Sunday, March 09, 2008

PRU12... Satu Era baru politik Malaysia...

salam semua....

jam kini sudah memasuki pukul 3.32 pagi..
saya masih mengikuti keputusan-keputusan pilihanraya dari siaran lansung televisyen, sms, ruang siber dan sebagainya...

memang mengejutkan...

beberapa menteri veteran 'tumbang'...
beberapa negeri juga 'beralih' kerajaan...

secara peribadi... walau banyak ulasan yang saya ikuti sepanjang beberapa jam ini... saya berpendapat, politik malaysia semakin matang...

jika dirujuk kepada tulisan saya di bawah... tentang kematangan politik di negara-negara maju, keterbukaan minda masyarakat negara kita, ke'muak'an rakyat dengan isu-isu penting yang dipandang remeh oleh pemimpin....

dan paling pasti... Allah Maha Menyayangi hamba-hambaNya di Malaysia ini...
tidak kira dari parti apa mereka datang... mereka masih di'Rahmati' olehNya...

buat yang telah menang... tahniah dan lunaskanlah amanah yang dipertanggungjawabkan...
jadilah pemimpin yang siddiq, amanah, tabligh & fatonah (turstworthy, truthful, sharing & brilliant.....)

pandang dan dengarlah suara pemilih anda... terima teguran dan bina atau baiki mana-mana yang perlu... jangan sampai Tuhan perlu menegur dengan caraNya yang tersendiri...

kita akur dengan sejarah bagaimana kerajaan-kerajaan besar dahulu tumbang kerana memiliki pemimpin yang tamak, sombong & takbur... asyik dengan harta, wanita serta kuasa...

life goes on....
this is real....

sangat penuh dengan warna-warni...

apapun... tahniah rakyat Malaysia.... anda semua berjaya membuktikan bahawa tiada siapa yang menghirup udara negara ini yang mahukan negara ini 'huru-hara'....

....kecuali mereka-mereka yang 'takut' kehilangan harta, wanita serta tahta yang sering memomok-momokkan tentang huru-hara dsbnya...

syabas Malaysia!....

wasalam

2 comments:

Anonymous said...

Tabik spring pada KM Pulau Pinang
yang menerima kekalahan.Tak macam MB Umno...hilang lesap entah kemana...menangis sakan...lah tu.

Sifu Mirza said...

ya betul...

saya kagum dengan sikap beliau yang memang dari dulu lagi saya perhatikan sangat menghormati sesiapa sahaja...

MB yang lain tu mungkin, 'terperanjat' dan mengambil sedikit masa utk menerima hakikat.... kerana pada hemat saya mereka 'tidak pernah' alami kekalahan dalam perjuangan...

sebab itu saya bawa cerita khalid al walid di sini agar sesiapa sahaja yg bergelar pemimpin boleh mencontohi beliau...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails