Friday, May 29, 2009

Pateri Cinta : Nur Kasih Sayang

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Hayyu Ya Qayyum....

Segala Puji-pujian ke hadzrat Allah s.w.t... Tuhan Sekelian Alam....
Selawat serta salam atas Junjungan Besar Muhammad Rasulullah s.a.w

Tiada kata yang boleh dilafazkan oleh diri yang fana ini atas kurniaan rahmat serta hidayahnya...
Tiada rasa yang boleh dizahirkan oleh diri yang fana ini atas kurniaan nur yang menerangi lapis diri...



Amanah serta kurniaan Allah kepada diri ini melalui isteri tercinta menzahirkan kebesaran Ilahi kepada diri...
Amanah inilah yang senantiasa bersama-sama diri dalam riang tawa serta sengsara...
Amanah inilah yang menyinari perjuangan saya selama ini...
Amanah inilah merupakan satu Anugerah yang berharga dari Allah Robbul Jaleel...



29 Mei 1994 tarikh keramat....
15 tahun yang lepas..
Terpateri dua hati..
Hanya kerana Allah..



Alhamdulillah....
15 Tahun dengan lima cahayamata...

Terus menyusuri perjalanan ini...
Tiada onak tiada duri yang tidak ditempuhi...
Melainkan ianya adalah kasih dari Ilahi...
Yang merentas diri serta sempadan yang ada...

Bekalan Nur Ilahi yang bersinar...
Terus menerangi istana cinta...
Yang dibina atas permata kasih dan sayang...
Yang dibajai atas sumur yang subur...

Syukur atas Kurnia AnugerahMu Ya Allah...

Cintailah kami...
Berkatilah kami...
Rahmatilah kami...
Sinarilah kami...

Dengan cintaMu Ya Allah...

4 comments:

~*as*~ said...

salam sifu,
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg ke 15. Buat Isteri Sifu, semoga terus menjadi penyokong dlm ape jua yg Sifu perjuangkan.. Tahniah ya Sifu, dah punyai 5 orang cahayamata yg comel dan cerdik.. kurniaan Allah s.w.t yg cukup sempurna.. Doa dari As semoga Sifu terus succes. Mendapat kebahagiaan,diberkati & dirahmati oleh Allah s.w.t.. Alhamdulillah my 13 anniversary pun just arround the corner.. 1 jun ni..doa2kan As yg Sifu!! Slam buat keluarga dari kami di Hamilton, New Zealand..

Sifu Mirza said...

salam as & family nun jauh di sana...

syukran jazilan atas doa & ingatan..

doa saya, as & famili juga terus bahagia dan memperoleh rahmat Allah sentiasa...

kesturi said...

salam sifu ..

semoga sentiasa diulit kebahagiaan dan keberkatan seisi keluarga- amin

:-)

Sis Lin said...

selamat ulang thn perkahwinan sifu..maaf terlmbt...kenangan lama kan?tp sgguh mendalam klu di ingati,semuga kekal bhgia hgga keakhir hayat..amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails