Thursday, October 01, 2009

Gempa Bumi di Sumatra



Al Fatihah untuk mangsa gempa... mudah-mudahan roh mereka di cucuri rahmat oleh NYA...

ketika berlaku gempa semalam, saya bersama sahabat sedang berdiskusi dan bermuhasabah diri..
tiba-tiba sahabat yang duduk di hadapan saya bertanya, rasa tak ada gegaran? terus terang saya memang tak rasa.. katanya dia sedikit ke'feningan' dan terdiam sebentar..

anyway... perkara gempa bumi ini sebenarnya boleh dilihat dari beberapa perspektif.. antaranya;

1. kita boleh memikirkan betapa janji Allah tentang hari kiamat di mana diberitakan bagaimana keadaan pada hari tersebut...sangat kelam kabut; para ibu yang mengandung terus bersalin, semua sibuk dengan hal sendiri, anak kecil terus beruban rambut dsbnya..

2. kita juga boleh mereflek gempa pada diri kita; tatkala dada kita tiba-tiba berdebar-debar dengan hebat..jantung berdegup kencang... perut tiba-tiba memulas dan kesakitan hendak melepaskan hajat..

3. kita yang jauh dari pusat gempa boleh juga membayangkan keadaan manusia yang berada di pusat gempa... kalau kita setakat pening-pening lalat, apa pula keadaan yang dialami oleh manusia di lokasi...

4. kita juga boleh memikirkan, apa yang Allah mahu sampaikan kepada para hambaNya melalui peristiwa gempa ini? samada hambaNya yang dekat di lokasi mahupun yang jauh.

begitulah...

sekali lagi tahap kepekaan diri kita diuji oleh Allah..

adakah kita jadi hairan dengan gempa itu?
adakah kita mengambil iktibar?
adakah kita berkorban membantu mereka yang menajdi mangsa?
adakah kita terus mempersiapkan diri setelah mendapat ilmu dari peristiwa itu?

adakah kita hanya terus-terusan 'tak kisahlah'...bukan kat sini..

begitulah keadaan manusia... kecuali mereka yang bergelar insan..

wasalam

2 comments:

Shemmi said...

Tuhan selalu bangunkan kita... pemurahnya Dia...

CITY® said...

salam sifu..

walo tuhan dah kerap kali kejutkan kita, kita masih juga disini...
hmmmmm

sifu,
semasa kejadian, i nak paking keta. tiba2 rasa macam pelik. ada lubang ke apa ? bila kelaur keta, dgr bising2. semua org dah turun apartment. ada gegaran rupanya.
dah 3 kali rasanya termasuk yg semalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails