salam semua...
menghampiri tarikh 9 julai 2011, keadaan atau suasana rencana atau berita atau kempen media massa kongkongan kerajaan memerintah sangatlah memualkan.
dari pujukan mesra, hingga ke tahap mengertak dengan amaran demi amaran.
saya tidak mengikuti propaganda kerajaan-kerajaan yang tumbang diserata pelesok dunia sebelum ini... saya tidak tahu samada kerajaan mesir menggunakan semaksimanya media-media massa yang mereka kawal, saya juga tidak pasti samada kerajaan tunisa menggunakan media massa mereka dengan cara gertakkan demi gertakkan terhadap rakyat yang digolongkan sebagai puak penentang.
apapun...semua kerajaan mempunyai strategi tersendiri dalam mengekalkan kuasa dan menghadapi tentangan dari pencabar mereka.
kalau di myanmar, kerajaan junta tentera mengamalkan sistem komunis, maka mesir pula mengamalkan sistem demokrasi kongkongan....
pokok pangkal, semua kerajaan akan menggunakan semua 'avenue' atau cara semata-mata untuk mengekalkan kuasa pemerintahannya.
di malaysia, kaum utama ialah melayu... melayu di malaysia bersiasah menerusi parti-parti pilihan mereka sendiri, samada mereka menyertai umno, pas atau pkr, ada juga yang menyertai dap, gerakan dsbnya... pokok pangkalnya mereka percaya apa yang mereka lakukan untuk sebab-sebab serta tujuan tertentu yang hanya mereka menyakininya.
menghampiri tarikh 9 julai 2011, media massa di malaysia sudah mula kempen gertak mengertak... gertak untuk ditahan di bawah ordinan akta rahsia rasmi atau ISA, gertak tak dapat bantuan atau tarik balik bantuan dsbnya... pokok pangkalnya ialah kalau kau tak sokong kami, SIAP!....
begitulah manifestasi cara kerajaan memerintah untuk mengekalkan kuasa yang ada.
di awal perjuangan menuntut kemerdekaan dahulu, umat melayu bersatu semata-mata mahukan kemerdekaan.
pasca kemerdekaan, umat melayu mula melahirkan aspirasi-aspirasi tersendiri mengikut kehendak yang diyakini, maka timbullah parti-parti siasah untuk menjadi platform perjuangan mereka.
pasca kemerdekaan juga menyaksikan betapa, parti-parti melayu yang tidak sebulu dengan umno akan diperas dan digertak dengan quantum tertentu.
kuasa adalah segala-galanya....terlalu berkuasa, maka jurang korupsi serta kronisme serta mengaut kekayaan semakin meluas.
segelintir pemimpin melayu tidaklah mudah lupa, namun dorongan untuk menghimpun harta membuatkan mereka lupa akan matlamat utk memajukan kaumnya sendiri.
pemimpin ini dikelilingi oleh tauke-tauke dari tanah besar china yang mempunyai banyak modal untuk menjalankan perniagaan.
nafsu yang membara untuk hidup senang setelah susah dijajah membuatkan 'melepaskan diri sendiri' dulu adalah keutamaan dalam setiap transaksi perniagaan.
maka jurang melayu kaya dengan melayu miskin semakin luas...buktinya, 30% penguasaan melayu dalam bidang ekonomi hanya tinggal mimpi yang ngeri...
melayu penyokong tidak boleh pandai dari pemimpin mereka.
kalau ada yang pandai, akan dicantas atau dipetisejukkan atau diberi suapan dalam bentuk jawatan dan sedikit harta....
yang lain, akan terus digertak-gertak...
berbagai omokan demi omokan dituju kepada bangsa melayu yang kurang cerdik....
adakah ini penyelesaian kepada semenanjung tanah melayu?
atau ini adalah kemestian yang perlu diterima oleh orang melayu?
orang melayu perlu pandai...
orang melayu perlu cerdik dan celik...
orang melayu boleh bangkit...
dengan syarat...
pemimpin melayu perlu jujur, amanah, telus dan bijaksana...
serta paling penting tidak mengamalkan politik gertak...ala-ala gangster....
dan kalau ada masa, pemimpin melayu perlu mendalami agama yang dianutinya... memahami perjalanan sistem pemerintahan Rasulullah dan para sahabat... bukannya mengikut acuan yahudi & nasrani..
begitulah hakikatnya...
No comments:
Post a Comment