masa menulis ni saya sekali lagi berada di Selesa Hill Resort.. ada program team building di sini.
apapun.. rasa 'tangan gatal' nak menulis atau berentri sering datang setiap saat dan ketika..
maaflah.. bukan tak mahu berentri dengan kerap namun tugasan yang semakin berderetan di hadapan serta tugasan serta amanah yang perlu dipikul membuatkan saya hanya mampu menjengok sesekali blog sendiri dan blog rakan-rakan..
sebenarnya di tengah kesibukan tugasan harian, saya dan rakan-rakan telah 'melibatkan' diri dalam satu ekspedisi ke gunung ledang.. saya namakan ekspedisi tersebut sebagai 'jejak-jejak pendekar'..
saya dan bro roy membawa bersama 5 rakan yang lain ke gunung ledang.. ekspedisi di ketuai oleh bro roy.
kami menuju kaki gunung ledang melalui asahan, melaka.
banyak yang masih belum tersingkap dalam ekspedisi ini... namun beberapa peristiwa 'pelik @ ganjil' berlaku semasa kami sedang mandi.
kami keluar selepas menunaikan solat asar di tepi kolam tersebut dan berselisihan dengan beberapa buah ambulan dan kenderaan bomba dan penyelamat.
sebaik kami tiba di bandar tangkak, barulah kami ketahui bahawa bomba dan ambulan tadi sebenarnya menuju ke lokasi bersebelahan tapak ekspedisi kami untuk merawat serta membawa mangsa-mangsa sengatan tebuan di sana...dengar cerita lebih kurang 30 - 40 orang menjadi mangsa serangan tebuan di situ.
ekspedisi berakhir jam 7.30pm di puchong...
No comments:
Post a Comment