Tuesday, March 18, 2008

Islam yang telah di'momok'kan...



salam buat semua...

dewasa ini, kita boleh perhatikan betapa umat Islam itu diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak yang mempunyai muslihat tersendiri atau pihak-pihak yang sememangnya tidak faham tentang Islam sebenar-benar faham...

pihak pertama, yakni yang mempunyai muslihat terhadap Islam akan secara terus terang memusuhi Islam secara 'bias' dan tidak akan membuka peluang untuk menerima hujah atau penerangan dari puak Islam hatta ianya melibatkan perkara asas atau universal yang boleh diterima umum...

pihak kedua pula adalah pihak yang 'keliru' kerana telah dikelirukan oleh pihak-pihak yang ada antaranya sememangnya dari orang Islam sendiri...

saya sendiri melihat betapa 'kehancuran' itu sedang berlaku samada dari luar Islam itu sendiri atau dari dalamnya...
sana-sini tekanan terhadap orang Islam sangat perit sekali... samada ianya datang dari luar atau dari dalam...

Islam yang dibawa oleh Rasulullah serta Nabi-Nabi & Rasul terdahulu sangatlah mudah dan ianya berpaksikan kepada perkara pokok iaitu 'iman'...
apa itu 'iman'?...

secara mudahnya ialah mempercayai sepenuhnya kepada sesuatu... dan ianya menjadi pegangan yang mutlak tanpa berbelah bagi...

rosaknya 'iman' itu tadi boleh dilihat apabila berlaku 'was-was' atau keraguan ke atas apa yang kita pegang...

rukun iman ada 6 perkara; pertama beriman kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam... kita naik saksi bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak disembah melainkan Allah.. sembah ini dimanifestasikan dalam aktiviti solat (secara fizikal) dan tunduk serta patuh dari segi spiritualnya... setiap masa, setiap saat, setiap ketika tanpa leka...

kelekaan kita akan menyebabkan 'iman' kita terusik dan boleh diragui...

meng'imani' sebenar-benar iman ialah 'menurut apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang'... zahir serta batin...

di sinilah datangnya 3 perkara yang perlu seiring.. iaitu niat, lafaz serta perbuatan... tanpa keseiringan 3 perkara ini maka kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang munafik atau cakap tak serupa bikin...

malah ianya boleh memerangkap kita sehingga jatuh ke dalam golongan yang 'syirik' iaitu menduakan Allah S.W.T.... na u zubillahi min zalik...

berbalik kepada soal asas...

mengapa wujud dikalangan umat Islam itu sendiri yang 'menakut-nakutkan' orang bukan Islam tentang Islam itu sendiri?

jawapannya sangat mudah... ianya lebih kepada kegagalan seseorang Islam itu mengawal nafsunya...
lebih malang lagi apabila seseorang itu gagal untuk mencontohi sifat serta sikap Rasulullah dalam kehidupan seharian... gagal memahami sejarah perjuangan Rasulullah serta perjalanan hidup Baginda s.a.w...

umat-umat Islam ini lebih kepada berkiblatkan dunia dan sanggup mengenepikan akhirat sedangkan dunia ini adalah 'bekalan' untuk hari akhirat...

mempermudah-mudahkan Islam samalah seperti 'mempermain-mainkan' agama Allah..dan apabila kita mempermain-mainkan sesuatu milik Allah maka kita termasuk kedalam golongan yang mempermain-mainkan Allah....masya Allah...

mengapa umat Islam ini tergamak mempermain-mainkan Agama Allah?.... jawapannya ada pada diri mereka sendiri...
dan kita amat memahami bahawa, jika Allah pun 'dipermain-mainkan' maka tidak mustahillah juga mereka-mereka ini bertindak untuk 'memomok-momok'kan bukan Islam tentang Islam....

ibarat kata pujangga... sudahlah jahil, sesat pula...lebih teruk menyesatkan pula orang lain...

apabila kita tidak mengetahui sesuatu perkara itu (termasuk perkara tentang Islam atau Agama) maka seeloknya kita berdiam dari berkata-kata...kerana, jika kita cuba untuk berkata-kata tentang sesuatu itu yang kita tidak arif maka kebarangkalian kita untuk menyesatkan orang lain sangatlah besar...

sebaiknya kita mendalami perkara-perkara yang kita belum ketahui itu dan fahamilah dengan sebaiknya sebelum memanjangkan kepada orang lain...

ibarat kata pujangga, biarlah kita kenal sebatang 'Alif' dan kita menafaatkan ilmu itu dari baru mengenal Alif tapi hendak menerangkan tentang Ba, Ta dsbnya...

jangan kita memomok-momokkan bukan Islam kerana ianya akan melahirkan ketakutan malah kebencian yang tiada hujung pangkal... dan paling dahsyat...kita telah membuat keputusan untuk memilih jalan selain jalan syurga...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails