Wednesday, October 14, 2009

Diri Kita : Simple atau Complex?

salam semua...

saban hari kita berhadapan dengan kehidupan yang penuh mencabar.
cabaran yang kita tempuhi adalah mengikut keupayaan dan bacaan diri kita masing-masing.

ada yang menempuh ribuan hutang keliling pinggang sebagai perkara biasa dan tidka memeningkan.
ada pula yang menempuh hutang 3 bulan tak bayar kereta sebagai satu perkara yang sangat hampir dengan kiamat.

begitulah kita melihat satu-satu perkara dengan pandangan yang cukup berbeza...ya berbeza sama sekali.

maka sebab itulah 'husnul khotimah' dan 'hablum minan nas' apatah lagi 'hablum minallah' sangat penting dalam kita mengharungi semua cabaran hidup..

berbaik sangka, menjaga hubungan dengan manusia serta ,menjaga hubungan dengan Allah adalah elemen penting dalam memastikan samada hidup kita 'simple' atau 'complex'.

sikap berbaik sangka sangat perlu ada di dalam diri kita.
berbaiksangka kepada semua manusia, perkara, kejadian adalah dituntut dalam kita memperolehi kehidupan yang simple...namun atas beberapa perkara perlulah kita selitkan 'waspada'. contoh; kita kenal rakan yang sering 'mengencing' bila berjanji... maka kita wajar berbaik sangka kepada beliau tetapi kita perlu berwaspada agar tidak 'dikencing' untuk ke berapa kalinya (seeloknya cukuplah 2 kali terkena).

sikap menjaga hubungan dengan manusia juga adalah penting.
tanpa manusia disekeliling kita tidak mampu untuk hidup. maknanya kita perlu kepada 'jalinan' antara manusia. saya melihat ianya dari sisi di mana setiap manusia saling memerlukan di antara satu sama lain. dan di sinilah wujud bantuan atau pertolongan untuk 'menyimple'kan masalah yang kita hadapi samada dari sudut nasihat, bantuan wang ringgit, tenaga dsbnya.

akhirnya paling penting sikap menjaga hubungan dengan Allah.
kita amat arif, tanpa Allah maka tiadalah wujud kita. Allah adalah segala-galanya bagi kita. Allah senantiasa ada di mana sahaja kita berada. maka sewajarnya kita terus-terusan bergantung kepada Allah dalam setiap ketika dan masa. selagi nyawa masih berada di dada, pergantungan kita kepada Allah adalah mutlak.
Al-Quran adalah panduan hidup yang ditunjuk contoh carabagaimana menerap pakainya oleh Baginda Rasulullah menerusi Sunnah Baginda.

maka untuk kembali menjalani kehidupan yang simple, kembalilah memgambil Al-Quran sebagai pedoman dan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan luar dan dalam kehidupan kita.

ingat seperkara; musibah (kekusutan) yang menimpa kehidupan kita adalah hasil dari tangan-tangan kita sendiri dan bukannya dari Allah hatta dari Rasulullah.

maka jika kita faham, terhindarlah kehidupan kita dari memfitnah Allah & Rasulullah.

insya Allah kita akan melihat sisi-sisi kehidupan yang lebih ceria lagi simple dan sudah tentu menenangkan diri kita...

wasalam

6 comments:

CITY® said...

salam sifu,

tq atas ingatan2 ini
begitu la kita ni, nak juga kehidupan yg simple. ikut mana yg betul dan tak mo buat yg salah.
ingin kembali pada al quran dan sunnah.
kuat atau tak je kita ni
kecil dan besar iman kita juga
atau hati hitam terus tanpa iman?

diri ini sentiasa ingin menjadi baik dari semalam

Shemmi said...

syukran utk entri ini...

^_^


* jihad utk melawan kuasa jahat dari seketul daging di dalam diri ini kdg2 amat payah..seketul daging tu kecil aje ukuran size nya tapi..kuasa yg mampu membiak dan terbiak olehnya amatlah dahsyat! pohon seketul daging itu selalu berada dlm taklukan Allah!

Rozita said...

salam,
saya suka ntri ini..
semoga hidup saya simple selalu, bukan nya complex

Sifu Mirza said...

salam biru..

doa saya awak terus berada di atas jalan lurus dan terus mendapat bimbingan Ilahi..

insya Allah..

:-)

Sifu Mirza said...

salam shemmi..

betul..

jihad melawan hawa nafsu ini akan berterusan sehingga kita kembali ke rahmatullah..

pohonlah kekuatan & lindungan Ilahi..

insya Allah..

:-)

Sifu Mirza said...

salam rozita..

saya doakan awak menjadi seorang yang peka serta simple dalam hidup..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails