Wednesday, February 24, 2010

Riak @ Sombong kepada Allah?


salam semua...

pernahkah kita terfikir bahawa ada kalanya kita riak & sombong kepada Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa?

pernahkah kita terfikir rasa riak & sombong itu merupakan salah satu punca yang membuatkan kita tergolong kedalam golongan yang mendustakan agama.

tahukah kita apa ciri-ciri pendusta agama?

mari kita lihat surah Al-Maun di bawah ini;

1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.

4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -

5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),

7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak mendapatnya).
-------------------------------------------------------------------------------

dalam surah Al-Maun ini Allah telah menjelaskan sejelas-jelasnya tentang orang-orang yang mendustakan Agama yakni berbohong dalam beragama termasuk dalam hal-hal akhirat dan hari pembalasan.

tahukah kita apa maksud berbohong dalam beragama?
maksudnya, hanya nama sahaja beragama Islam tetapi pada hakikatnya kita tidaklah Islam malah kita tidak percaya sama sekali akan janji-janji Allah dan tidak mahupun menuruti sunnah Rasulullah.

dari ayat di atas; Allah memberi tahu kita bahawa ada dua kriteria pembohong agama;

1. orang yang menindas serta tidak memberi makan anak yatim.

- perlu diingat, janganlah kita meyangka bahawa anak yatim itu hanya yang tinggal di rumah anak yatim sahaja, ada juga anak-anak yatim yang dipelihara oleh keluarga sendiri atau keluarga angkat.

- apa bentuk penindasan yang boleh kita fikirkan? ia boleh ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas, samada penindasan itu dilakukan oleh penjaga atau keluarga hatta penindasan itu dilakukan oleh pihak pemerintah.

- penindasan anak yatim boleh hadir dalam bentuk mikro & macro;
micronya ialah menzalimi hak-hak mereka, contoh, menidakkan hak-hak harta yang ditinggalkan oleh keluarga mereka;
macronya ialah menyalah guna harta-harta yang telah jelas menjadi hak anak yatim seperti pengurusan kebajikan dan faraid mereka dsbnya. ini juga melibatkan pembanggunan oleh pihak pemerintah yang menggunakan wang rakyat, bukankah wang rakyat itu termasuk wang anak-anak yatim?

2. tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin.

- menggalakkan bermaksud berusaha untuk melakukan sesuatu.

- memberi makan bermaksud menyediakan segala kemudahan yang diperlukan oleh orang-orang miskin yang tidak berkemampuan.

- memang banyak manusia disekeliling kita yang tidak atau kurang berminat untuk membantu orang-orang lain terutamannya yang seagama dengannya. Allah Maha Mengetahui dan pengetahuan Allah ini tiada batasnya hatta sebelum manusia dan alam ini dijadikan, maka janganlah kita cuba berselindung disebalik itu dan ini hanya semata-mata mahu melepaskan diri dari alasan nafsu nafsi yang berkepentingan diri.

- maka manusia-manusia yang sibuk dengan diri sehingga jiran sebelah lapar termasuklah ke dalam golongan yang mendustakan agama islam.

maka seterusnya dalam ayat ke 4; Allah memperjelaskan lagi betapa 2 golongan di atas itu termasuklah golongan yang solat tak tinggal. ulang alik ke surau dan masjid tak putus serta berkali-kali pergi umrah & haji namun tergolong juga mereka ke dalam golongan yang mendustakan agama, yang menipu serta membohongi Allah & Rasul serta seluruh kerajaan Allah di langit dan di bumi.

golongan solat yang mendustakan agama ini terdiri dari 3 golongan;

1. yang lalai dengan solatnya.

- golongan solat ini adalah jenis golongan yang main bantai ajer solat; rasa nak solat, dia solat; bila rasa malas, dia tak solat. mereka ini lupa bahawa rukun islam (rukun agama) yang mereka kata mereka anuti itu bermula dengan mendirikan solat dan kemudiannya mengeluarkan zakat.

- lalai dalam solat ini juga termasuk golongan yang solat tapi tidak hadir di dalam solatnya. maksud tidak hadir ialah solat tanpa roh. solat tapi khayal. solat tapi tidak faham. solat tapi tak beri kesan pada diri. solat tapi lengah.

2. yang riak sombong serta takbur.

- golongan solat ini pula ialah mereka-mereka yang solat tetapi dalam keadaan riak. riak dengan solatnya, riak dengan ibadahnya (kerja-kerja sehariannya), riak dengan ilmu serta harta benda pinjaman Allah kepadanya.

- golongan ini juga bersifat menunjuk-nunjuk amalan mereka hatta dalam solat sekalipun. sifat ini sangat halus tetapi ianya sangat diambil kira kerana ia berpunca dari hati dan hati adalah elemen pertama yang penting dalam diri manusia.

- Rasulullah pernah bersabda; di dalam diri manusia itu ada segumpal daging, baik daging itu maka baiklah manusia itu, rosak daging itu maka rosaklah manusia itu.

3. yang kedekut & bakhil

- golongan solat ini pula ialah golongan yang kedekut serta bakhil, yang mana tidak mahu mengeluarkan barang sedikit pertolongan samada dalam apa bentuk sekalipun. pertolongan ini boleh jadi dalam bentuk wang ringgit mahupun harta benda dan hatta masa diri ataupun kudrat titik peluh.

- golongan solat jenis ini turut sama mendustakan agama serta menjadi penipu dan pembohong dalam agama. mereka menipu Allah, mereka menipu Rasulullah dan mereka menipu makhluk-makhluk Allah yang lain.

- bagaimana agama islam boleh bangkit sekiranya ramai umat islam kedekut dan bakhil?
- bagaimana umat islam boleh jadi umat yang 1st class dan superior jika di kalangan umat itu sendiri tidak mahu bantu membantu?

----------------------------------------------------------------------------------

dapatlah kita fahami bahawa sifat riak, sombong serta taqbur yang ada pada diri kita ini akan menjerumuskan kita ke lembah hina dan tergolong kedalam golongan yang mendustakan agama.

adakah kita sanggup mendustakan agama?
adakah kita sanggup menipu Allah?
adakah kita sanggup membohongi Rasulullah?

sedangkan kita percaya bahawa kita akan berhadapan dengan Allah satu hari nanti.
sedangkan kita percaya bahawa kita perlukan syafaat Rasulullah di padang mahsyar nanti.

sampai bila kita mahu terus-terusan solat tetapi lalai?
sampai bila kita mahu terus-terusan solat tetapi masih ada sifat riak sombong & taqbur?
sampai bila kita mahu terus solayt sedangkan diri kita penuh dengan sifat kedekut serta bakhil?

sampai bila?

sama-sama kita fikirkan...

wasalam

Monday, February 22, 2010

Kena Tegur; Terbukakah Kita?


salam semua...

dalam masa sehari, berapa kali kita menerima teguran? boleh kita kira? atau terlalu banyak teguran sehingga tak mampu nak kira...

bab tegur menegur ini memang satu perkara yang agak sensitif.
kerana?
kerana ada yang boleh menerima teguran dan ada yang tidak boleh menerima teguran.

ada orang yang bila ditegur, dia buat selamba ajer.
ada orang yang bila ditegur, dia melenting.
ada orang yang bila ditegur, dia akan menerima dengan baik serta memeriksa 'point-point' teguran yang diterima.
ada orang yang bile ditegur, akan bangkit dan memperbaiki diri serta berterima kasih atas teguran yang diterima.

teguran samalah seperti pesanan


selagi kita hidup, kita akan terus menerima teguran dari masa ke semasa.

pernahkah kita terfikir, cara bagaimana Allah mahu memberi peringatan, amaran, bimbingan serta nasihat atau motivasi kepada hamba-hambaNya?

sudah tentu yang pertama-tama ialah menerusi kitab suci Al-Quran yang kita baca serta mengerti maksud yang tesurat atau yang tersirat.
keduanya sudah tentu dari para utusan-utusan Allah yakni para Rasul.
ketiganya melalui para tabiat-tabien serta ulama-ulama besar yang muktabar.
dan seterusnya ialah melalui hamba-hambaNya yang lain yang diberi kekuatan dan kemudahan untuk membuka mulut dan menegur atas ilmu, iman & taqwa.

patutkah kita melenting apabila ditegur?

peratusan tinggi untuk melenting apabila ditegur memang lumrah;
ianya berlaku kerana diri kita yang masih dibelenggu dengan nafsi-nafsi yang penuh dengan perasaan marah, irihati, riak, sombong serta takbur.
apatahlagi teguran yang dibuat tidak berlandaskan fakta serta justifikasi yang boleh membuatkan diri kita menerimanya dengan baik.

jika kita rajin membuka sirah perjalanan Rasulullah, Baginda sendiri pernah ditegur oleh Allah tatkala Baginda tidak berapa melayani seorang buta dalam satu majlis.

Baginda Rasulullah sendiri adalah seorang insan yang paling banyak menerima teguran, jika kita merasakan kita sudah tidak larat untuk menerima teguran dalam hidup ini.

berbahagialah diri kita sekiranya kita masih menerima teguran.

bagaimana untuk memberikan teguran?

Allah berfirman dalam surah wal-asyr;

"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran."

sekiranya kita seorang yang selalu membuka Al-Quran (baca & faham) maka insya Allah kita akan mengerti maksud setiap teguran yang kita terima.

sekiranya kita seorang yang selalu beriman & beramal soleh maka insya Allah kita akan terus berpesan & menegur saudara-saudara kita tentang kebenaran & kesabaran.

maka perlulah kita ingat dalam menegur hendaklah berdasarkan fakta yang berkisar di atas perjalanan kebenaran dan kesabaran.

ingat; seorang yang menyediakan dirinya untuk kembali dekat kepada Allah akan terus diuji dan diuji. Maka untuk memahami setiap ujian yang diterima, kita hendaklah mempunyai diri yang 'terbuka' untuk menerima teguran tidak kiralah teguran itu dengan cara sembrono atau baik.

jika teguran itu jenis sembrono; senyum ajerlah namun lihat yang tersirat yakni mengapa Allah izinkan orang ini membuka mulut dan menegur kita? bukankah kita tahu bahawa kita tiada daya upaya melainkan Allah? dan sekiranya orang itu tidak diberi keizinan oleh Allah untuk membuka mulut menegur walaupun cara sembrono, maka dia pun tak akan mampu.
Walaupun kita ditegur bab bau badan yang tengit! Apa ilmu yang boleh kita belajar jika kita ditegur kerana berbau tengit? kenalah kita sensitif dengan persekitaran, kenalah kita jaga pemakanan, kenalah kita jaga pemakaian dsbnya..

manakala jika teguran yang datang itu dari jenis yang berdasarkan ilmu, iman dan taqwa; maka kita perlulah segera mengambil serius atas teguran itu tadi serta memeriksa diri dengan kemas agar setiap teguran yang diterima dapat memberikan menafaat ke atas diri kita mahupun orang lain.

"membuka" diri untuk menerima teguran sebenarnya ialah sikap yang mulia dan merupakan sikap seorang yang berilmu; hatta teguran yang diterima dalam berbagai-bagai bentuk; sembrono, marah, tenang, tegang di khalayak, secara bersendiri dsbnya.

janganlah dirisaukan info yang tidak tepat dalam teguran sekiranya diri kita tahu perkara yang sebenarnya; memang sudah lumrah manusia berada di dalam keadaan rugi apatahlagi akhir zaman yang berada dalam fitnah yang nyata.

bukankah diri kita telah melakukan penyerahan mutlak ke hadzrat Allah?
bukanlah kita ini benar-benar melakukan ibadah di muka bumi sepertimana yang Allah kehendaki?
bukankah kita sudah menerappakai sifat-sifat cemerlang Rasulullah; siddiq, amanah, tobligh & fatonah di dalam diri dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian?

maka apa yang perlu kita takuti jika kita ditegur?

bukalah hati dalam menerima teguran kerana ada ilmu disebalik yang tersurat atas teguran tersebut.

insya Allah kita tergolong ke dalam golongan mereka-mereka yang benar & sabar.

wasalam

Friday, February 19, 2010

Tapis Filem ker Main Politik?

salam semua...

saya tidak tahu bahawa filem Ketika Cinta Bertasbih 2 tidak lulus untuk tayangan di malaysia.
saya juga tidak tahu apa hujah yang badan penapis beri utk menidak luluskan filem ini.
saya pernah dengar ada arahan agar kupiah diganti dengan songkok, sebab tu kita tengok sesekali dalam tv ada ustaz yang selalu kita lihat pakai kopiah agak janggal dengan songkoknya...

apapun, saya percaya ada 'permainan' saraf di mana-mana sahaja negara di dunia ini.
permainan saraf ini adalah salah satu strategi 'tanam, pecah & perintah'...
ianya ala-ala strategi komunis yang sibuk dengan lagu-lagu patriotiknya (cuba kita lihat negara-negara komunis yang banyak lagu-lagu patriotik untuk dihafal dan dinyanyi pada satu-satu upacara terutamanya upacara memuja pemimpin dan jasa-jasa mereka)

oklah untuk santapan weekend anda, saya terus 'cut & paste' ajer entri dari blog sahabat yang anda boleh juga dapatkan linknya di sini...


--------------------------------------------------------

Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah (rujuk FBnya).... Mengenai Perfileman Negara
Posted by Luna and Thatguy on Friday, February 19, 2010
Labels: bloggersnetwork, Cambah Fikir, FB, hebahan, kongsi artikel, penulis tamu
Oleh : Saifudin Ibrahim
-----------------------------------------------

Keluhan Dr Abu Hassan Hasbullah (rujuk FBnya).... Mengenai Perfileman Negara



1. Adakah benar rungutan dan tohmahan bahawa apa sahaja yang berhubungan dengan Islam seperti seni, sastera, budaya termasuk filem mendapat kesusahan yang teramat sangat untuk mendapat ruang di negara ini lantaran hujah-hujah yang mengaitkan "apa sahaja yang Islami itu maka ia adalah gerakan tersurat dan tersirat menyokong PAS"?

2. Pandangan dan pertanyaan ini diterbitkan setelah dikhabarkan sekian banyak pertanyaan juga tentang filem Ketika Cinta Bertasbih (Chaerul Umam, 2009) dari teks Habiburrahman er-Shirazi dikatakan tidak beroleh izin tayang atas alasan kandungan Islami sebagai naskahnya.

Jika ya atau benar keadaan ini terjadi, maka ia kemalangan yang amat besar buat umat Islam di negara ini khususnya dalam asa untuk memajukan pemikiran, filsafat, dan pengetahuan Islam secara konstruktif

Seni, sastera, budaya dan media Islami adalah prakarsa terbaik dalam mengadiluhung peradaban bangsa agar segala kepunahan sekarang yang terjadi, dengan segala macam tunasosial dan tunamoral di kalangan ahli masyarakat, setidaknya dapat dipulihkan dengan kemujaraban Islam sebagai ad-deen.

3. Sebab itu ramai yang bertanya, betulkah semua drama di RTM dan TV3, termasuk di media lain sama sekali tidak boleh memakai KUPIAH, SERBAN, atau JUBAH... yang dibenarkan cuma songkok dan baju Melayu sahaja?

Apakah masyarakat di Malaysia yang memakai kupiah atau serban semuanya PAS?

Sesiapa yang mempunyai data tentang hal ehwal ini sila berikan di sini atau terus ke FB Zentrum kerana rasanya perlu ada satu gerakan untuk menyelesaikan krisis tamadun ini.

4. Saya dikhabarkan sendiri oleh Akhi Habiburrahman er-Shirazi, pengarang Ketika Cinta Bertasbih, selaku pendokong malah turut berlakon dalam filem KETIKA CINTA BERTASBIH yang permohonan untuk tayangan telah dibuat secara serentak dengan jadual di Indonesia, Brunei, Australia, Thailand, termasuk beberapa negara di Eropah, dan satu sahaja yang tidak mendapat izin iaitu Malaysia.

Wah apakah yang sebenarnya telah terjadi?



Adakah juga nanti semua imej atau visual, atau "shot" masjid juga akan diharamkan secara surat arahan sekira drama atau filem tempatan mahu mendapat izin tayang di TV atau Pawagam?

Rakyat berhak untuk mendapat penjelasan kerana kenapa semua bising bila Pulau Pinang membatalkan perarakan maulud, dan kenapa pula semua tidak bising bila "kupiah", "serban", dan lain-lain imej Islami tidak dibenarkan dalam drama-drama TV dan filem kita?
-------------------------------------------------------------

ini adalah hakikat....

salam berhujung minggu.

Wednesday, February 17, 2010

Kes Kartika : Bukti Tidak Bersungguh Laksana Islam

pejuang islam yang bersungguh mahu memertabatkan islam di msia..

pejuang melayu yang bersungguh mempertahankan islam dari dihina oleh bangsa lain.

salam semua...

saya mendengar berita dari corong radio tentang kisah si kartika yang katanya akan mengadap Tengku Abdullah yang menjadi ketua hal ehwal islam pahang.
samada beliau mahu mengadap atau beliau dijemput mengadap, itu saya tidak tahu.

kes kartika ini kes yang unik dalam tidak unik.
unik kerana setelah mengaku bersalah meminum minuman keras di khalayak ramai, kartika yang dijatuhkan hukuman penjara atau sebatan oleh mahkamah syariah negeri pahang; telah memilih untuk disebat.

kartika tidak mahu merayu kerana berasakan beliau patut disebat sebagai tanda taubatnya kepada Tuhan.

sejak penanguhan hukuman sebat dari hari raya puasa yang lepas, sehingga kini, kartika masih belum lagi di sebat.

apasal agaknya?

alasan pertama, tiada tukang sebat (yang akan menyebat ikut cara syariah; sebat ikut cara syariah tidak sama dengan sebat ikut hukuman sivil).

kita yang mengelar negara kita sebagai negara islam sejak 50 tahun yang lalu, rupanya tiada tukang sebat syariah.
maknakata, kita memang tidak bersedia untuk melaksanakan undang-undang syariah sejak dari awal merdeka lagi.

alasan kedua, menanti kartika memohon ampun dari sultan atau ketua agama negeri; yang mana si kartika ini memang tak mahu memohon ampun dari manusia kerana beliau tahu kesalahannya hanya kepada Allah.

alasan ketiga, sekiranya dilaksanakan hukuman sebat ke atas kartika; agak-agak pemimpin negara mana yang telefon pm kita? negara U.S, Britain, Israel serta negara-negara yang kita perlukan pelaburan mereka untuk melonjakkan ekonomi msia.

obama mesti tanya pm, you sudah mau jadi sudan ka?

berapa ramai yang dah pujuk kartika agar beliau membuat rayuan untuk tidak disebat?
berapa ramai yang sedang berpeluh dahi menanti masa kartika akan disebat dan dalam masa yang sama, amerika dan kuncu-kuncunya akan mengenakan tindakan-tindakan yang melibatkan isu ekonomi seperti penarikan pelaburan dsbnya.

kartika telah berjaya membuktikan kepada seluruh rakyat malaysia bahawa undang-undang islam yang kita gunapakai hanya memfokus pada nikah kahwin sajer.

kartika telah berjaya membuktikan bahawa tiada kesungguhan dalam pelaksanaan hukum islam oleh penguasa yang beragama islam, mengaku islam, berpuasa, bersolat, menunaikan umrah & haji, berzakat.

kartika berjaya membuktikan bahawa Al-Quran itu benar, kerana di kalangan umat islam, memang ada yang benar-benar munafik (cakap tidak serupa bikin), apatahlagi yang munafik itu adalah pemimpin-pemimpin negara. 

percayalah; kes kartika ini akan diulang sebut di mahkamah Allah di padang mahsyar kelak.

di sana nanti, ramai yang berebut memohon untuk dikembalikan ke dunia barang sesaat agar dapat melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang di larang...namun sudah terlambat.

kita sama-sama lihat apa kesudahannya sandiwara para penguasa.

wasalam

Basic Nafs' Management @ Pengurusan Nafsu 101


salam semua....

mudah-mudahan kita semua berada dalam lindungan Allah dari segala kekafiran, kemunafikkan, keresahan, ketidaktentuan, rupa bencana, kejahatan, bisikkan syaitan dan belenggu kuncunya.

di dalam surah Al-Anam ayat ke 56, Allah s.w.t telah berfirman maksudnya;

56. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku dilarang menyembah mereka Yang kamu sembah Yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau Aku turut, Sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah Aku dari orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk".



----> dari ayat di atas, bolehlah kita fahami bahawa dengan mengikut hawa nafsu, seseorang itu boleh jatuh syirik yakni dengan menyembah yang lain dari Allah.
----> perlu diingat, apabila dikatakan dengan menyembah selain Allah, ianya merujuk kepada meng'agung'kan perkara-perkara lain melebihi Allah; sebagai contoh, harta benda, kekayaan, pangkat serta kuasa dan jawatan, anak, isteri, dewa-dewa, pawang-pawang, doktor, dsbnya.
----> maka akibat dari menyembah selain Allah, maka akan jatuhlah sesat seseorang itu dari jalan kebenaran, dan kesesatan ini boleh berlaku kepada siapa sahaja hatta beliau merupakan seorang islam serta solat tidak putus siang dan malam.
----> dan tatkala seseorang itu memilih untuk menyembah yang lain, selain Allah dek kerana menurut hawa nafsu, maka jatuh sesatlah beliau dan jauhlah dia dari hidayah dan petunjuk.
----> bolehlah kita lihat bagaimana kecenderungan menurut hawa nafsu akan membuatkan seseorang itu jauh dari jalan lurus, jadi sesat dan tidak mendapat petunjuk dari Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

apa yang kita fahami tentang nafsu?
saya bawa pengertian nafsu, hawa & syahwat menurut beberapa kamus;

Hawa nafsu terdiri dari dua perkataan: hawa (الهوى) dan nafsu (النفس).

Dalam bahasa Melayu 'nafsu' bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat.
Jika ditambah dengan perkataan hawa (=hawa nafsu), biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan.

Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan bersetubuh.

Ketiga-tiga perkataan ini (hawa, nafsu dan syahwat) berasal dari bahasa Arab:

Hawa (الهوى): sangat cinta; kehendak.


Nafsu (النفس): roh; nyawa; jiwa; tubuh; diri seseorang; kehendak; niat; selera; usaha.


Syahwat (الشهوة): keinginan untuk mendapatkan yang lazat; berahi.
--------------------------------------------------------------------------------

Nafsu

nafsu adalah sebahagian dari diri kita dan ianya adalah anugerah dari Allah s.w.t buat setiap hambanya.
dengan nafsu, manusia itu boleh jadi cemerlang dan dengan nafsu juga manusia itu boleh jadi hancur.

jika kita melihat maksud nafsu di atas, saya lebih suka merujuk nafsu ini kepada 'diri seseorang'. maknanya seseorang manusia itu terdiri dari beberapa 'diri', antaranya diri jasad, diri batin, diri nafsu dan diri nyawa.

nafsu adalah merupakan dorongan terhadap diri jasad & diri batin.
dorongan nafsu sentiasa menjurus kepada perbuatan yang berlebih-lebihan, malah nafsu juga berupaya mendorong agar manusia tidak melakukan sebarang tindakan.

maka kita boleh rumuskan bahawa nafsu bersifat mendorong.

Diri

diri jasad merujuk kepada 'sarung' tubuh badan yang berasal daripada tanah.
diri batin merujuk kepada 'roh' yang ada di dalam diri jasad; di mana roh ini akan ditarik keluar dari jasad tatkala saat kematian tiba.
diri nafsu merujuk kepada 'kuasa dorongan' yang ada di dalam diri seseorang itu yang menjadi alatan untuk menjadi cemerlang atau menjadi punca kepada kehancuran.
diri nyawa tidaklah dapat dibicarakan kerana ianya adalah di bawah urusan Allah s.w.t.

7 Potensi Diri pada Diri Jasad

di antara 4 diri di atas, kita tiada sebarang masalah untuk membicarakan tentang diri jasad walaupun kita seringkali lupa bahawa pada diri jasad, Allah telah menganugerahkan 7 keupayaan atau potensi diri untuk dimaksimakan kegunaannya pada setiap masa dan setiap ketika.

7 potensi diri ini dikawal oleh akal yang terletak di bahagian paling atas tubuh badan seseorang, sebagai pentadbir kepada diri jasad dan penghubung di antara diri jasad dan diri batiniah atau diri roh.

Akal

Akal adalah 'batin' otak. Otak tanpa akal ibarat jasad yang tiada roh.
Akal terjana oleh ilmu. Akal yang menerima ilmu akan memprosesnya dalam bentuk fikir.
Ilmu yang yang masuk ke kotak proses fikir akan menjadi 'masak' dan ia digelar pengetahuan.
Pengetahuan yang dihasilkan dari kotak proses fikir akan menjadi kefahaman setelah ianya melalui proses tindakan atau perbuatan di atas pengetahuan itu tadi.

Pengetahuan adalah titik terakhir sebelum perlaksanaan atau taqwa.
di peringkat inilah ilmu itu didorong oleh nafsu untuk digunakan sebagai ilmu baik atau ilmu jahat.

contoh; kita belajar cara-cara untuk membuka kunci. setelah memperoleh ilmu dan tahu selok belok ilmu tersebut, maka sampailah masanya untuk kita praktikkan; di sini kita ada pilihan, samada untuk mempraktikkan cara baik (membantu orang) atau cara tidak baik (merompak).

maka kita dapat lihat atau faham bahawa pada peringkat pertama seseorang itu dalam menguruskan nafsu diri, mereka memerlukan ilmu & akal.

akal yang sejak awal kita dilahirkan telah berfungsi untuk memproses segala ilmu-ilmu yang diterima oleh diri jasad.

Akal & Hati

dan pasangan akal adalah hati.... dan roh hati ialah iman.(tadi kita tahu bahawa akal ialah roh otak).

akal & iman berganding bahu dalam memastikan diri jasad dan roh dapat mengemudi kehidupan dengan cemerlang sejajar dengan firman Allah tentang hakikat kejadian manusia & jin iaitu tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk melakukan ibadah kepada Allah.

kecerdasan akal seiring dengan kesucian hati.
akal menjadi cerdas kerana sentiasa memproses ilmu dalam bentuk fikir.

hati menjadi suci kerana sentiasa dibersihkan melalui taubat dan zikrullah.

kombinasi kecerdasan akal dan kesucian hati akan memastikan seseorang itu dapat mengurus nafsu diri dengan baik dan cemerlang.

ini bermakna nafsu tidak akan dapat memperkotak-katikkan diri jasad kerena segala selok belok atau kelincahannya telah dapat dikesan oleh akal seseorang itu.

manakala hati yang bersih pula dapat mengesan pergerakan 'songsang' nafsu dari peringkat awal dalam bentuk detik atau sesaat tatkala ia mula mahu melakukan dorongan.

bersambung....

Thursday, February 04, 2010

Al-Quran : Baca, Fahami & Hayati

salam semua...

Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah untuk kita bertemu lagi di ruang siber ini.
maaf kerana lama tidak menukil sesuatu di pentas ini atas dasar perkongsian dan berpesan-pesan sesama kita.

saya ingin berkongsi tentang kitab panduan & pedoman umat akhir zaman iaitu kandungan firman-firman Allah kepada hamba-hambaNya menerusi kekasih Allah, Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.

meletakkan kepercayaan zahir & batin kepada Al-Quran juga adalah salah satu syarat iman atau kepercayaan seseorang muslim.

menolak sebatang huruf di dalam Al-Quran, sudah cukup untuk menggolongkan kita ke dalam golongan yang 'menolak' atau dalam bahasa arabnya 'kuff'..dan golongan yang menolak ini digelar golongan kaffir.. namun jika tolakan itu tersembunyi di dalam diri tidak pernah keluar dari lafazan, maka termasuk pula ke dalam golongan munafik iaitu yang berpura-pura ikut Al-Quran tetapi pada hakikatnya menolak.

mari kita lihat bagaimana kita samada benar-benar 'meminjamkan' masa kita kepada Allah untuk membuka, membaca, memahami dan menghayati kandungan Al-Quran yang merupakan firman-firman Allah yang berbentuk nasihat, suruhan, tegahan, contoh, amaran dan bimbingan dari Allah buat hamba-hambaNya yang mahu berfikir.

kita boleh memulakan 'checklist' dengan menanyakan kepada diri kita, hari ini berapa kerat ayat atau berapa banyak surah yang telah aku baca?

baik, jika kita punya jawapan sebegini; aku sudah membaca al-fatihah & surah-surah lazim setiap kali solat (makna kata, kita setiap hari sering membaca Al-Quran)

maka soalan seterusnya; dalam beberapa surah-surah yang di baca samada di dalam solat atau di luar solat, berapa di antaranya yang kita fahami maksudnya? sebagai contoh surah Al-Fatihah; adakah kita fahami keseluruhan maksud 7 ayat yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah?

kita tahu ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah; bermula dengan nama Tuhan yang maha pemurah, yang maha pengasih, segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, maha pemurah dan maha penyayang, raja hari pembalasan, Tuhan yang kita sembah dan Tuhan yang kita pohon pertolongan/bantuan; tunjukkanlah/bimbinglah kita ke jalan yang lurus/benar, jalan yang Tuhan telah tunjukkan kepada orang-orang sebelum kita, bukan jalan yang dimurkai dan bukan jalan yang sesat.

(sila lihat tafsir dan terjemahan untuk ketepatannya)

alhamdulillah jika kita tahu makna dan syukur sekiranya kita fahami maksud makna yang tersirat.

soalan seterusnya; dalam banyak-banyak kefahaman kita terhadap apa yang kita baca dan fahami menerusi ayat-ayat Allah itu tadi, berapa banyak di antaranya yang kita telah hayati?

hayati yang saya maksudkan ialah penerapan kefahaman di atas apa yang kita baca itu ke dalam bentuk perbuatan.

contoh; kepada engkaulah kami sembah, kepada engkaulah kami memohon pertolongan....
kita faham makna; Allahlah Tuhan yang kita sembah dan kepada Allah kita pohon pertolongan.
adakah kita hayati maksud yang tersirat?

begini; adakah kita benar-benar menyembah Allah zahir & batin? atau solat kita itu tadi sudah menjadi upacara harian? atau solat kita itu tadi sudah menjadi 'tiket' untuk mendapat kemuliaan, puji-pujian dsbnya? sembah yang dimaksudkan ialah menyembah dengan penuh jiwa & raga, penuh keredhoaan, penuh kasih & sayang, penuh kecintaan di mana tiada tuhan-tuhan lain yang layak untuk kita sembah melainkan Allah.

dan adakah kita benar-benar memohon pertolongan hanya kepada Allah? tidak kepada selain dari Allah? atau kita bergantung kepada perkara-perkara lain dalam memohon pertolongan? dari bomoh, dari makam keramat, dari doktor, dari orang kaya, dari yang berhormat dsbnya?

ingat bergantung pertolongan kepada yang lain selain Allah akan menjurus kita ke lembah syirik.

kita sakit, kita tidak boleh memohon pertolongan dari doktor; doktor itu hanya ikhtiar yang kita disarankan untuk melakukan sebagai satu tanda 'ketaqwaan' kepada Allah. maka di atas setiap ikhtiar itu hadir tawakkal sebagai tanda memohon pertolongan Allah.

dan taqwa ini berpasangan dengan tawakkal.

di atas hanya sekadar beberapa contoh untuk kita memulakan langkah mengemaskini diri dalam konteks keimanan di bawah rukun beriman kepada kitab suci.

jika kita boleh menghayati lagu-lagu, puisi-puisi, sajak-sajak yang didendangkan oleh artis kegemaran kita, masakan kita mahu memalingkan wajah dari menghayati firman-firman Allah?

dan suka saya berkongsi 3 potong ayat dari surah As-Saad;


As-Saad

27. dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan Yang tidak mengandungi Hikmah dan keadilan; Yang demikian adalah sangkaan orang-orang Yang kafir! maka kecelakaanlah bagi orang-orang Yang kafir itu dari azab neraka.

-> lihat ayat ini; percayalah, setiap apa yang Allah jadikan di atas muka bumi dan keseluruhan cakrawala semuanya mempunyai hikmah dan adil yakni tepat pada tempat dan masanya.
-> ayat ini sudah cukup untuk membuktikan betapa kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui setiap yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
-> ayat ini juga menafikan 'perception' atau sangkaan atau fitnah atau cerita-cerita kosong orang-orang yang menolak kebenaran.
-> ayat ini juga memberitakan tentang balasan kepada golongan yang menolak kebenaran.

28. Patutkah Kami jadikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh itu sama seperti orang-orang Yang melakukan kerosakan di muka bumi? atau Patutkah Kami jadikan orang-orang Yang bertaqwa sama seperti orang-orang Yang berdosa?

-> masya Allah, lihat bagaimana Allah menjelaskan, menekankan bahawa tidaklah sama orang-orang yang beriman itu dengan orang-orang yang engkar (merosakkan muka bumi).
-> lihat penekanan Alah terhadap golongan yang bertaqwa (bertaqwa ialah mereka-mereka yang mengerjakan segala perintah Allah dan meningggalkan segala laranganya).
-> dan orang-orang yang bertaqwa ini ialah orang-orang yang beriman yang memanifestasikan keimanan mereka dalam bentuk kerja tubuh badan dan mereka-mereka ini tidak duduk diam berpeluk tubuh serta bermain dengan andaian serta persepsi.
-> lihat perbezaan antara orang yang bertaqwa dengan orang yang berdosa; kedua-duanya melakukan sesuatu (kerja tubuh); tetapi seorang melakukan hanya kerana Allah (orang bertaqwa) dan seorang melakukan hanya kerana nafsu/kehendak diri (orang berdosa).

29. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

-> subhanallah, ayat ini sudah cukup untuk mematerikan tentang betapa Al-Quran ini ialah pedoman, panduan untuk kita umat islam serta hamba Allah.
-> Allah nyatakan di dalamnya terkandung banyak faedah dan menafaat. (faedah = perkara yang sangat baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara; menafaat = perkara yang memberi kesan terbaik tatkala seseorang itu mengambil setiap faedah yang ada) dan perlu diingat, faedah dan menafaatnya meliputi setiap perkara, elemen dan unsur secara keseluruhannya; mental, emosional, spiritual dan fizikal.
-> dan Allah nyatakan pula golongan yang mendapat faedah serta menafaat itu adalah dari kalangan yang memahami serta meneliti dengan baik/menghayati setiap baris ayat-ayatnya secara keseluruhan (bukan hanya mengambil satu dua untuk dijadikan tangkal kerana menggunakan ayat-ayat Al-Quran tanpa memahami maksudnya akan meletakkan kita ke dalam golongan yang memfitnah Allah)
-> dan Al-Quran ini juga memberi menafaat kepada golongan yang berakal sempurna (orang-orang yang tenang - nafsul mutmainnnah) di mana mereka-mereka ini dalam keadaan sentiasa beringat dan mengambil setiap iktibar/pengajaran dari maksud, kefahaman dan penghayatan mereka.

-----------------------------------------------------------

baiklah...

berpesan kepada diri saya sendiri dan anda semua.... marilah kita sama-sama 'meminjamkan' sebanyak-banyak masa yang kepada Allah dengan cara memenafaatannya menerusi membaca, memahami dan menghayati kitab suci Al-Quran...

mudah-mudahan kita dengan izin Allah dapat memanjang-manjangkan kefahaman dan penghayatan kita kepada ahli-ahli kita (keluarga, tetangga, rakan sepejabat dsbnya) dan mereka pula dapat memanjang-manjangkan lagi ke generasi setersunya.

insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails