salam buat semua...
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" buat semua "pekerja-pekerja" dan "Selamat Bercuti" bagi yang bercuti esok hari...
seperti yang saya selalu katakan... kerja adalah ibadah dan pekerja adalah ahli ibadah...
ibadah yang kita lakukan hanyalah untuk Tuhan Robbul Jaleel tiada selain dariNya...
samada kita bekerja dengan majikan atau bekerja sendiri kita tetap tidak lepas lari dari ikrar diri bahawa semua pekerjaan atau amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita hanyalah kita lakukan semata-mata kerana Tuhan Azza Wajalla...
maka tiada istilah 'susah', 'payah', 'getir', 'pahit', 'maung' dan sebagainya dalam kita menunaikan beribadah melainkan kita hanya yakin pada kulit sahaja dan tidak mahu mengambil peluang untuk mengenali Tuhan secara lebih dekat lagi...
semua yang berlaku dalam alam ibadah ini baik belaka...cuma mainan perasaan dan nafsu yang membuatkan kita begitu senang 'mensyirik'kan Allah dengan mengatakan segala kesusahan yang kita alami ini sangat merumitkan diri...dan sangat payah untuk kita hadapi... seolah-olah Tuhan tidak mahu membantu kita... sedangkan kita lupa bahawa kitalah punca kepada kemusnahan hidup kita dengan segala keputusan yang dibuat hanya berlandaskan nafsu-nafsi semata-mata...
apabila kita terhimpit atas perbuatan sendiri, maka waktu itulah kita menjadi seorang yang sangat alim di dunia... mengerjakan solat taubat, tahajjud serta hajat tanpa henti...sedangkan Allah melihat dan mengetahui apa maksud di hati...
surah pertama yang turun kepada Baginda Rasulullah sudah cukup menjelaskan bagaimana perangai manusia-manusia itu apabila merasakan diri mereka sudah cukup bagus... dan Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam segumpal daging yang ada di dada kita...
maka tunggulah hari kebangkitan kelak... kerana di sana segala-halanya akan dihidangkan satu persatu untuk dihisab tanpa tertinggalpun sebarang perkara hatta sebesar zarrah...
mulut kita boleh manis melafazkan kununnya yakin kepada Illahi namun adakah hati dan perlakuan kita juga seiring dengan lafazan itu tadi?...
sama-samalah kita fikir-fikir dan renung-renungkan...
wasalam
No comments:
Post a Comment