Tuesday, July 26, 2011

Adakah Kita Bertuhan Selain Allah...

salam sejahtera,

kita cuba mencari keadilan dalam kehidupan.
moga kita menemui keadilan sejati sebagaimana adilnya Allah terhadap setiap makhlukNya.
namun keadilan yang kita cari semasa kita berada di dalam ruang kezaliman sudah pasti tidak akan kita temui.
kita cuba berlaku adil pada diri dalam satu masa dan dalam masa yang sama kita tidak berlaku adil pada orang lain.

hidup kita yang tidak berpandukan Al-Quran serta Sunnah mahu kita jadikan sandaran kayu ukur akan keadilan.
ianya sudah pasti akan menyesatkan walau kita hidup seribu kali, kita akan terus tidak nampak kepada keadilan.

kita pasti tidak berlaku adil jika diri masih ada memihak kepada sesuatu perkara.
untuk berlaku adil, kita perlu melihat semua aspek secara jujur, namun ianya sukar untuk kita perolehi kerana hati kita sudah berpihak kepada sesuatu.
dan di saat itu sebenarnya, Allah telah memusingkan hati kita mengadap ke arah mana yang kita suka.

untuk berlaku adil, keikhlasan adalah kunci utama.
bolehkah kita ikhlas membantu sekiranya kita tidak mampu memberi dalam keadaan kita mahukan penerima mendapat terbaik lebih dari kita?
adilkah kita jika, Allah Robbul Jaleel tetap memberi peluang kepada hambaNya yang engkar untuk terus hidup dan kembali bertaubat..sedangkan kita sudah ada sedikit prasangka terhadap orang yang tidak sehaluan dengan kita?

pernahkah kita terfikir, adakah kita ini hidup sehaluan dengan apa yang Allah kehendakki?
pernahkah kita terfikir, adakah kita benar-benar mengikuti sunnah Rasulullah dalam diri & kehidupan?

sebenarnya kita sudah lama hidup dalam kesyirikan...menduakan Allah setiap detik, setiap masa.
kita hina orang yang mengikuti sunnah semata-mata kerana dia tidak sehaluan dengan kita.
kita hina orang yang cuba mendekatkan diri dengan Allah hanya kerana dia tidak sebulu dengan pandangan kita.
kita terus berprasangka dengan orang-orang yang tidak menerima pendapat kita...

bukankah kita sendir yang mencipta ketidakadilan dan dalam masa yang sama kita kununnya mencari keadilan?

saya pernah bertanya soalan pada semua; siapakah di antara 2 orang yang mengucap kaliamah syahadah lalu berbunuhan sesama sendiri yang akan masuk ke syurga?

ya, 2 orang islam yang mengucap dua kalimah syahadah - seorang berusaha memperbaiki diri dan seorang terus hidup dalam kemaksiatan...namun keduanya mengucap dua kalimah syahadah..

dalam keadaan dunia yang penuh fitnah, janganlah kita sibuk untuk menjadi penyebar fitnah yang sama-sama tidak kenal halal haram...dosa & pahala.

Rasulullah sendiri tidak pernah mengatakan siapa akan ke syurga dan siapa akan ke neraka... Baginda hanya menunjukkan ciri-ciri ahli syurga dan Baginda secara terang telah ditunjukkan ahli-ahli neraka semasa isra' & mikraj.

ini pulak kita... baru kenal tikar sembahyang/sejadah selama setahun, sudah pandai menunjuk siapa ke neraka & siapa ke syurga... sedangkan kita tahu ciri-ciri ahli neraka & ciri-ciri ahli syurga namun kita tidaklah boleh menentukan penghujung hidup seseorang itu... maka atas dasar itu, semasa dia menunjukkan ciri-ciri ahli neraka, maka janganlah kita ikut...dan ikutilah seseorang yang ada ciri-ciri ahli syurga...

jelas terang lagi nyata, semakin kita berilmu semakin serabut untuk kita memahami hakikat kehidupan, hakikat ibadah & hakikat pengabdian diri kepada Allah.

adakah kita ada 'udang disebalik batu' dalam kehidupan ini?
kita takut untuk menyatakan pendirian, dan menunggu di saat-saat akhir untuk kita nyatakan pendirian kita...
jika sedemikian, maka kita ini tidak ubah bersifat dengan sifat orang-orang munafik dan tidak tetap pendirian.

hidup ini berpandu kepada kehendak Allah.
maka jika ada kehendak lain selain kehendak Allah yang kita ikuti...maka itulah manifestasi bahawa kita bertuhankan selian dari Allah.
dan orang yang bertuhan selain dari Allah itulah orang-orang yang syirik yakni menduakan Allah, dan merekalah orang-orang yang kuff/kafir serta munafik, lagi zindiq serta fasik...

moga kita segera bertindak melaksanakan muhasabah diri dan segera bertaubat agar kesesatan yang kita lalui tidak jauh dan dapat kembali semula ke jalan yang lurus...insyaallah.

wasalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails