Tuesday, May 19, 2009

Al-Maun

memulakan hari-hari minggu ini dengan tafsir surah Al-Maun... satu surah yang difirmankan oleh Allah menerusi wahyu kepada Baginda Rasulullah buat di jadikan ilmu, pengetahuan, dihayati, difahami, diamalkan serta diterapkan oleh hamba-hamba Tuhan yang hidup melata tidak kira di mana sahaja anda berada.

mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan keimanan di dalam diri...

Surah ini menceritakan golongan atau kelompok manusia yang hipokrit, iaitu mereka-mereka yang mendustakan agama termasuk perkara akhirat (yang benar).

Mereka bercerita tentang agama, tentang sedekah, tentang ibadah (termasuk solat), tentang harta, jawatan, serta keturunan yang dimegahkan dengan petah dan dalam masa yang sama apa yang dilafazkan berbeza dengan apa yang hadir di dalam hati (diri).

--------------------------

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).


---------------------------

mudah-mudahan kita semua mendapat 'gerak' untuk melakukan perubahan demi perubahan di dalam diri di mana perubahan tersebut dapat mengeluarkan diri dari kelompok 'jahiliyah moden' yang sedang asyik berpestaan di sana sini.

wasalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails