Friday, March 28, 2008
Kini 'Wajah Hodoh' Melayu terserlah....
salam semua...
dalam siri kuliah serta program-program yang saya lunaskan...saya sering membawa contoh betapa bangsa Melayu adalah merupakan salah satu bangsa yang sangat hebat..
ini terbukti apabila kita susuri sejarah Kesultanan Melayu Melaka di mana, ketika itu Kerajaan Melayu Melaka mempunyai sebuah pelabuhan yang tersibuk di dunia...
pelabuhan yang di tadbir oleh orang-orang Melayu seperti Datuk Temenggong, Datuk Laksamana dan Datuk Bendahara...
pelabuhan ini sangat dicemburui oleh seluruh kerajaan dunia pada masa itu kerana ianya adalah bukti kekuatan ekonomi orang melayu pada ketika itu...
maka pelbagai cara disusun serta dirangka oleh pihak-pihak luar untuk mengetahui atau mencungkil rahsia disebalik kehebatan pelabuhan itu secara khususnya dan apakah sistem yang digunapakai sehingga meletakkan pelabuhan melaka sebagai pelabuhan terkenal di dunia...
petikan sejarah melaka dari wikipedia....
----------------------------------------------------------
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Melaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.
St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.
Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.
Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.
-------------------------------------------------------------
dari sebuah kerajaan yang hebat.... kini menjadi tempat bersejarah dan cerita-cerita itu hanya ditutur oleh guru-guru sejarah dan semakin lama, cerita-cerita itu menjadi pendek serta ringkas dan akhirnya hilang dari 'silibus formal atau informal' negara kita...
sejarah ini - kehebatan sesebuah kerajaan dan kejatuhannya terus-terusan akan berulang dari zaman ke zaman... hanya batasan masa yang membezakannya.. hanya warna kulit yang membezakan peristiwa... sedang pada hakikatnya; kejatuhan kerajaan-kerajaan hebat terdahulu adalah akibat dari sikap bangsa itu sendiri... sikap rakyat dan terus membawa ke sikap pemimpin-pemimpin rakyat itu...
perkara yang paling penting yang ramai terlepas pandang ialah kekuatan kerajaan melayu melaka itu sebenarnya adalah kerana tunjangnya yang kukuh...
apa tunjang itu?... tunjangnya ialah Agama yang dianuti oleh orang melayu ketika itu... ramai melayu yang ketika itu beragama Hindu (dari Majapahit) telah memeluk agama Islam dan menjadi muslim sejati... mereka melaksanakan segala 'amar' dan meninggalkan 'makruf' dan menjadi mukmin sejati...
atas kekuatan 'dalaman' yakni agama yang dipegang inilah melayu menjadi hebat dan terkenal 'seantero'dunia....
itu dulu....
kini?....
melayu bersama melayu bertelagah... sebab?... sebab 'tunjang' yang ada dalam diri menjadi lemah...
di Malaysia kita boleh saksikan betapa hodohnya wajah melayu-melayu sebaik selepas pilihanraya ke 12 ini...
yang tewas dan kehilangan kuasa sudah 'hilang pertimbangan' dan memberikan reaksi yang memalukan sehingga boleh serta sanggup memanggil sultan sebagai 'natang' atau binatang...
adakah melayu boleh dibanggakan sebagai bangsa yang lemah lembut serta penuh budibicara?....
tidak lagi kini...
melayu sudah lupa dan menjadi alpa serta hanyut dengan harta dan tahta...
pangkat serta harta timbunan menjadi alat atau tiket penonjolan 'status quo' kununnya hebat...
kesedaran diri telah mula hilang... kewarasan sudah tiada dalam kamus... dan melayu sanggup membunuh melayu kerana kuasa dan harta...
melayu juga sanggup merobohkan surau kerana tidak lagi mempunyai kuasa...
kenapalah ini berlaku kepada bangsa melayu?...
tamak? haloba? hasad? dengki? tikam belakang? rasuah? ali baba? pemalas? kroni? projek?
masya Allah... sifat-sifat itu adalah sifat-sifat mazmumah dan tergolong dalam kategori nafsu amarah, yakni nafsu yang berada pada tingkatan paling rendah sekali...
detik dan waktu akan menjadi saksi... bilamana datangnya hari akhirat di mana mulut telah terkunci dan anggota menjadi saksi...
di waktu itu... 'buih-buih di lautan' akan merasakan kehangatan bahang neraka... kerana mereka lupa sewaktu hidup dahulu... semuanya; solat, ibadah, hidup dan mati hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian Alam...
subhanallah
alhamdulillah
allah hu akhbar
wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment