Friday, May 15, 2009

To All Beloved Teachers, Wherever You Are...


Buat semua Cikgu-cikgu;

Cikgu-cikgu rasmi (yang belajar & mengajar)
Cikgu-cikgu tak rasmi (yang berilmu (walau sebatang alif) & mengajar secara tidak lansung)

Dimana jua anda berada....

Berbaktilah hanya kerana Allah Ta Ala...
Berkhidmatlah dengan 'ruh'...bukan sejadar jasad sahaja...

kerna...

Apa yang ada di kepala & minda semuanya milik Allah jua...

kerna...

Ilmu itu perlu diajari dan dipanjang-panjangkan...
Kelak ianya menunas pengetahuan di kalangan kita...
Lantas menerbitkan kefahaman tentang hidup ini...
Terus mekar membina keyakinan dalam diri...

Ingatlah...

Mengajar tanpa 'ruh' itu ibarat menipu diri sendiri...
Lantas membingungkan murid sekelian...
Kelak binasa diri dan semua di tangan...
Merosak minda dan musnah akhlak...

Buat semua...

Guru yang terbaik ialah diri kita sendiri...
Diri yang belajar dari setiap peristiwa dan selekoh perjalanan hidup...
Diri yang sentiasa bersyukur atas nikmat setitis hujan rahmat yang turun...
Diri yang fana di alam maya ini...
Fana dalam pelukan kasih sayang Allah yang tiada sempadan...

"Selamat Hari Guru Buat Semua..."

4 comments:

kuIna said...

walaupun sy bukan chekgu

sy terima ucapan ini

ngeh3x...

Shemmi said...

tibe2 teringat kat Cikgu Roslan..
mukenya mcm P.Ramlee sket2..

suke betul kat dia..
d best teacher yang penah belajar..
ajar subjek mate kat sekolah Rendah Kebangsaan Padang Rumbia, Pekan Pahang..

skang x tau dia mengajar di mana..

* suka ayat Sifu "guru yang terbaik adalah diri sendiri"

yerp..buat salah buat yang betul..bjalan di jalan yang lurus..jalan bengkok..hati & akal dibekal seumpama 'rotan dan kapur'....

Sifu Mirza said...

salam kuina...

wah dah lady in red sekarang...

:-)

Sifu Mirza said...

salam shemmi...

:-)

cikgu suka main bola..
hari-hari cikgu main bola...

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails