Monday, April 21, 2008

Suami Isteri : Mencari detik bahagia....


salam semua....

dalam mengharungi pelunasan untuk setiap program latihan, khidmat nasihat kepakaran dan reiki treatment... saya sebenarnya 'berhutang' dengan pasangan suami isteri dalam memberikan titipan-titipan yang boleh menjadi panduan serta ilmu dalam berumahtangga...

seperti yang saya selalu katakan... dalam ikatan rumahtangga atau perkahwinan itu... sehingga akhir hayat, seorang suami itu tidak akan dapat mengenali isterinya 100%, begitulah juga di sebaliknya...

namun, soal kenal mengenali ini janganlah dijadikan satu soal pokok atau utama atau paling priority kerana sebaik sahaja 'acara' aqad nikah berlansung dan satu pasangan itu menjadi pasangan suami isteri yang sah maka di saat itulah pengorbanan mental, emosional, spiritual dan fizikal yang sebenarnya berlaku...

pengorbanan apa yang perlu seorang suami atau isteri itu lakukan?

pengorbanan di dalam perjalanan 'jihad'....

perjalanan hidup kita adalah merupakan satu ibadah (wanusuki..yg kita sering dan perlu ucapkan dalam ikrar kita dalam solat..)

ibadah merangkumi setiap cakup kehidupan seseorang itu sekiranya beliau benar-benar mengaku bahawa Allah itu adalah Tuhan Sekelian Alam...

jihad yang dimaksudkan ialah melaksanakan atau melunaskan setiap tugas, amanah serta tanggungjawab dengan sehebat-hebat yang mungkin...kerana?..kerana kita sememangnya tidak boleh 'gerenti' untuk hidup lagi di saat selepas ini...

maknanya, kita me'renew' turun naik nafas di badan ini setiap detik & saat...

sebagai suami atau isteri, pasangan kita adalah antara amanah yang diberi oleh Allah kepada kita dan dalam memikul amanah tersebut, ada 'S.O.P' atau Standard Operating Procedure nya yang tertentu... ada Rules & Regulations nya, ada Do's & Dont's nya...

Pokoknya, kehidupan kita senantiasa berada dalam satu sistem yang sangat efisyen dan tidak lapuk di makan zaman...

sebagai seorang muslim, pastinya perkara-perkara negetif menjadi musuh utama; antaranya sifat malas, tamak, sombong, haloba, dengki, khianat, ego dsbnya..

sifat-sifat ini sebenarnya akan membuatkan seseorang itu 'dihambat' atau diikat untuk tidak melakukan perubahan dalam proses membaiki diri...

masuk semula ke topik...

atas 'pre-text' semua manusia tidak sama maka setiap manusia juga mempunyai kekuatan/kelebihan, kelemahan/kekurangan masing-masing...

suami atau isteri juga adalah manusia yang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing...

keperluan kepada mengimbangi kekuatan dan kelemahan ini adalah satu tindakan yang merujuk kepada pengorbanan.. suami perlu berkorban untuk mengimbangi kekurangan isteri dan isteri juga perlu bekorban untuk mengimbangi kekurangan suaminya... dan sama-sama bersatupadu untuk meningkat kekuatan masing-masing dalam proses membina keluarga yang mantap serta bahagia...dan berjaya mencapai setiap objektif (cita-cita atau apa yang diimpikan..)

dalam proses ini (proses kehidupan sebagai suami isteri), pengorbanan itu kadang-kala begitu menenatkan atau 'energy taxing'.... apatahlagi ianya bukan memakan masa yang singkat...dan sebenarnya ianya adalah satu proses sehingga ke hujung nyawa...

dan 'energy taxing' ini sekiranya tidak diurus dengan betul ianya akan membuatkan bibit-bibit pemberontakkan di dalam diri dan lama-kelamaan menajdi satu isu yang amat besar dan sukar untuk dikawal dan mendatangkan 'malapetaka'....

apa yang perlu kita lakukan?...

carilah detik-detik kebahagiaan... apa itu detik-detik kebahagiaan...?

detik-detik kebahagiaan setiap manusia itu tidak sama...

di dalam hubungan suami isteri...semasa berdua, ada detik kebahagiaannya..

di dalam mendidik anak-anak.....ada detik kebahagiaannya...

di dalam bersama-sama se isi keluarga, ada detik kebahagiaannya...


detik-detik kebahagiaan ini sebenarnya adalah satu masa yang benar-benar memberikan tenaga kepada diri setiap individu itu...

namun, perlu diingat...contoh detik-detik kebahagiaan yang saya beri di aats sana itu adalah tidak termasuk satu lagi detik kebahagiaan yang melibatkan diri kita sendiri... kata orang, sendiri-sendiri...

ya... rayu saya, 'dapatkan' semula 'detik kebahagiaan diri' or 'self happines moment' yang telah lama kita lupakan atau tidak berpeluang mengecapinya...

mungkin semaza zaman 'bujang' dahulu kita suka melakukan sesuatu perkara yang membahagiakan... contoh; berjalan-jalan ke tempat-tempat pelancungan... dan sebaik berkahwin, kita tidak berpeluang lagi untuk berbuat demikian kerana suami atau anak-anak bukan 'jenis macam kita'...

atau, kita seorang yang suka mendengar muzik sentimental dan merasa sangat 'release' dan 'energizing' apabila dapat bersendiri menimati muzik kegemaran kita... dsbnya..

rakan-rakan yang saya sayangi sekelian... rayu saya sekali lagi, dapatkan kembali detik kebahagiaan diri itu semula...

cari jalan untuk mendapatkannya... walau, sebentar cuma..kerana ianya akan banyak membantu anda untuk terus bertenaga dalam menjalani 'jihad' kehidupan ini...

percayalah... setiap manusia berhak untuk mengecapi kebahagiaan diri...
percayalah... setiap manusia tidak dilahirkan untuk menderita...
percayalah... setiap manusia berhak untuk mengecapi warna-warni kehidupan dan menghirup tenaganya tanpa sebarang paksaan...

dan percayalah..setiap manusia ada detik kebahagiaan masing-masing...

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails