salam semua,
Alhamdulillah, insyaallah dengan keizinan Allah s.w.t dapatlah kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak setelah setahun ia meningggalkan kita.
sementara masih ada masa berbaki di bulan Syaaban ini, maka teruskanlah solawat & salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah dengan penuh iltizam agar dapat menghayati, mencontohi serta mengadaptasi sifat-sifat agung Rasulullah s.a.w ke dalam diri kita kerana Bagindalah sebaik-baik contoh serta role model untuk setiap umat manusia.
apa persiapan Ramadhan kali ini?
adakah kita bersedia atau Ramadhan kali ini akan kita lalui sama seperti Ramadhan tahun tahun lalu?
persediaan yang harus kita lakukan ialah persediaan mental, emosional, spiritual serta fizikal.
apa yang ada di bulan Ramadhan ini?
bulan Ramadhan ini adalah bulan seribu rahmat, penuh dengan hadiah-hadiah buat hamba-hambaNya yang benar-benar taat & ikhlas dalam beribadah dan benar-benar mahu berubah menjadi insan kamil...
hidupkanlah Ramadhan kali ini dengan mengerjakan ibadah-ibadah dengan penuh kesungguhan dan hiasilah rumah-rumah dengan cahaya-cahaya zikrullah serta wirid-wirid yang berpanjangan serta hidupkanlah ibadah malam dengan penuh kekusyukkan demi mendapat keredhoan dari Allah dunia & akhirat... insyaallah.
jangan sama sekali menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan untuk kita beristirehat kerana tatkala tiba sakratul maut nanti tanpa dalam pengetahuan kita, maka kita akan menyesal sepenuhnya kerana gagal memenafaatkan Ramadhan yang dilalui.
moga kita bersama-sama mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan Nur Ilahi..insya allah.
salam Ramadhan buat semua..
wasalam
No comments:
Post a Comment