Tuesday, October 06, 2009

Hi SHELL..... Bye PETRONAS...

salam semua...

hari ini saya buat satu keputusan 'tak popular' demi beberapa perkara.

antaranya, kesian nengok kereta jadi lembab sejak tukar dari RON97 ke RON95.
antaranya, kesian dengar bunyi deruman enjin yang kasar kesan dari penukaran gred minyak ke tahap rendah.
antaranya, letih dengan 'niat ikhlas petronas' yang sama macam PROTON yang bumbung berkarat kerana 'glue murah'
antaranya, letih bila dapat tahu 26,000 mata ganjaran saya yang saya pindahkan dari realreward mesra ke mesra kad tidak diupdate dari bulan may 2009.
antaranya, letih dengar nasihat customer servicenya yang suruh saya isi borang semula sebab takda rekod dan katanya mungkin borang yang saya isi 'lost in transit'....

mmm... sangat mudah utk kita berubah sebenarnya.. bukan tak patriotik tapi dunia sekarang ialah berkenaan tentang kehidupan yang realistik dan ekonomi serta kecekapan.

maka rumusan saya, PETRONAS tidak berapa cekap lagi..

so pagi tadi saya isi RM50 shell RON95 ke dalam tangki kereta... memang 'mustajab'.. terus dapat rasa perubahan yang ketara.

tengah isi, mat bangla bagi satu 'leaflet' cerita tentang kebaikan minyak SHELL.. leaflet yang sangat simple dan saya boleh terima 'justification' isi kandungannya...

tak mahu cakap lelebih... awak cubalah...










the 'proven' performance fuel...


their logo's transition process....





to PETRONAS... pilihan untuk diisi adalah pilihan terakhir.. itupun sekadar cukup untuk sampai ke stesyen SHELL berhampiran.

sehinggalah awak naik tarafkan kembali minyak RON95 awak... atau kembalikan harga RON97 ke harga asal... yang awak naikkan secara tiba-tiba hari tu.

p/s baru dapat msg kat facebook.. ada rakan yang rosak gearbox kesan dari RON95 Petronas ni... formula mudah; minyak kualiti rendah akan merosakkan engin dan seteruskan akan memusnahkan gearbox..

jaga-jaga cik salmah...

wasalam

8 comments:

CITY® said...

salam sifu,

heeeeee saya ni isi minyak n drive jerk tahu, lebih2 baik buruk tak mabik pot sangat.
keta saya mmg saya isi shell n petronas jerk.
dah sifu dah bagi info gini, saya pun harus teruskan shell dulu, kalo tak ada pilihan baru petronas gak la kot.
dulu pernah saya nak boikot shell, tapi spt yg sifu kata, ikut praktikal nya kan...
ishhhhh... kita nak buat yg terbaik buat semua, tapi kdg2 kita tak ada pilihan kan,
gitulah hidup kita zaman la ni

KTS said...

dah lama tak isi myk kat petronas.... shell gak yg jadi pilihan... lynn tip top.. siap tolong isikan lagi.. tu yg best.. takyah susah nak masuk dlm bayar..
hihihi... mmg pemalas.. dan kurang patriotik... err?? :D

pang5 said...

Petronas mmg hampehhh.. Saya pon mcm sifu sensitif ngan kete ni. Tapi saya guna BHP.. ikut survey kat internet RON95 terbaik samaada BHP atau Shell jer.. Shell nombor 2. Mungkin ikut keter jugak kot. Anyway welcome to the club sifu.

kuina said...

isi kat shell nak collect BONUSLINK...

hehehe...

Sifu Mirza said...

salam biru..

info byk membantu kita memperkemaskan lagi kehidupan kita..

mudah-mudahan apa yang tersaji di hadapan kita dapat kita membuat pilihan yang terbaik..

:-)

Sifu Mirza said...

betul tu puteri KTS..

saya pun agak terperanjat dengan layanan mereka..

customer service 'tip-top' gitu..

:-)

Sifu Mirza said...

salam pang5,

ya.. lepas awak beri input.. memang saya dapat maklumat bhp adalah yang terbaik..

yes.. i'm joining the economic & efficient club..

:-)

Sifu Mirza said...

salam kuina..

mujur saya dah ada bonuslink..

:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails