinta zuriat akan terhenti, tanpa cinta oksigen akan dicatu, tanpa cinta tiada keamanan di dunia...
ianya melibatkan cinta... dan cinta sudah pasti datang dari hati yang tulus mulus serta ikhlas....cinta merentasi warna kulit, cinta merentasi bangsa dan agama... kerana cinta itu adalah segalanya...
namun kecintaan rakyat kepada negara semakin pudar sejak 10 tahun yang lalu...
rakyat dihidangkan oleh cinta-cinta palsu...
rakyat dikhianati cintanya...
rakyat dicurangi cintanya...
maka kesan gurisan luka cinta lara yang sepatutnya sembuh rupanya diguris lagi oleh siri-siri cinta palsu yang bertopengkan nafsu....
ini telah membuatkan kesan gurisan kembali berdarah....
dan darah tersebut menitis pada Pilihanraya Umum ke 12...
apabila amanah rakyat dikhianati...
apabila amanah rakyat dimungkiri...
apabila amanah rakyat diperkotak-katikkan...
maka rakyat mula muak, jemu, jengkel dan bosan dengan janji-janji lama... janji-janji bercampur 'gertakan' yang hanya boleh digunapakai pada zaman jepun dahulu dijadikan bahan untuk memomokkan rakyat...
Malaysia tidak harus ketinggalan zaman...
Malaysia perlu terus dinamik dan progresif untuk memastikan segala kehendak rakyat dipenuhi paling kurang 85%....walau mustahil untuk memuaskan hati setiap warga...
Malaysia perlu cepat dan cekap mengadaptasi perjalanan cara hidup global yang sangat mencabar...
maka sudah pasti, kepimpinan negara perlu cekap, cerdas, proaktif, kompeten dan mesra rakyat...dalam memastikan segala objektif, wawasan serta aspirasi tercapai..
pemimpin perlu akur bahawa pemikiran rakyat Malaysia bukan lagi seperti zaman 60an..
pemimpin perlu akur bahawa yang sedang berkorban untuk negara dan mahu melihat negara ini maju adalah golongan 'pengisi kemerdekaan' yang begitu 'straight to the point', 'proaktif' dan real dalam setiap tingkah laku serta pemikiran...
tiada lagi 'melodrama' yang perlu dimainkan....
rakyat kini begitu 'real' dan perkara 'mimpi-mimpi' ini bukanlah agenda kepada mereka..
rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama kini akur bahawa persaingan yang sihat perlu ada dan segalanya adalah berkitar di bawah 3 paksi iaitu; attitude, skill dan knowledge... ada attitude yang bagus, ada kemahiran yang baik dan ada pengetahuan yang mantap adalah 'tiket' untuk terus berjaya dengan cemerlang...
Malaysia tidak 'fragile' tetapi masyarakatnya telah lebih 'real'...
dan saya pasti rakyat Malaysia bersedia untuk memilih sesiapa sahaja yang benar-benar layak untuk memimpin negara ke arah kecemerlangan....
masa untuk berangan-angan telah berakhir...
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment